Thursday, 24 December 2015

It's Life is Began at Forty???



Assalamualaikum...
Salam Sejahtera,

Pada tanggal 25 December 2015, genaplah umurku 40 tahun. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah SWT diatas nikmat kehidupan yang telah di kurniakan selama ini.

Terima kasih tak terhingga kepada Ibu dan Ayah tersayang... "Ya Allah Ya Tuhanku... ampunilah (dosa)ku dan (dosa) kedua ibubapaku... kasihanilah mereka berdua, sebagai mana mereka mengasihi aku sewaktu aku masih kecil. Aamiin"...

Kepada isteri tercinta dan anak2 abah tersayang. Alhamdulillah... kasih sayang kita sekeluarga terus-menerus mewangi dan terus mekar sentiasa istiqamah cinta. Agar kita sama2 berpimpin tangan menuju ke Jannah. Insya Allah...

Buat adik beradik (Abang2 & Kakak2) dan semua keluarga tersayang, juga guru-guru dan sahabat yang dikasihi. Terima kasih pada kalian semua di atas segala2nya.

Ketika melihat gambar aku berumur 1 tahun dan gambar terbaru (umur 40 tahun)... baru aku perasan ada persamaan di antara kedua gambar itu... iaitu gaya rambut sama... pendek dan hampir botak.

Pada awal tahun 2015, selepas pulang dari Tanah Suci, aku telah membuat satu keputusan untuk mengekalkan fesyen rambut pendek & hampir botak. Setiap bulan aku akan kekedai gunting rambut dan memotong rambutku guna mesin mata nombor 1.
Pada awalnya agak kekok tetapi sekarang dah selesa dengan fesyen rambut macam ni. Banyak manfaat sebenarnya.

Selepas menatap gambar berkenaan, aku terfikir satu jawapan yang tiada persoalanan... aku sebenarnya telah sampai ke fasa ke-3 kehidupan. Bak kata orang yang biasa kita dengar "The Life is Began at Forty".


Dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman dalam surah (al-Ahqaf: 15) yang bermaksud;

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15).

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia.

Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. 

Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

#semogaistiqamah
#sentiasamujahadah
#dakwahdenganakhlak

suaracakna.blogspot.com


Saturday, 19 December 2015

Sebenarnya Kita Tahu ~ Siri ke-3

Sebenarnya Kita Tahu - Siri ke-3
Penghayatan (EQ).

Assalamualaikum, Salam Kedamaian.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T di atas kesempatan yang diberikan kepada diri ini bagi meneruskan penulisan berkenaan tajuk yang agak berat pada awalnya dan akhirnya dapat dihayati  dengan izinNya. Agar ianya dapat disampaikan dengan bahasa yang mudah dan ringan, Insya Allah.

Dalam siri ke-2 sebelum ini, SC cuba sampaikan tentang peranan akal (minda) dalam memahami sesuatu ilmu. Prosesnya iaitu belajar -> memahami (tahu), ini adalah Tahap 1 (fahami ilmu).

Tahap ke-2 pula adalah (hayati ilmu) dan inilah yang SC akan cuba ceritakan dan kongsikan dalam siri ini.

Kenapa perlunya kita tahu tentang tahap-tahap ilmu ini (iaitu; fahami, hayati, amalkan, sampaikan)?

Dan apakah kaitannya dengan  persoalan pokok iaitu; bagaimana kita nak berhijrah / berubah kearah yang lebih baik?

Dalam buku Mukmin Profesional (ms: 74) ada menyatakan; Pelaksanaan perubahan diri perlukan kepada gabungan tiga elemen yang berada di dalam diri kita iaitu akal (tahu), hati (mahu) dan nafsu (mampu). Tiga elemen inilah yang akan membentuk sistem nilai, keyakinan, paradigma seterusnya tingkahlaku dan sikap seseorang. Ini bermakna untuk mengubah sikap, kita perlu terlebih dahulu mengubah akal, hati dan nafsu.

Apa yang SC boleh huraikan adalah, perubahan sikap tidak akan berlaku sekiranya kita hanya sekadar tahu sahaja kerana pengetahuan hanya berada di akal (minda). Sebagai contoh, seorang pelajar telah berjaya mendapat pangkat A (mumtaz) dalam subjek pelajaran Feqah, tetapi dia begitu sukar untuk mengerjakan solat. Kenapa perkara ini berlaku? Ini kerana ilmu yang dipelajarinya hanya sekadar berada di minda (tahu), sedangkan untuk mengamalkan ilmu yang dimilikinya, pelajar ini perlu ada penghayatan dan kemahuan (hati).

Bagi mencetuskan tindakan (amalan ilmu), yang kita perlukan bukan sekadar kefahaman tetapi perlu disertai penghayatan terhadap ilmu tadi. Penghayatan itu dirasai dan rasa itu terletaknya di Qalb (hati).

Bermakna, peranan hati (jiwa) perlu seiring dengan akal (minda). Di sinilah letaknya niat, fikir, rasa & mahu yang akan mencetuskan kepada tindakan kita. Sekiranya perkara ini kita fahami dan hayati, maka misi hijrah / perubahan sikap kita kearah lebih baik dan misi amalan sesuatu ilmu akan menjadi lebih mudah... Insya Allah.

Bak kata bijak pandai, "Apabila hati disinari nur ilmu, pancaindera lain akan terarah kepada kebaikan".

Bagaimanakah hubungkait antara hati dan minda?
Bagaimana nak kekalkan Istiqamah dalam amalan?

Jawapannya dalam siri seterusnya... Insya Allah.

Monday, 16 November 2015

Siapakah Aku? Apakah Tujuan Hidup Aku?

Siapakah Aku? Apakah Tujuan Hidup Aku?

Aku bukan sesiapa...
Aku bukan guru...
Aku bukan ustaz...
Aku bukan motivator...
Aku bukan doktor...
Aku bukan professor...

Bukan siapa aku... tetapi apa yang aku lakukan walau siapapun yang menentukan siapa aku hari ini...

Selama ini, aku tidak mendapat jawapan yang jelas tentang tujuan hidup, sehinggalah kesedaran yang mendalam kuraih setelah menghayati slot Mukmin Professional (Celik Mata Hati) di Radio IKIM. Terima kasih Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Ya Allah... Ampunilah Aku Ya Rahman... Ya Rahim... Ya Allah... Allahuakbar.

Alhamdulillah... dalam aku mencari erti kehidupan ini, kini ku sedar sedalam-dalamnya; apakah tujuan hidup ini? Sebenarnya kita semua adalah makhluk yang diciptakan. Yang hanya boleh menjawab persoalan; kenapa kita diciptakan adalah Pencipta kita iaitu Allah SWT.

Allah SWT berfirman:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku". (Surah al-Zariyat 51: 56)

Hidup kita untuk menjadi hamba Allah (beribadah). Jawapan daripada Allah ini sebenarnya turut dipersetujui oleh manusia secara tabii. Begitulah yang kita faham daripada ayat Al-Quran yang pendek itu. Dan dengan itu, pencarian manusia tentang apakah tujuan dia dijadikan telahpun terjawab.

Kini kita sudah tahu, diri kita ialah hamba dan khalifah Allah di dunia.

