Wednesday 1 November 2017

Formula Kejayaan Individu

Assalamualaikum, Salam Ukhwah Salam Kasih Sayang

Kali ini SC nak kongsikan satu bingkisan buat renungan kita semua moga-moga bermanfaat

Manusia dicipta untuk berjaya. Tiada manusia dicipta untuk gagal dan manusia penuh dengan potensi untuk berjaya. Cuma cabaran dan halanganya adalah; bukan manusia itu tidak boleh berjaya, tetapi manusia itu tidak mengerti apakah kejayaan yang sebenarnya. Jadi mereka memburu sesuatu yang tak tahu, tak pasti, tak jelas dah tentu tak akan jumpa.

Apakah erti kejayaan yang sebenarnya?

Kejayaan itu bukan tujuan, kejayaan itu satu perjalanan, satu proses. Kejayaan bukan satu destinasi, kejayaan adalah satu kembara (journey). Bila ditanya bila kita boleh berjaya, kita perlu jawab... "Sekarang kita boleh berjaya"...

Dalam kehidupan ini, kejayaan juga ada formulanya. Formula ini adalah hasil kajian pakar2 psikologi yang juga telah dibuktikan melalui pengalaman. Ada 3 formula kejayaan iaitu:

1. Mesti mempunyai Visi dan Misi hidup yang tepat dan jelas.
2. Membangun potensi dirinya ke tahap maksimum
3. Orang yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain.

Semoga Bermanfaat.

# Ruj. : Mukmin Profesional - Celik Mata Hati


Friday 8 September 2017

Siapa Tak Buat Preparation Dia Terpaksa Buat Correction

Assalamualaikum.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah...

Dalam Peperangan Badar, Rasulullah datang lebih awal ke tempat lokasi peperangan itu. Apabila datang lebih awal, study topografi tempat tu, dimana ada sumber air disitu, maka tentera Islam berkawal & berkhemah dilokasi itu serta sumber air telah disekat dgn pasir & batu bagi menghalang dapat kepada pihak musuh. Apabila peperangan berlaku, peperangan ini tidak seimbang kerana tentera musuh tidak mempunyai sumber air.

Jadi apa yang kita boleh belajar dalam aspect professional adalah;
"Well Prepared"... Siapa tak buat preparation dia terpaksa buat correction. Siapa yg tak buat persiapan dia terpaksa buat pembetulan. Jadi jika kita nak buat kerja yang besar terutamanya, kita tak boleh main terjah je macam tu, kita kena buat homework, kena study dsbnya. Inilah sifat professional. Apabila kita nak buat satu kerja, kita perlu buat persiapan, kita perlu datang lebih awal ke lokasi. Contohnya jika kita nak buat presentation, kita perlu dtg lebih awal, maka kita dapat meneliti apa advantage dan disadvantage tempat tu supaya dengan itu kita dapat atasi.

Inilah pengajaran yang kita boleh ambil dari sudut profesional daripada Peperangan Badar. Orang professional itu adalah orang yang merancang dan membuat persiapan lebih awal.

Semoga bermanfaat
#suaracakna

Ruj: Petikan daripada Mukmim Professional Siri 5. "Rasullullah Sebagai Teladan"
Ustaz Pahrol Mohd Juoi.


Tuesday 11 July 2017

Majlis Pot Luck Raya 2017



Majlis Pot Luck Raya Family 2017

#PLRF2017
#bersatuhatikekalabadi

Hasil sembang2 santai masa berkumpul pada cuti raya kat kampung tempohari bersama family trganu kite yang menetap di KL, Selangor & N9 telah mencetuskan satu idea. Ianya berkisar tentang raya open house di KL. "Apa kata tahun ni kita buat pot luck raya, kita dapat berkumpul semua family di satu lokasi, pada satu waktu sama", kata salah seorang daripada kami.

Sejurus pulang ke Kajang, SC telah berbincang bersama isteri dan bersetuju menjadi tuan rumah untuk majlis pot luck raya pada tahun ini. SC segera menubuhkan group whatapps Pot Luck Raya Family 2017 (PLRF2017). Setelah berdiskusi di dalam group, kesemua family positif & telah bersetuju untuk merialisasikan majlis seperti yang dicadang & dirancang.

Masing2 begitu teruja menunggu hari perjumpaan PLRF2017. Antara menu pot luck yg akan disediakan oleh kesemua family adalah spt ketupat lemak, nasi himpit, lemang, rendang, kuah kacang, laksam, BBQ ayam, kambing, sosej, beehoon goreng, laksam, roti jala, makaroni goreng, beraneka kuih muih spt kueh koci,  kek batik, baulu dsbnya.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT atas pemberian nikmat silaturahim yang berterusan. PLRF2017 telah berlansung dengan jayanya seperti yang dirancang. Apabila niat kita bertemu dengan janji Tuhan, tiada apa yang dapat menghalangnya.

Selain daripada jamuan makan & BBQ dilaman rumah, acara sambutan hari lahir bagi kelahiran bulan 7 juga diadakan dan juga sesi pengenalan bagi anak sedara yang baru berkahwin. Meriah, seronok, beronok-ronok suasana majlis.

Kita semua hadir pada hari ini adalah atas jalinan ikatan kasih sayang kekeluargaan yang merupakan kunci kepada hubungan silaturahim yang berkekalan. Bukan hanya kaki kita yang melangkah datang, tetapi hati kita yang hadir. #bersatuhatikekalabadi.

Jazakallah khairan khatira... Terima kasih kepada semua keluarga yang datang. Semoga majlis hari ini menjadi satu point permulaan bagi kita semua merangka perancangan yang lebih baik dimasa akan datang.

Sebagai tuanrumah kami minta ampun & maaf diatas segala kekurangan.

P/s: Jika nak post foto dimedia  sosial (instagram, fb) jangan lupa hashtag
#plrf2017
#bersatuhatikekalabadi

Sama2 kita abadikan memori ini menjadi satu kenangan terindah.


Sunday 9 July 2017

Koleksi whatapps - Rahsia Kehidupan

Assalamualaikum... Salam ukhwah.

Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri. 

Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang. Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya. Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.

Αda perumpamaan menarik, seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu. Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya. 
Lelaki itu bertanya,

"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"

Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui".

Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?" 

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat
saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri. Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.

Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan barakah, tenang dan hidup bahagia.

#cnp
#koleksidariwhatappsgroup
#semogabermanfaat


Saturday 4 March 2017

Fikirkan Tentang Sebatang Pencil

Pencil diciptakan untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, insya-Allah ia akan berada dalam keadaan baik. Sekiranya pencil itu digunakan untuk menyucuk, mengetuk, dibaling kedinding, maka pencil itu akan rosak atau patah.

Begitulah dengan manusia...
Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah dan menjadi hamba Allah. Manusia yang tidak melaksanakan tujuan hidupnya selaras dengan tujuan yang telah ditentukan oleh Penciptanya, akan merosakan dirinya sendiri.

Pencil yang rosak akan dibuang. Ini kerana pencil yang rosak tidak ada gunanya lagi. Begitulah manusia yang enggan menjadi hamba Allah, dia akan rosak dan secara automatic akan hilang sifat2 kemanusiaannya.

#mukminprofesional