Saturday 22 September 2018

Pandangan Akal & Hati



Assalamualaikum... Salam Kasih Sayang

Pandanglah sesuatu ciptaan, kejadian atau perkara yang berlaku dengan Akal & Hati. Panjangkan apa yang kita lihat terus kehati barulah ianya sampai kepada Allah SWT. Jika pandangan kita terhenti hanya pada akal, maka terputuslah pandangan kepadaNYA. Hatilah yang akan mengikat diri kita dengan Allah SWT.

Sebagai contoh, jika kita lihat sekuntum bunga, pandangan akal akan melihat cantiknya, mekarnya, kelopak, warna, bentuk, ia sekadar terhenti disitu sahaja.

Jika diteruskan memandang ia dengan hati, maka akan lihatlah kehebatan Pencipta bunga yang:
Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu. 
Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan  / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.

Wallahu A'lam Bishawab.


#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#SuaraCakna2018


Monday 17 September 2018

Perjalanan Menuju Fitrah - Siri 2



#MoveOnTowardsSyuhudiyah

Tarikh 11.2.2018 merupakan hari pertama bertemu 4 mata dengan beliau. Sejurus mengetahui iklan kuliah melalui applikasi whatsapp yang diterima, dimana beliau akan datang ke Surau Taman S untuk Kuliah Dhuha mingguan, tahap keterujaan untuk menghadiri majlis begitu kuat sekali.

Tajuk kuliah yang tertera di iklan adalah #MoveOnTowardsSyuhudiyah, sememangnya pada waktu itu tak mampu fikir apakah sebenarnya intipati kuliah ini, namun keterujaan berjumpa Ustaz mengatasi segala apa perkara yang lain.

Sebelum ini kurang lebih sebulan yang lalu, hamba hanya menekuni kuliah Ustaz di YouTube sahaja. Boleh dikatakan setiap hari pasti mendengar kuliah Ustaz di YouTube. Berulang2.

Tiba2 hamba terfikir, pada kebiasaannya Surau Taman S, kuliah Dhuha hanya dihadiri oleh muslimat sahaja. "Arhh, redah sajalah" bisik hati kecilku, rupa2nya kali ni ada juga 8 orang jemaah lelaki. Kebanyakannya daripada mereka adalah anak murid Ustaz yang taat menekuni kuliah2 Ustaz. Alhamdulillah...

Banyak sekali persoalan dari pelbagai dimensi telah terungkai daripada kuliah ini. Sukar untuk diperjelaskan, namun natijahnya adalah bertambah kefahaman, keyakinan dan yang paling penting  merasai rasa kecintaan yang sukar diterjemahkan.

Seusai sahaja kuliah,w dapat makan bersama Ustaz & jemaah lain. Waktu makan hamba beranikan diri bertanya, "Ustaz, kitab Allah Syariat & Hakikat kat mana saya boleh dapatkannya?". "Oh, kita ada kitab tu, nanti 24/2/2018 abang boleh datang Surau Al Iman Presint 9, Putrajaya, kita akan daurahkan kitab Allah Syariat & Hakikat, insyaallah. Boleh dapatkan kitab tu sekali kat sana".

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... Syukur Ya Allah... Aamiin... Aamiin... Aamiin... Ya Rabbal Aalamiin.

Bermula daripada asbab inilah hamba  menelusuri jalan ini untuk bertekun kekal berada dalam bimbingan guru.

Rupa2nya, fahamlah hamba ini bahawa ikhtibar menghadiri sesuatu majlis ilmu itu bukan hanya semata-mata untuk memahami ilmu tersebut, tetapi adalah untuk dianugerahkan limpahan keberkatan oleh Allah SWT diatas ketekunan sebagai murid menjaga Adat, Cinta, Faqir, Taat, Khidmat kepada guru yang membimbing.


#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#AdabCintaFaqir
#TaatKhidmat
#SuaraCakna2018


Apakah Muraqabah?

Assalamualaikum Salam Kasih Sayang.

Makna muraqabah adalah terpaterinya perasaan keagungan Allah Azza wa Jalla di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kebesaranNya di kala sepi ataupun ramai. Ianya adalah suatu perasaan yang sentiasa hadir dalam keyakinannya bahawa Allah sedang melihatnya,memandangnya, mengawasinya dan memantaunya.

Ianya perasaan bahawa dirinya dilihat, diawasi dan dipantau oleh Allah setiap masa samada dikhalayak ramai atau bersunyi diri, ditempat  terang dan gelap. Kuatnya kebersamaan dengan Allah SWT dapat menumbuhkan sikap yang selalu berhati-hati dalam perlakuan, percakapan, dan pemikiran, ertinya akan sentiasa disesuaikan dengan aturan syariat. Jika keberadaan seperti ini berjalan secara istimrariyah (berkesinambungan dan berterusan) sudah dapat dipastikan kelak akan lahir peribadi-peribadi yang mulia.