Alhamdulillah... Bersyukur kita ke Allah SWT atas kurniaan nikmat kefahaman dan kesedaran yang mendalam tentang perkara ini. Bak kata Bijak Pandai; Apabila hati disinari nur ilmu, pancaindera lain akan terarah kepada kebaikan...
Apabila mata mampu memandang dengan jelas usah risaukan kaki yang melangkah... Pasti langkahmu menyusuri jalan yang lurus... Insya Allah... Aamiin... Aamiin Ya Rabbal Alamin.


Saturday, 14 November 2015

Sebenarnya Kita Tahu ~ Siri ke-2

Sebenarnya Kita Tahu ~ Siri ke-2
Tahu menuju Faham

Pastinya kita pernah mendengar keluhan, teguran, peringatan dan nasihat seperti berikut: Bukan?

"Berapa kali nak kena beritahu perkara yang sama? Asyik saya kena ulang-ulang "jangan, jangan, jangan buat... tetapi kamu tetap lakukan perkara tak betul. Seolah-olah tak berkesan teguran dan nasihat. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Apa yang menyebabkan susah sangat nak buat perkara yang betul? Sebenarnya kamu dah tahu kan? Tak faham-faham lagi ke? "

Jangan Tunggu...
 
"Jangan tunggu accident baru nak bawa motor secara berhemah".
"Jangan tunggu doktor sahkan mengidap penyakit barah paru-paru baru nak berhenti merokok".
"Jangan tunggu keluar keputusan exam 'dukacitanya anda gagal, baru nak belajar bersungguh-sungguh."
"Jangan tunggu nak habis waktu, baru bergegas nak Solat."
"Jangan tunggu kaya baru nak derma atau sedekah".
"Jangan tunggu pencen baru nak ke masjid".

SC tahu dan sedar, kebanyakan anda semua sudah tahu dan faham tentang kenyataan di atas... Setuju?
Anda sememangnya seorang yang bijak.

SC ringkaskan begini; Sekadar tahu dan faham sahaja tidak akan mengubah apa-apa sekiranya tidak disusuli dengan tindakan atau amalan baik.

"Betul tu SC... saya tahu dan faham semua ni, tapi masalahnya nak jadikan amalan tu yang sukar".

Inilah antara keluhan dan 'feedback' diantara kawan2 waktu sembang2 santai ketika 'mengeteh' dengan diaorang.

Kenapa keadaan ini berlaku?

Tahukah anda ilmu mempunyai 4 tahap iaitu:
Tahap 1 - Kefahaman - (Akal)
Tahap 2 - Penghayatan - (Hati)
Tahap 3 - Mengamalkan
Tahap 4 - Menyampaikan

Perasan tak sebab apa? Selepas Tahap 1 terus nak lompat ke Tahap 3. Itulah antara masalahnya.

Sebenarnya dalam kehidupan kita ini sesuatu perkara itu mesti ada 'pattern' atau 'step'nya. Sesuatu perkara itu akan jadi lebih mudah sekiranya kita faham 'pattern' atau 'step' itu. Yang tertinggal disini adalah Tahap ke-2 iaitu penghayatan ataupun kesedaran yang mendalam tentang sesuatu ilmu itu. Ini melibatkan soal HATI.

Inilah yang kita akan perhalusi dalam siri seterusnya.

Nantikan nukilan Sebenarnya Kita Tahu ~ Siri ke-3
Dari Faham menuju Sedar

#SemogaBermanfaat.


Tuesday, 10 November 2015

SEBENARNYA KITA TAHU

Assalamualaikum, Salam Kedamaian...

Sebenarnya banyak perkara kita sudah tahu.
Telah banyak kelas motivasi kita sertai, dah banyak ceramah agama kita ikuti, dah banyak buku kita baca dan dah banyak ilmu yang kita pelajari dan fahami. Setuju?

Sebenarnya kita tahu...
Untuk berjaya perlu ada impian dan matlamat hidup yang perlu dicapai. Perlu memiliki keazaman dan keinginan yang tinggi untuk mengapainya.

Sebenarnya kita tahu...
Untuk berjaya kita perlukan DUIT. Bukannya RM @ $, tetapi:
D : DOA
U :
USAHA
I :
ISTIQAMAH
T :
TAWAKAL
Sejak dibangku sekolah lagi kita telah diberitahu tentang resepi kejayaan ini, kan?

Sebenarnya kita tahu...
Untuk berjaya kita perlu berubah. Hijrah daripada sifat buruk kepada baik, daripada malas kepada rajin, daripada marah kepada sabar, daripada bakhil kepada pemurah, daripada riak / ujud kepada tawaduk, daripada pendendam kepada pemaaf, daripada cinta dunia kepada zuhud. Dengan kata lain Hijrah daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah.

Sebenarnya kita tahu...
Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan.

Inilah yang sering diungkapkan:
"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!". Hidup ini adalah perubahan. Manusia tidak mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Perokok tegar yang memaksa dirinya untuk tidak merokok akan berjaya melepasi belenggu ketagihan, manakala yang terus berdegil akan merokok hinggalah diberitahu bahawa dia menghidap barah paru-paru.

Tetapi... Kenapa, walaupun kita sudah tahu, kita masih sukar untuk berubah?

Tunggu jawapannya dalam "Sebenarnya Kita Tahu" siri ke-2.

Semoga bermanfaat.

Percaya atau Percaya? Siri ke-2

Assalamualaikum... Salam Kedamaian,

Setelah saya berkongsi pandangan tentang tajuk "Percaya atau Percaya?" berkenaan berhenti merokok vs duit simpanan beberapa hari sebelum ni, saya telah mendapat beberapa maklumbalas daripada pembaca dan kebanyakannya positif. Alhamdulillah.
Daripada semua feedback tu, terdapat satu persoalan yang menyebabkan saya terpanggil untuk memanjangkan penulisan saya bagi menjawab persoalan sahabat saya tadi.

Saudara Ramlan (bukan nama sebenar), saya amat berterima kasih kepada saudara, sebab persoalan saudara tu membuatkan saya terpanggil untuk memanjangkan penulisan cerita ini. Menjawab persoalan saudara iaitu: "Persoalannya...berapa ribu telah disimpan oleh Suara Cakna (SC) selama beberapa tahun tidak merokok ni..x X y = ??"

Begini saudara, jika saya bagitau berapa simpanan saya sekalipun, kesan motivasi kepada perokok untuk berhenti merokok masih kurang berkesan kerana mereka sekadar tahu sahaja. Mereka mungkin hanya berkata:
"Kau tengok SC tu, dia berjaya berhenti merokok mula Julai 2013 setelah 20 tahun menjadi perokok tegar. Kau tahu, sebelum tu dia hanya buat potongan gaji RM50 je sebulan ke akuan Tabung Haji. Sejak August 2013 dia tambah potongan gajinya ke akuan Tabung Haji sejumlah RM250 sebulan. Pada December 2014 dia telah pergi menunaikan Umrah. Sekurang-kurangnya duit simpanan Tabung Hajinya bolehlah menampung perbelanjaanya ketika di Tanah Suci".
(Bukan niat asal saya nak cerita semua ni, tapi ada orang tanya kenalah cerita.)

Sebenarnya kita dah tahu semua tu...

