Saturday 22 January 2022

Kisah Bro Miki & Botol Plastik Terbuang - Episod 3

Kisah Aku Seorang Pengutip Botol - Siri 3
(Karya: Bro Miki)

18 March 2020 Kerajaan Malaysia mengumumkan 'Lockdown'. Tak boleh keluar rumah #StayAtHome

Semua masih ingat tarikh bersejarah inikan?

Selepas 2 minggu  berada di rumah, dikala orang ramai setiap hari hangat ceritakan tentang masalah pendemik C-19, aku termenung & bertanyakan pada diri ini, apakah sesuatu yang boleh aku bagi waktu ini untuk membantu ramai orang?

Lalu aku dapat idea untuk berkongsi ilmu & pengalaman aku yang sedikit ini tentang berkebun dilaman rumah dimana dengan kaedah DIY Vertical Garden.

Bulan Oktober 2019, iaitu 5 bulan sebelum 1st time Malaysia  "lockdown“ sebenarnya aku telah mula sedikit “seriuos“ mencuba DIY Agrotani ni dengan konsep Amalan Hijau sebagai asas kepada setiap rekacipta yang aku buat.
Rekacipta pertama yang aku buat adalah Pasu Hidroponik Takung daripada botol plastik terpakai dimana aku inovasikannya dengan menambah elemen Vertical Garden iaitu kaedah gantung secara menegak

Botol air plastik 1.5liter terpakai yang aku gunakan untuk buat Pasu Hidroponik ini memang aku telah kumpulkan sebelum Lockdown.

Kisah aku seorang Youtuber bermula.

Video Tutorial DIY pertama aku kongsikan di YouTube Channel aku telah mendapat sambutan luar jangka. Ini membuatkan aku bertambah semangat untuk merakam & share video kedua. Selepas aku upload video Tutorial kedua aku yang bertajuk "Tutorial 2 Buat Pasu Hidroponik Takung Gantung & Rak Vertikal"

Tanpa disangka tontonan melebihi 1000 dalam masa 3 hari... Wow... Alhamdulillah ramai yang berterima kasih & mereka juga buat kat rumah Pasu Hidroponik Takung bersama2 anak2 mereka & share kepada aku... Hari ini Video tersebut telah mencapai 21K tontonan.

Tak sangka aku, akhirnya video ini telah viral & aku mendapat jemputan dari TV3 pada April 2020 dalam Rancangan Wanita Hari Ini untuk berkongsi Tajuk Projek DIY Di Rumah - Hidroponik Takung daripada Botol Plastik. Aku terima tawaran itu walaupun sangat takut. Kekuatan yang aku dapat sebelum bersetuju terima tawaran itu adalah berbalik kepada objektif utama aku iaitu persoalan yang aku tanya pada diri sendiri sebulan yang lalu iaitu “Apakah sesuatu yang boleh aku bagi waktu ini untuk membantu ramai orang?“.

Betul kata guruku, bila matlamat kita besar, ketakutan akan menjadi kecil.

Bersambung... Siri ke-4

#SuaraCakna
#KebunDIYLaman #MikiVerticalGarden
#AkuPengutipBotol


Tuesday 4 January 2022

Kisah Bro Miki & Botol Plastik Terbuang - Episod 2

Kurang lebih 2 tahun yang lalu aku adalah seorang pengutip botol. Pantang nampak botol tepi jalan, aku akan perlahan kan kereta. Ada satu ketika itu aku parking kereta di tepi jalan & berjalan kaki mencari botol di dalam longkang, di tepi2 jalan. Nak tahu kenapa aku kutip botol di tepi jalan & di dalam longkang? Kenapa aku beriya-iya sangat nak kutip botol ni?
Saudara & Saudari sekalian, sebenarnya tujuan aku nak berikan kehidupan kedua kepada botol plastik. Aku tak nak botol ini lemas dalam sungai & lautan, terumbang-ambing tanpa arah tujuan. Aku tak nak tengok botol ini masuk ke dalam perut ikan & menjadi punca kematian. Aku tak nak botol ini dituduh penyebab banjir kilat, aku tak sanggup nak lihat anak2 cucu aku tak dapat bermain pasir di pantai dek kerana dibanjiri botol.

Walaupun aku tahu usaha aku ini sangat kecil & tak akan mampu menahan pencemaran ini daripada berlaku, tetapi aku amat yakin akan Perjuangan ini. Inilah antara BIG WHY kenapa aku Istiqamah dalam perjuangan ini. Heal The World make it a better place 4 U & 4 Me & 4 entire human race.

Ajuga amat Yakin ramai diantara kita adalah PEJUANG KELESTARIAN ALAM SEMULAJADI #WeAreGreenWarriors