Tuesday 15 December 2020

Kaedah Penanaman Kreatif berkonsepkan DIY Vertical Farming

















Majalah Suara Cakna
(December 2020)

Atas dasar minat yang mendalam terhadap Rekacipta, Agrotani & Pertukangan, seorang lulusan kejuruteraan elektrikal Mohd Saimiki Ibrahim dari Kajang Selangor, kini telah berjaya mencipta satu Kaedah penanaman yang kreatif berkonsepkan DIY "Vertical Farming".

Beliau yang selesa di panggil Bro Miki telah berjaya mencipta Kaedah 6T yang dapat menyelesaikan isu-isu yang sering dihadapi orang ramai dalam proses berkebun di laman rumah terutamanya di kawasan bandar.

Berkonsepkan Kebun DIY Laman santai yang diberi nama MikiHydroVericalPlant, beliau telah berjaya menanam lebih 200 pokok sayuran dalam satu masa seperti sawi, kailan, salad, bayam brazil, kangkung, pegaga, kacang panjang, kobis, cili dan juga tanaman herba seperti pudina, stevia, ulam raja, daun sup, ketumbar, sambung nyawa, belalai gajah hanya disekeliling pagar di dalam ruangan halaman rumah beliau yang bersaiz 30x20'.

Selain daripada itu, pokok hiasan juga ditanam dihalaman rumahnya seperti monstera, agloanema, spider plant, money plant, goose foot plant, pakis bolton, orkid berkonsepkan "Wall Plant" yang diberi nama Bingkai Hiasan Pokok Hidup.

Inisiatif Amalan Hijau yg diusahakan Bro Miki  menyebabkan beliau telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Anugerah Kejiranan Hijau 2020 anjuran PLAN Malaysia Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Daripada 100 peserta yang mendaftar bagi Kategori Perumahan Bertanah beliau telah berjaya dipilih sebagai 5 peserta akhir.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi tetamu jemputan TV3 untuk rancangan Wanita Hari Ini berkongsikan Tajuk Projek DIY Di Rumah & Tanaman Punca Rezeki.

Beliau yang aktif berkongsi ilmu & pengalaman tentang kaedah penanaman berkonsepkan DIY vertikal farming & hidroponik menerusi media sosial seperti YouTube, Facebook & Instagram. Anda boleh 'follow, subscribe' beliau di YouTube Channel M Saimiki Ibrahim untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kaedah 6T ciptaan beliau.

#BeritaSuaraCakna