Cuba lihat apakah sudut pandang kita? samaada fokus kita kepada berhenti merokok atau duit simpanan. Sekiranya kedua-duanya kita berjaya capai, maka kejayaaan kita berganda. Dan sekiranya hanya 1 daripadanya sahaja yang kita raih, maka kita juga berjaya. Apa yang kita fokus itu yang kita nampak. Setuju???

Sebenarnya kita dah tahu semua tu... kan?

Puncanya sekarang adalah KEINGINAN untuk berhenti merokok itu tidak besar. Saya amat yakin, kebanyakan perokok ada niat untuk meninggalkan tabiat merokok. Namun, semua orang tahu, niat sahaja tanpa tindakan tak akan kemana-mana. Tindakan perubahan itu hanya akan terhasil apabila elemen dalaman iaitu TAHU (akal) + MAHU (hati) + MAMPU (nafsu) bekerjasama dari dalam diri manusia itu.

Sebenarnya kita dah tahu semua tu...

Harapan saya...
Hijrahlah daripada percaya kepada YAKIN. Anda boleh lakukan jika anda TAHU, MAHU dan MAMPU.

# suaracakna.blogspot.com


Monday, 9 November 2015

Percaya atau Percaya?

Assalamualaikum... Salam Kedamaian.

Sebenarnya anda semua dah tahu...

Dalam masa 1 tahun daripada sekarang anda akan mampu:

1.  Menunaikan Umrah dengan Pakej Umrah Musim Sejuk RM6205 ataupun;
2. Berkahwin dengan Pekej Kahwin RM6205 ataupun;
3. Memiliki RM6205 dalam simpanan.

Ye ker... Tapi bagaimana?

Formulanya mudah iaitu: a = (x)(y)

Caranya dengan Berhenti Membeli Rokok bermula hari ini dan mula menabung sejumlah RM17 sehari. Boleh???

(x) Harga Sekotak Rokok  = RM17.00
(y) Setahun = 365 hari

RM17 X 365 = RM6205.00

Kata-kata bijak pandai iaitu:
"Tahap kejayaan atau tahap perubahan seseorang itu bergantung kepada sebesar mana KEINGINAN (desire) nya untuk mencapai apa yang diimpikan".

Kenyataan ini telah dibukti kebenarannya sejak dulu lagi.

Fikir-fikirkan dan lihatlah dengan Mata Hati.
Sekadar tahu sahaja tidak cukup. Hijrahlah daripada percaya kepada YAKIN. Anda mampu jika anda mahu.

# suaracakna.blogspot.com



Sunday, 1 November 2015

Tujuh Sunnah Nabi S.A.W

Assalamualaikum,

Perkongsian dan pesanan untuk diri sendiri dan buat sahabat semua. Moga-moga kita dapat memahaminya, menghayatinya, mengamalkannya dan menyampaikannya. Kita terus-menerus berazam, berusaha dan berdoa kepadaNya agar dapat mengamalkan amalan Sunnah ini dalam kehidupan seharian kita sebelum dijemput berpindah ke Alam seterusnya.

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
**********
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
*********
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah q  3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
*********
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
***********
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
*********
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
**********
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
*********
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Semoga bermanfaat

#cnp
# suaracakna.blogspot.com


Saturday, 24 October 2015

Silaturahim - Leburkan Benteng Keegoan

Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang,

Terima kasih kepada anda kerana sudi membaca tulisan ini. Moga-moga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua dalam memahami erti sebuah kehidupan yang sebenarnya. Realiti VS Fitrah.

Satu kisah yang diceritakan oleh seorang Naqib dalam Usrah Nurani di radio IKIM begitu menarik dan kisah ini telah menjentik hatiku lalu mata ini mengalirkan gerimis. Begitu terkesan dijiwa sehinggakan SC terpanggil untuk merakamkan kisah ini di sini buat tatapan sesiapa sahaja yang terbaca.

Kisahnya tentang dua beradik yang tinggal berjiran di atas sekeping tanah pusaka. Diantara rumah mereka terdapat sebatang anak sungai. Satu hari, dua beradik ini berselisih faham dan mula bermasam muka. Disebabkan terlalu marah, si adik bertekad dan membuat keputusan untuk membina tembok diantara rumahnya dengan rumah abangnya. Lalu, dibinanya tembok kayu setinggi 6 kaki. Dan dia berasa puas dengan tindakannya itu. Si abang hanya mampu melihat tindakan adiknya itu.

Pada keesokan harinya ada seseorang telah datang kerumah si abang. Orang itu memperkenalkan dirinya sebagai kontraktor dan bertanyakan sekiranya ada kerja yang boleh dilakukan olehnya memandangkan dia telah lama tidak ada projek nak buat. Si abang menjawab, "Saudara memang datang tepat pada masanya, saya berhajat nak bina tembok konkrit setinggi 8 kaki", kata si abang kepada kontraktor tadi. Dipendekan cerita, si abang bersetuju melantik kontraktor tersebut melaksanakan projek itu. Pada keesokan harinya kontraktor itu telah datang untuk memulakan kerjanya. Kerja pembinaan tembok dijangka akan siap dalam tempoh 2 hari. Si abang memberitahu kepada kontraktor yang dia akan keluar selama 2 hari di luar kawasan (outstation) atas urusan kerja. 

Selepas 2 hari si abang pun pulang kerumahnya dan amat terkejut kerana apa yang dilihatnya tidak seperti yang telah dirancang. Pagar konkrit tidak kelihatan, yang dibina oleh kontraktor tadi adalah sebuah jambatan yang merentasi sungai yang menjadi pemisah diantara rumahnya dan rumah adiknya. Kelihatan adiknya sedang berdiri di atas jambatan yang telah siap dibina itu. Rupa-rupanya si adik sedang menunggu kepulangan abang. Sejurus melihat abangnya, si adik terus mendekati dan bersalaman lalu memeluk abangnya. Si adik berkata, " Abang, adik minta maaf atas segala kesalahan adik. Walaupun adik telah membina tembok, tetapi abang tetap membina jambatan. Sungguh mulia hatimu wahai abangku". Mendengar kata-kata adiknya, si abang kelu tanpa suara dan terus memeluk erat adiknya sambil kedua-duanya menitiskan air mata penyelasan dan kegembiraan.

Kejadian itu telah disaksikan oleh kontraktor yang membina jambatan itu. Sejurus itu, kontraktor itu bersuara, "Wahai saudara berdua, tugas saya telah selesai. Saya perlu pergi kerana banyak lagi jambatan-jambatan lain perlu saya bina.

Ayuh saudaraku, leburkan benteng keegoaan dalam diri... binalah jambatan bukannya tembok. Silaturahim itu suruhan Tuhan.

#mogabermanfaat
# suaracakna.blogspot.com


Friday, 23 October 2015

Kisah Tikus dan Ahli Sihir

Ada satu cerita yang boleh menggambarkan betapa kuatnya peranan HATI dalam kehidupan.

Seekor tikus telah bersahabat dengan ahli sihir. Pada suatu hari, tikus mengadu yang dia sentiasa diburu oleh seekor kucing yang ada di rumah itu. Lalu ia memohon kepada ahli sihir untuk menukar dirinya menjadi seekor kucing yang besar.

