Tuesday 11 July 2017

Majlis Pot Luck Raya 2017



Majlis Pot Luck Raya Family 2017

#PLRF2017
#bersatuhatikekalabadi

Hasil sembang2 santai masa berkumpul pada cuti raya kat kampung tempohari bersama family trganu kite yang menetap di KL, Selangor & N9 telah mencetuskan satu idea. Ianya berkisar tentang raya open house di KL. "Apa kata tahun ni kita buat pot luck raya, kita dapat berkumpul semua family di satu lokasi, pada satu waktu sama", kata salah seorang daripada kami.

Sejurus pulang ke Kajang, SC telah berbincang bersama isteri dan bersetuju menjadi tuan rumah untuk majlis pot luck raya pada tahun ini. SC segera menubuhkan group whatapps Pot Luck Raya Family 2017 (PLRF2017). Setelah berdiskusi di dalam group, kesemua family positif & telah bersetuju untuk merialisasikan majlis seperti yang dicadang & dirancang.

Masing2 begitu teruja menunggu hari perjumpaan PLRF2017. Antara menu pot luck yg akan disediakan oleh kesemua family adalah spt ketupat lemak, nasi himpit, lemang, rendang, kuah kacang, laksam, BBQ ayam, kambing, sosej, beehoon goreng, laksam, roti jala, makaroni goreng, beraneka kuih muih spt kueh koci,  kek batik, baulu dsbnya.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT atas pemberian nikmat silaturahim yang berterusan. PLRF2017 telah berlansung dengan jayanya seperti yang dirancang. Apabila niat kita bertemu dengan janji Tuhan, tiada apa yang dapat menghalangnya.

Selain daripada jamuan makan & BBQ dilaman rumah, acara sambutan hari lahir bagi kelahiran bulan 7 juga diadakan dan juga sesi pengenalan bagi anak sedara yang baru berkahwin. Meriah, seronok, beronok-ronok suasana majlis.

Kita semua hadir pada hari ini adalah atas jalinan ikatan kasih sayang kekeluargaan yang merupakan kunci kepada hubungan silaturahim yang berkekalan. Bukan hanya kaki kita yang melangkah datang, tetapi hati kita yang hadir. #bersatuhatikekalabadi.

Jazakallah khairan khatira... Terima kasih kepada semua keluarga yang datang. Semoga majlis hari ini menjadi satu point permulaan bagi kita semua merangka perancangan yang lebih baik dimasa akan datang.

Sebagai tuanrumah kami minta ampun & maaf diatas segala kekurangan.

P/s: Jika nak post foto dimedia  sosial (instagram, fb) jangan lupa hashtag
#plrf2017
#bersatuhatikekalabadi

Sama2 kita abadikan memori ini menjadi satu kenangan terindah.


Sunday 9 July 2017

Koleksi whatapps - Rahsia Kehidupan

Assalamualaikum... Salam ukhwah.

Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri. 

Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang. Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya. Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.

Αda perumpamaan menarik, seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu. Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya. 
Lelaki itu bertanya,

"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"

Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui".

Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?" 

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat
saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri. Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.

Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan barakah, tenang dan hidup bahagia.

#cnp
#koleksidariwhatappsgroup
#semogabermanfaat