"Permintaannya ditunaikan. Tikus sekarang telah ditukar menjadi kucing besar dan ia memburu kucing di dalam rumah tersebut".

Tikus yang bertukar menjadi kucing itu kemudian keluar dari rumah. Di luar rumah ia diburu oleh seekor anjing. Ia lari ketakutan dan terus menemui ahli sihir minta ditukarkan menjadi seekor anjing yang lebih besar. Ahli sihir pun menunaikan permintaannya. Tikus yang bertukar menjadi anjing besar itupun mengejar anjing tersebut. Tetapi tidak lama kemudian, anjing yang besar itu dibaling batu oleh seorang budak di kawasan itu. Tikus yang bertukar anjing itupun lari lintang-pukang.

"Tolong tukarkan saya menjadi budak yang lebih besar", pintanya kepada ahli sihir.

Tetapi kali ini ahli sihir mengelengkan kepalanya sambil berkata, "Tidak ada gunanya aku menukarkan bentuk kamu kepada yang lain..."

"Sebab apa?" Tikus itu bertanya.

"Sebab walaupun rupa paras kamu boleh diubah, tetapi hati kamu tetap hati tikus!"

Itulah peranan hati. Walaupun fizikal boleh berubah, tetapi jika hati tidak berubah, kita tidak boleh memanfaatkan apa sahaja.

Semoga mendapat pengajaran dan manfaat daripada kisah ini.


# cnp
# suaracakna.blogspot.com


Monday, 19 October 2015

Tangisan Sebatang Tamar

Salam Kedamaian.

Inilah antara lagu yang menyentuh hati ini, lalu air mata mengalir tanpa dipaksa. Sama-samalah kita hayatinya. Semoga bermanfaat.


Lagu : Tangisan Sebatang Tamar
Artis : Dakmie

Sedu sedan itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul
Tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru
Kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati melonjak belasan
Benarkah aku cinta
Benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur airmataku
Mengenangkanmu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul
Tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru
Kerna keuzurannya

Betapa gelapnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuanganmu
Betapa angkuhnya diriku ini
Untuk menghargai perjuanganmu

Ya Rasulullah ingin aku menjadi
Sebatang tamar yang menangis
Rindu kepadamu

Ya Rasulullah biarlah aku hanya
Sebatang tamar
Namun dapat bersamamu
Di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul
Tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru
Kerna keuzurannya


Sunday, 18 October 2015

Perubahan Diri - Kemahuan dan Istiqamah

Perubahan diri dari dalam keluar.

Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat-syarikat telah mengambil langkah proaktif dalam memastikan pembangunan insan pekerjanya dengan menganjurkan kursus 'softskill' yang bertujuan mencetus kearah perubahan diri pekerja agar menjadi insan yang lebih baik. Apabila pekerja memiliki kemahiran soft skill yang tinggi, ianya akan memberi impak kepada kecemerlangan terhadap sesebuah organisasi tersebut. Rasanya setiap tahun di syarikat SC bekerja, pihak HR telah menganjurkan kursus sedemikian untuk setiap peringkat  bermula daripada 'frontliner' sehingga pihak pengurusan. Bengkel seperti Teambuilding, Exteem Booster, Leadership Skill, Effective Supervisor, Customer Service, Personal Mastery dan sebagainya.

Persoalanya, kenapa begitu banyak kursus telah diikuti tetapi perubahan diri mereka yang menyertainya seolah-olah macam kurang? Semangat untuk berubah macam bermusim. Bila balik dari kursus bukan main semangat. Selepas seminggu kembali seperti asal. Hangat2 tahi ayam.

Seorang rakan sekerja SC pernah menyuarakan pandangan beliau katanya susah sangat staf dia nak berubah walaupun telah banyak kursus yang dihadiri. Macam tak berkesan kursus ni. Baik tak payah buat kursus kalu lagu ni. Keluar bahasa Terengganu dia. Maroh sangatlah tu. Tetapi, sifu SC cakap kat dia... "Kursus hanya sebagai panduan dan bimbingan. Selebihnya, kemahuan dan istiqamah dalam melakukan perubahan".
SC juga bgtau sahabat tadi, "Apa yang dia suarakan tu ada rasionalnya, namun bagi kita yang sedar perkara ini, perlu istiqamah meneruskan agenda dakwah. Disinilah peranan kita untuk membimbing mereka. Hidayah itu hanya milik Allah. Allah Maha Mengetahui siapakan yang layak menerimanya. Semuanya bukan kebetulan, mungkin kebetulan disisi manusia tetapi semuanya dalam Qada & Qadar Allah. Kita hanya mengajak dan berkongsi ilmu dengan harapan moga menjadi asbab kepada perubahan mereka.

Melaksanakan kursus, ceramah, perkongsian, mengajak, mentarbiah, mendidik itu adalah tugas semua manusia sebenarnya. Kita semua adalah khalifah diatas mukabumi ini, SC kira, tugas dan peranan kita dalam melakukan kebaikan (Ibadah) dan mengajak kearah kebaikan (Khalifah) tidak akan pernah terhenti sehingga nafas kita berhenti.

Semoga Bermanfaat.


Friday, 16 October 2015

Bukan Kerna Nama

Salam Kedamaian,

Diantara lagu yang menjadi kegemaran SC adalah adalah nyayian Papa Rock tanahair Ramli Sarip yang berjudul "Bukan Kerana Nama". Selama ini SC hanya meminati melodinya sahaja kerana ianya kena dengan jiwa ini. SC pernah meyanyikan lagu ini bersama gitar kapuk dalam satu majlis makan malam syarikat SC bekerja beberapa tahun yang lalu.

Beberapa hari kebelakangan ini, terdetik dihati ini untuk lebih meneroka, memahami dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu ini dan SC akhirnya menemui sesuatu mesej yang indah daripadanya. Apa yang dijumpai?

Rupa-rupanya bukan sekadar melodinya yang indah, tetapi mesej liriknya begitu holistik bila difahami dan dihayati. Ianya merungkaikan suatu gabungan elemen-elemen dalaman yang ada dalam diri setiap manusia iaitu HATI, AKAL dan NAFSU dimana ketiga-tiga elemen ini perlu dikawal. Tanpa kawalan akibatnya akal akan menjadi jahil, hati jadi keras dan nafsu jadi liar.

Maka, kita sebagai manusia perlu tahu bagaimana mengawalnya. Secara ringkas untuk mengubah hati, akal dan nafsu, seseorang itu mesti melalui tiga proses secara tertib dan kesinambungan iaitu:

1. AKAL mestilah diproses agar tahu. (ILMU bersepadu).
2. HATI mestilah diproses untuk mahu. (IMAN mendalam)
3. NAFSU mestilah dilatih untuk mampu mengawalnya. (LATIHAN berterusan)

Bak kata cerdik pandai, orang yang perkasa mampu mengawal hati, akal dan nafsunya bagi mencapai visi & misi hidup yang tepat dan jelas.


Ayuh kita sama-sama nyayikan lagu "Bukan Kerna Nama".

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

#corus
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

#ulang corus

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat dan membuka lembaran kefahaman buat kita dalam mengerti erti sebuah kehidupan dalam konteks kehidupan yang sebenarnya.

SC menulis bukan kerna nama...
Kita sama, semuanya sama... apa yang ada hanyalah kehidupan.


Friday, 9 October 2015

Kisah Ikan yang Degil

Ulama' memberi perumpamaan.

Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing. Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan. Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu. Katak itu beritahu pada ikan. "jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api. mereka akan makan makan kau (sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat)". Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar. Dia yakin yg dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah. Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.

Ulama' beritahu.

Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja. Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka. Kita nampak manusia yg dibakar atas api. Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat.
Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam. semoga Allah beri kita kefahaman .
Aamiin Allahumma Aamiin...
.
#BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
#cnp
#suaracakna.blogspot.com


Thursday, 8 October 2015

Dakwah Biar Santai tapi Sampai

Dakwah Biar Santai Tapi Sampai

Sinopsis
“Untuk mengubah satu dunia, ia mestilah bermula dengan mengubah diri kita. Untuk berdakwah kepada orang lain, mulakan dengan berdakwah terhadap diri sendiri terlebih dahulu.” -Prof Madya Dr. Mohd Nor Mamat.

Dakwah merupakan seruan mengajak manusia ke jalan ILAHI yang menjadi semulia-mulia tugas para rasul dan nabi. Setiap muslim adalah dai’e tanpa perlu perlantikan khas dalam meneruskan legasi dakwah demi menolong agama ALLAH SWT. Seiring dengan peredaran zaman, pelbagai medium teknologi boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti dakwah selagi ia menepati piawaian syarak.

Dakwah Biar Santai Tapi Sampai membawa mesej betapa seruan itu sangat mementingkan matlamat amar ma’ruf nahi mungkar agar tercapai. Namun, turut menitikberatkan kaedah yang efektif mengikut kesesuaian mad’uw (sasaran). Biarlah dakwah kita santai metodologinya, tetapi mesti sampai objektifnya!


Monday, 21 September 2015

Tujuan Hidup

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh. Salam Ceria, Salam Kedamaian.

Suatu ketika dahulu, SC dan rakan-rakan sekuliah pernah diajukan soalan oleh penceramah kursus iaitu "Apakah Tujuan Hidup Kita?" Soalan yang nampak macam mudah, kerana hanya berkenaan persoalan asas kehidupan, namun ianya begitu sukar untuk dijawab dalam situasi spontan. Pun begitu, jawapanya masih sukar diterjemahkan walaupun diberi masa untuk menjawab. Kebanyakan peserta kursus terfikir dan menjawab tentang matlamat hidup atau impian mereka, maka perbezaan jawapan begitu ketara kerana matlamat hidup seseorang manusia dengan orang lain kadang-kadang berbeza. Betul kan?

Daripada semua jawapan yang dijawab oleh peserta kursus, SC dapat merumuskan bahawa terdapat 3 kategori jawapan atau ada 3 golongan dalam merungkai persoalan ini iaitu:

Golongan pertama menjawab: "Untuk memenuhi keperluan Fisiologi dan Biologi". Bagi mereka Tujuan Hidup ni hanya untuk memiliki rumah, kenderaan, pasangan hidup, makan & minum sahaja.

Golongan kedua menjawab: "Untuk menjadi ternama atau terkenal".  Seperti contoh nama mereka tercatat dalam Book of Records.

Seterusnya golongan ketiga pula menjawab: "Untuk mendapatkan kuasa dan pangkat".

Cuba kita perhatikan pada ketiga-tiga jawapan diatas bagi menjawab persoalan Tujuan Hidup ini. Kadang-kadang manusia tidak menjawab melalui perkataan pun, tetapi tindakan kita seharian menjurus kearah untuk mencapai tujuan seperti di atas. Seolah-olah itulah Tujuan Hidup mereka. Kan?

Sebenarnya, ketiga-tiga jawapan di atas bukannya Tujuan Hidup.

Jadi, apakah Tujuan Hidup kita yang sebenar-benarnya?

Semakin sukar bagi kita menjawab persoalan ini? Semakin keliru jadinya. Kan?

Jawapannya adalah, kita merupakan makhluk yang diciptakan dan Yang hanya boleh menjawab persoalan kenapa kita diciptakan adalah Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Maka, Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku".
(Surah al-Zariyat 51: 56)

Hidup kita untuk menjadi hamba Allah (beribadah). Jawapan daripada Allah ini sebenarnya turut dipersetujui oleh manusia secara tabii. Begitulah yang kita faham daripada ayat Al-Quran yang pendek itu. Dan dengan itu, pencarian manusia tentang apakah tujuan dia dijadikan telahpun terjawab. [Mukmin Professional (2010): ms154]

Kita sudah tahu, diri kita ialah hamba dan khalifah Allah di dunia. Inilah Tujuan hidup yang perlu kita tanam dalam akar Minda dan semat kedalam Jiwa kita. Semoga kita terus fokus, lurus, menjurus, tepat dan jelas bagi merialisasikannya dalam usaha meraih kejayaan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat.

Bak kata bijak pandai... Apabila hati disinari nur ilmu (kefahaman), pancaindera lain akan menjurus kearah kebaikan. Apabila mata mampu memandang dengan jelas usah risaukan kaki yang melangkah.

Sebelum mengakhiri wacana ini, SC memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan. Harapan agar perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membaca. Semoga segala pengajaran difahami, dihayati, diamalkan dan seterusnya sampai-sampaikanlah kepada sahabat kita yang lain.

#semogabermanfaat


Wednesday, 15 July 2015

Istiqamah Beribadah Selepas Ramadhan

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah... Syukur kepadaMu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini... Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Tarbiyah.

Moga-moga selepas kita keluar daripada Madrasah Ramadan tahun ini, kita tetap ISTIQAMAH beribadah... Inilah ujian seterusnya yang perlu kita hadapi... TAQWA yang dicari tidak terhenti di sini...

"Sahabat bertanya kepada Rasulullah. Ya Rasullullah, amalan bagaimanakah yang paling disukai Allah? Rasulullah menjawab, "amalan yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit". (HR muslim)

Sama-samalah kita ISTIQAMAH bermujahadah meneruskan amal-amal ibadah khusus disamping ibadah umum sepanjang hayat hidup  kita sebelum kita dijemput mengadap Allah SWT.

Ya Allah... semoga kami tergolong dalam golongan yang ISTIQAMAH beribadah... Aamin.

1. Istiqamah solat diawal waktu dan berjemaah disurau/masjid.
2. Istiqamah membaca Al-Quran ( sekurang2nya 1 m/s sehari).
3. Istiqamah dalam bersedekah.
4. Istiqamah qiamulai (solat sunat Tahajjud)
5. Istiqamah solat sunat Dhuha
6. Istiqamah puasa sunat Isnin & Khamis.
7. Berpuasa 6 hari di bulan Syawal.

Sesungguhnya kemanisan itu berada dalam menu ISTIQAMAH.

#SC (Suara Cakna)


Tuesday, 14 July 2015

Tanda Lailatul Qadar Pada Diri

Salam Sejahtera,

Diantara banyak-banyak perkongsian daripada group whatapps dan group telegram yang SC sertai, terdapat satu artikel yang agak panjang telah dikongsikan oleh seorang sahabat baru-baru ini. Ianya begitu menarik minat SC untuk terus membacanya sehingga ke noktah yang terakhir cerita itu. Artikel yang ditulis oleh seorang yang hebat dalam bidang penulisan tanahair iaitu Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Selepas membaca berulang kali, cuba memahami dan cuba menghayati, SC terasa ingin berkongsi artikel yang telah menyentuh hati sanubari ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Mula-mulanya nak copy dan paste sahaja dalam group whatapps dan telegram, tetapi memandangkan ianya agak panjang, lebih baik rasanya SC abadikannya dalam blog ini suaracakna.blogspot.com dengan harapan moga-moga ianya dapat dimanfaatkan semaksima mungkin.

Selamat membaca... Semoga bermanfaat...


"Tanda Lailatul Qadar Pada Diri"
Tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Kata sesetengah riwayat pada malam itu, tidak sejuk, tidak panas. Pada keesokannya, mentari seolah-olah malu untuk bersinar. Teduh sahaja kelihatannya.  Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa.

Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam-malam tertentu. Lengkap dengan dakwa dan dalilnya. Pada tahun lalu pernah saya menerima SMS, betapa ada sahabat-sahabat yang merasa kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.

Satu SMS menyatakan,” ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa. Rasa rugi kalau terlepas!”

Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan Al Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya.

Lalu saya balas SMS itu dengan kata, “ jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi “hamba” malam Al Qadar,  yang kesungguhan ibadah hanya tertumpu pada malam itu sahaja.”

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah… terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan?

Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”. Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Begitulah penjejak dan penemu Malam Al Qadr yang utama dan pertama – Rasulullah SAW. Setelah begitu resah, bimbang dan sedih atas kerosakan kaumnya, Rasulullah SAW pergi menyendiri (bertahannuth) di gua Hira’.

Baginda nekad. Tidak mahu “kotoran” jahiliyah hinggap pada hati dan dirinya. Hatinya meronta-meronta inginkan kebaikan buat kaumnya, tetapi apa kan daya, baginda tidak punya “senjata” dan “penawar” untuk menghadapi dan mengubatinya.

Sejak berbulan-bulan baginda di situ. Menyendiri, terasing seketika, untuk tidak terjebak dalam kejahilan dan kemusyrikan. Bukan mengalah, tetapi berundur seketika mengatur langkah. Walaupun belum nampak cara tetapi kemahuan sudah ada. Hatinya sebagai wadah itu sentiasa menganga untuk mendapat pimpinan dan bimbingan.

Dan tiba-tiba pada satu malam yang penuh barakah, cahaya dan petunjuk, turunlah malaikat Jibrail membawa wahyu yang pertama. Saat itulah, baginda mula mendapat kekuatan, tenaga dan dorongan yang sangat luar biasa. Segala yang dinanti telah tiba. Segala yang “kosong” telah terisi.

Baginda menjadi Rasul sejak itu… mula dibebankan misi yang amat besar yakni berdakwah, mendidik dan memimpin kaumnya menuju Allah. Kembali ke fitrah. Malam yang bersejarah itu dikenali sebagai malam Al Qadar!

Mulai saat itu, selamat tinggal Hira’. Tidak ada pengasingan diri lagi selepas itu. “Rahib” sudah bertukar menjadi mujahid. Cahaya yang bermula dari dalam gua itu terlalu hebat, terlalu terang… bukan itu gelanggangnya, tetapi semesta alam.

Roh iqra’ yang hebat itu disusuli kemudiannya oleh gerak Al Mudathir, lalu baginda pun menguak “selimut” uzlahnya lalu dibesarkan Tuhannya dengan sinar akidah di relung samar Jahiliah.

Apakah malam Al Qadar 1436 H ini akan ditunggu oleh hati seputih Rasulullah saw? Atau hanya diintai dan diramal oleh kebanyakan umat dengan hati yang kotor dan nafsu liar. Apakah al Qadar akan sudi bertamu di wadah hati yang begitu? Padahal hati Rasululah ketika menantinya sudah dikosongkan demi bertamu sebuah hidayah? Berapa lamakah kita telah membenci kemungkaran seperti Rasul membencinya hingga tiba saatnya baginda layak menemui malam yang agung dan hebat itu?

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.


Sunday, 12 July 2015

U-TURN KE JALAN LURUS

"Pengajaran hebat dalam perubahan diri"

Buku tarbiah rohani yang berjudul U-TURN KE JALAN LURUS tulisan Ustaz Zul Ramli M. Razali adalah merupakan antara koleksi bacaan SC. Peyampaiannya yang santai dan mesejnya meninggalkan kesan mendalam pada jiwa juga menjadi pedoman dalam mengharungi kehidupan seharian.

"Petikan Mukadimah m/s: xiv"

Pusingan U ke Jalan Betul.

Setiap manusia pernah terbabas dan tersalah jalan. Apa yang membezakan orang cemerlang dan orang gagal ialah orang cemerlang menemui kembali jalan betul, manakala yang gagal akan terus berada dijalan salah dan tidak menemui mana ruang untuk kembali.

Amat penting bagi manusia mencari ruang kembali, manakah lorong U-Turn untuk masuk semula ke laluan jalan yang betul. Dimanakah dot pusingannya?

# Manusia tidak tahu tentang salahnya sehingga disedarkan.
# Mereka tidak mahu berbuat baik sehinggalah disedarkan.
# Mereka tidak mampu cemerlang sehinggalah disedarkan.

Semua mengenai kesedaran mendalam...
Kesedaran perlu untuk terus dipupuk. Racunnya adalah lupa. Tenaganya pula adalah peringatan dan pengajaran.
Oleh itu manusia perlu kepada peringatan dan pengajaran bagi menawarkan racun kelupaan, juga mengekalan tenaga perubahan supaya berterusan dalam hidup.

Semoga bermanfaat.


Saturday, 27 June 2015

Kita Semua Adalah Khalifah

Kekadang apabila hati ini terdetik untuk berkongsi sesuatu dilaman sosial, tika itu juga mungkin ada seseorang yang sedang mencari maklumat atau sedang tertanya-tanya pada diri sendiri tentang persoalan yang mungkin menjurus kepada bagaimana untuk menjadi diri mereka lebih baik... ataupun apakah pilihan yang terbaik untuk dipilih takkala dihadapan masih kabur. Disaat seseorang 'pencari' itu terjumpa maklumat yang kita dikongsikan tadi, mungkin akan terdetik dihatinya "aku baru terfikir persoalan ini... namun sekarang pencerahan dan jawapannya telah muncul didepan mata". Bisik hati kecilnya.

Pernah tak perkara yang dialami oleh 'pencari' tadi berlaku pada diri kita?
Ya...hakikatnya, setiap apa yang berlaku di dalam kita mengharungi kehidupan ini, pasti ada sebab dan musabab pada setiap kisah cerita kita. Inilah perancangan Allah, bila niat kita bertemu dengan janjiNya, tiada apa yang dapat menghalangnya. Segala yang diingini pasti akan muncul apabila saat dan detiknya tiba, inilah yang perlu diyakini... hanya masa dan takdir Allah yang menentukan ianya terjadi.

Berbalik kepada ayat pertama cerita ini iaitu; "Kekadang apabila hati ini terdetik untuk berkongsi sesuatu dilaman sosial"...
Inilah yang perlu kita lakukan... iaitu berdakwah. Untuk mengajak seseorang kearah kebaikan, kita tidak perlu tunggu sehingga kita bertitle pendakwah seperti ustaz, ustazah, imam muda, pencetus ummah, ataupun guru... mungkin kita tidak berkelayakan menjadi seperti mereka.  Namun hakikatnya, kita perlu menyedari yang kita semua adalah khalifah yang merupakan dai'e diatas muka bumi ini. Inilah diantara tujuan asas yang perlu dihayati kenapa manusia itu diciptakan.

Maka dengan itu, janganlah kita menghadkan diri kita di dalam menyampaikan dakwah. Sampaikanlah walaupun sepotong ayat... kita tak tahu, mungkin ianya akan menjadi pencetus ataupun penyebab kepada pembaca yang dikalangan rakan kita amnya mahupun seluruh masyarakat khasnya di dalam proses perubahan mereka kearah kebaikan. InsyaAllah.

Monday, 8 June 2015

Membetulkan Pandangan Mata

Nabi Musa a.s melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir. Sahabat-sahabatnya menutup hidung malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah, isi perut yang terburai..!

Akan tetapi Nabi Musa berkata,

"ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"

Sahabat-sahabatnya menegur bagaimana Nabi Musa boleh berkata demikian? Lalu Nabi Musa menjawab,

"AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN..!"

Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seseorang waima MUSUH KITA sekalipun. InsyaAllah! Hati kita akan bertambah senang dan tenang..!

Jadilah seperti LEBAH..! Walaupun hidup di dalam lautan sampah, BUNGA juga yang dicarinya..!

Janganlah jadi seperti LALAT..! Walaupun hidup di taman yang indah, SAMPAH jua yang dinantinya..!

Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci ..!

"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK PADA ORANG LAIN
IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA..!

KERANA HANYA ORANG YANG
HATINYA BERSIH, SELALU MELIHAT KEBAIKAN PADA ORANG LAIN..!"

R A W A T  B A D A N  Y A N G
S A K I T  D I  R U M A H  S A K I T

C U C I  H A T I  Y A N G
L E M A H  D I  R U M A H  A L L A H

Ajak-mengajak semua umat 100% mengukuhkan hubungan dengan masjid. Itu ialah Pasaraya Iman.

Hanya 1 Jam Sahaja

Suatu hari seorang anak kecil datang kepada ayahnya dan bertanya,
“Apakah kita boleh hidup tidak berdosa selama hidup kita?”.
Ayahnya memandang kepada anak kecil itu dan berkata, “Tidak, nak”.
Anak kecil ini kemudian memandang ayahnya dan berkata lagi, “Apakah kita boleh hidup tanpa berdosa dalam setahun?”.
Ayahnya kembali menggelengkan kepalanya, sambil tersenyum kepada putranya.
“Oh ayah bagaimana kalau 1 bulan, apakah kita boleh hidup tanpa melakukan kesalahan?”.
Ayahnya tertawa, “Mungkin tidak boleh juga nak”.
“OK ayah, ini yang terakhir kali, apakah kita boleh hidup tidak berdosa dalam 1 jam saja?”.
Akhirnya ayahnya mengangguk, “Kemungkinan besar boleh nak dan jika kita memang bersungguh-sungguh, Insyaa Allah, kita mampu untuk melakukannya”.
Anak ini tersenyum lega. “Jika demikian, aku akan hidup dengan tidak berdosa dari jam ke jam, ayah. Lebih mudah menjalaninya dan aku akan menjaganya dari jam ke jam, sehingga aku dapat hidup dengan tidak berdosa…”.
Kenyataan ini mengandung kebenarannya.
Marilah kita hidup dari waktu ke waktu, dengan memperhatikan cara kita menjalani kehidupan.
Dari latihan yang paling kecil dan sederhana, akan menjadikan kita terbiasa, dan apa yang sudah biasa kita lakukan akan menjadi sifat, dan sifat akan berubah jadi karekter, dan karekter akan menjadi destiny…..

Hiduplah 1 jam TANPA…
  • tanpa kemarahan,
  • tanpa hati yang jahat,
  • tanpa pikiran negatif,
  • tanpa memburukkan orang,
  • tanpa kerakusan,
  • tanpa boros,
  • tanpa kesombongan,
  • tanpa berbohong,
  • tanpa kepalsuan….
Lalu ulangi lagi untuk
1 jam berikutnya ……
1 jam berikutnya lagi….
1 jam berikutnya lagi…dan terus-menerus..

Hiduplah 1 jam DENGAN..
  • dengan kasih,
  • dengan sukacita,
  • dengan kesabaran,
  • dengan kelembutan,
  • dengan kemurahan hati,
  • dengan kerendahan hati,
  • dengan penguasaan diri,
  • dengan ketekunan,
  • dengan tawakal,
  • dengan al-ihsan,
dan ulangilah untuk
1 jam berikutnya
1 jam berikutnya lagi .

Semoga bermanfaat.

Saturday, 14 March 2015

Refleksi Diri - Celik Minda & Buka Mata Hati

Moga Allah SWT menjadikan kita semua lebih mengerti dan mengenali erti sebuah kehidupan.

Seorang pelukis melihat sepohon pokok dan berkata, alangkah cantiknya pokok ini kalau aku lukiskan.
Seorang pakar perubatan akan pula berkata alangkah bertuahnya aku kalau mana-mana bahagian pokok ini dapat kuambil kujadikan ubat.
Seorang tukang kayu akan pula berkata, pokok ini boleh kupotong kayunya untuk kujadikan sesuatu.
Seorang jurufoto tentu sekali berhasrat mengabdikan kecantikan pokok ini dalam fotonya.

Inilah antara persepsi kita yang berbagai-bagai melihat sebuah kehidupan.Justeru itu, marilah kita sama-sama melihat hidup ini dari sudut keimanan kita padaNya.

Kehebatan Pencipta sepohoh pokok ini. Lihat daun, ranting, batang dan akar semuanya membawa erti tersurat dan tersirat. Keimanan, ketaqwaan dan sebagainya dan yang paling pasti kerimbunan dedaunan pokok ini memberi naungan untuk kita terus berteduh di bawahnya.

Kisah Pelepah Tamar Menangis Kerana Rasullulah SAW


(Di kawasan Raudhah di Masjid Nabawi,Madinah inilah kejadian pokok tamar menangis)

Kisah ajaib yang mendidik jiwa. Kisah ajaib yang sukar diterima akal yang terbatas. Disebabkan itu islam mendidik kita dengan konsep dipanggil sebagai 'keimanan' . Mempercayai segala sesuatu yang disyariatkan dengan hati yang tekad tanpa ragu-ragu. Jika diikutkan , banyak kisah yang menguji keterbatasan akal kita. 

Seperti kisah Nabi Muhammad saw naik ke langit ke tujuh menerima wahyu dan kisah baginda membelah bulan kepada dua dan mencatumkannya semula. 
Semua sepatutnya ditolak oleh akal. Namun, kerana bimbingan wahyu yang disulami rasa keimanan. Kita menyakini bahawa sesungguhnya tidak ada apa yang mustahil bagi Allah. 

Masjid An-Nabawi juga tidak terlepas daripada kisah ajaib ini . Antaranya sebatang pelepah tamar yang menangis. Kisah ini disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin RA seperti yang disebutkan dalam hadis Bukhari . Bahawa Rasullulah saw duduk  bersandar pada satu pelepah tamar yang dijadikan tiang masjid. Ketika sebuah mimbar dibina untuk menggantikan pelepah tamar ini, tiba-tiba terdengar suara tangisan seperti bunyi unta merengek hingga semua orang di masjid itu mendengar.

Sampai akhirnya Rasullulah saw datang dan menghampirinya. Baginda menyakinkan dan memujuknya dan akhirnya pelepah itu diam. 

Hadis ini juga diriwayatkan An-Nasai dan Imam Ahmad (lihat sahih Mukjizat al Nabi, halaman 149-161) 

Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadis Bukhari bahawa :"Nabi Muhammad saw selalu bersandar pada sebatang pohon tamar ketika menyampaikan khutubah Jumaat." 

Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra mencadangkan supaya dibina mimbar yang baru. Cadangan itu diterima Rasullulah saw . Lalu sebuah mimbar yang membabitkan 3 anak tangga dibangunkan. 
Ketika Rasullulah saw duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil . Ada juga mengatakan bunyinya seakan-akan seekor unta merengek. 

Rasullulah saw mendekati pelepah tamar dan bertanya kenapa ia menangis. Pelepah tamar itu mengatakan ia menangis kerana tidak lagi digunakan untuk mengingati Allah swt. 

Rasullulah saw menyuruh pelepah tamar itu dikapankan dan memujuknya dengan mengatakan ia akan dibangkitkan di dalam syurga. 

Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia. Tempat tumbuh pokok tamar ini didirikan sebuah tiang dan dinamakan tiang Mukhallaqah. Kerana itu, sejak Rasullulah saw memujuk pokok tamar itu, pewangi bernama 'Khaluq' sering disapukan kepadanya. 

Selepas pohon tamar itu mati, sebatang tiang didirikan sebagai tanda kewujudan pohon tamar yang dijamin syurga oleh Rasullulah saw. 

Kisah pelepah tamar ini lebih mulia jika dibandingkan dengan diri ini yang mengaku merindui Rasullulah saw , yang selalu sahaja mengungkapkan sayang dan rindu kepada Rasullulah saw tetapi sering lupa berselawat dan mengamalkan sunnah rasullulah saw yang dianjurkan baginda. 

Pernahkah kita mengalirkan air mata kerana rindu kepada Rasullulah saw sebagaimana Rasullulah saw mengalirkan air mata saat menjelang kewafatan kerana bimbang nasib umatnya pada akhir zaman ini. 

Jika sebatang pelepah tamar begitu memahami keistimewaan Rasullulah saw sehingga menangis teresak-esak mengapa kita yang berakal ini tidak berselawat dan malu mengamalkan sunnahnya.

Sumber : Bacaan BH  

Monday, 2 February 2015

Warkah Buat Tuan Guru

Assalamualaikum Tuan,

Apa khabar? Semoga tuan sekeluarga sihat sejahtera dan sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah.
Saya memohon ampun dan maaf diatas segala silap dan salah selama ini. Minta tuan halalkan segala ilmu yang diijazahkan.

Tuan Guru,

Nukilan ini adalah sekadar perkongsian perubahan diri seorang anak murid...
Alhamdulillah tahun 2015 genap umur saya 40 tahun. Kata orang 4 siri dah.
Hampir 2 tahun mengenali tuan iaitu pada bulan April 2013 dan semasa itu umur 38 tahun. Mengikuti kelas tuan selama 2 hari pada April 2013 lalu telah mencetuskan satu detik anjakan paradigma pada diri ini... Sebelum ni banyak juga kelas pembangunan diri termasuk team building telah diikuti, namun perubahan hanya berlaku agak singkat. Semangat dan bermotivasi hanya pada peringkat awal sahaja... selepas 1 @ 2 minggu kembali kepada asal.

Kaedah yang tuan ketengahkan dengan kaedah yang saya pelajari sebelum ini begitu berbeza...
Tuan telah memberikan suntikan melalui satu kaedah yang selama ini amat ditagih dan dinantikan oleh pelajar, iaitu kaedah yang berjaya merungkai persoalan ramai orang diluar sana, iaitu persoalan:

#Bagaimana Nak Istiqamah Dalam Amalan?
#Bagaimana Nak Kekal di Landasan Yang Benar?

Kaedah tuan bukan sahaja memfokuskan @ berkisar kepada persoalan Kenapa Perlu Berubah? & Bagaimana Nak Berubah?
Sekiranya hanya persoalan ini yang di titikberatkan maka samalah kelas tuan dengan kelas motivator yang lain. Pelajar hanya akan bersemangat paling lama 2 minggu... lepas tu balik asal.

Kaedah Yang Hebat yang paling terkesan pada diri saya untuk kekal Istiqamah adalah:

# Menulis impian 1 kali sehari dan dibaca 2 x sehari selama 41hari.
Ya... Inilah kunci istiqamah...

Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya impian kita ditulis mengikut kaedah diatas dan impian itu bukan ingin memiliki  kebahagian dunia sahaja seperti nak kaya, rumah besar, kereta besar tetapi kita tulis macam ni:

Saya bersyukur dan rasa gembira kerana telah berjaya:

1. Istiqamah Solat di awal waktu dan berjemaah.
2. Istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.
3. Istiqamah Solat Dhuha setiap hari
4. Istiqamah Solat Tahajjud setiap minggu
5. Istiqamah Bersedekah diawal pagi setiap hari.
6. Istiqamah Berpuasa sunat Isnin & Khamis.
7. Istiqamah amalan berdzikir setiap hari.

Saya sudah menulisnya selama 41 hari... Alhamdulillah... hasilnya???

Sukar saya nak jelaskan hasil nya dalam bahasa yang mudah difahami...
Saya hanya mampu menyatakan bahawa
kemanisan & kelazatan itu hanya berada dalam menu Istiqamah...

Carilah Akhirat, Insha Allah Dunia Akan Cari Kita...

Jazakallah Khairan Tuan, Sifu, Murabbi.

"Kuasai Hidup"
Nukilan Hati... MSI 020215 1530hrs

Friday, 16 January 2015

UJUB

Salam kedamaian buat semua. Apa khabar anda hari ini? Doa SC semoga anda sentiasa dipermudahkan segala urusan, dilancarkan setiap perjalanan dan berbahagia "sokmo".
Telah lama rasanya jemari ini  berehat menaip dilaman ini, ianya sejak posting SC yg terakhir pada 29 September 2014.
Hari ini terasa gerak hati untuk berkongsi sesuatu perkara, ilmu, kefahaman, pengalaman yang paling terkesan di jiwa dalam tempoh itu.
Semoga perkongsian kali ini memberi kesan kepada kita dalam menjalani kehidupan ini agar sentiasa berada dilandasan yang menuju kepada keredaanNya.

APAKAH UJUB?

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yg petah berbicara, kagum dgn kepetahannya
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

WALLAHUALAM...