Firman Allah " Dan Dialah (Allah) bersama dengan kamu dimana saja kamu berada". (al-Hadid:4)

Sikap muraqabah digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW, ketika menjelaskan makna ihsan: "Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, dan jika memang kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihat kamu."


Muraqabah Sebagai Penyempurna Kesolehan Seorang Hamba.

Muraqabah merupakan salah satu sifat yang wajib dimiliki oleh seorang muslim. Ia adalah termasuk rukun agama ketiga iaitu ihsan. Muraqabah ialah satu tingkatan sebelum naik kepada kemuncak maqam ihsan yang disebutkan Rasulullah Saw iaitu musyahadah yakni “kamu beribadah seoalah-olah kamu melihat Allah”. Kerana dengan muraqabah dan musyahadah inilah, seseorang dapat menjalankan ketaatan kepada Allah SWT dimanapun dia berada, hingga mampu meningkatkannya pada darjat seorang mu’min sejati.

Selagi seorang mukmin tidak memperolehi sifat muraqabah ini, maka masih belum lengkap agamanya. Bertitik tolak dari sifat muraqabah, seseorang mukmin hendaklah berusaha untuk meningkat hingga mencapai musyahadah pula sebagai pelengkap kepada maqam Ihsan tersebut. Demikian pula sebaliknya, tanpa adanya sikap seperti ini, akan membawa seseorang pada jurang kemaksiatan kepada Allah walaupun ilmu dan kedudukan yang dimilikinya adalah tinggi.

Sebagai contoh, bayangkan bagaimana keadaan seseorang yang berada disuatu tempat yang sedang diawasi ketat dengan kamera CCTV, adakah dia akan melakukan suatu yang menyalahi? Begitulah hakikatnya bahawa kita sentiasa di awasi dan dipantau Allah dimana saja kita berada.

#CnP FB Ustaz Iqbal Zain
#MoveOnTowardsSyuhudiyah


Saturday 15 September 2018

Hadirkan Hatimu di Majlis Ilmu



Wahai Diri,

Ikhtibar menghadiri sesuatu majlis ilmu itu bukan hanya untuk memahami  ilmu tersebut, tetapi adalah untuk dianugerahkan limpahan keberkatan oleh Allah SWT diatas ketekunan sebagai murid menjaga Adat, Cinta, Faqir, Taat, Khidmat kepada guru yang membimbing. Hilangkan kehendak dirimu, kekal dalam tadbir Ilahi.

Suara Cakna - Kuala Linggi 25 Ogos 2018

#AdabCintaFaqir
#TaatKhidmat
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#SuaraCakna2018


Wednesday 12 September 2018

Permainan "Online Games" Puncanya

Assalamualaikum... Salam Kasih Sayang

Apa yg ingin dikongsikan adalah pengalaman saya sebagai seorang ayah. Kebelakangan ini adab kemanusiaan menjadi semakin menipis & pudar akibat perubahan sikap manusia yang salah satunya adalah berpunca daripada permainan 'online games'. Tidak dinafikan banyak lagi punca bagi pemasalahan ini, tetapi tulisan kali ini lebih memfokuskan kepada punca ini.

Virus ini bergerak secara halus dan tidak mungkin dianggap sebagai punca sebenar jika kita tidak memperhalusinya. Inilah sebenarnya antara agenda musuh kita. Akhirnya mereka bertepuk tangan melihat misi mereka semakin membuahkan kejayaan.

Maka lahirlah manusia yang tidak mewarisi sifat kesopanan & kesusilaan. Dengan kata lain tidak beradab.
Mari kita perhalusi isu ini bersama.

Dewasa ini kemarahan ibubapa menjadi kebiasaan lantaran daripada sikap 'player online game' dikalangan anak2 yang dilihat seolah2 tidak beradab kerana mengutamakan permainan online lebih daripada menyahut panggilan ibu atau mensegerakan suruhan ayah. Jawapan mereka yang biasa kita dengar adalah "sekejap",,,  Saya pasti ibubapa di luar sana juga mengalami situasi ini.  Kenapa jawapan 'standard' ini sering kita dengar?

Ini adalah berpunca online game yang terkini tidak boleh "pause" jika dimulakan. Perlu dihabiskan 'level' itu, jika mereka berhenti maka kena mulakan semula atau mereka akan kalah. Jadi mereka yang bermain telah dikawal oleh online games tersebut.

Kekadang bersalam dengan ayah semasa ayah nak pergi kerja pun tak boleh disegerakan sebabnya online game ni tak boleh "pause". Ayah kena tunggu game habis lah. Bayangkan, apa akan berlaku jika ayah yang tak faham situasi anak yang sedang kyusuk bermain itu? Tentu sekali si ayah hilanglah sabar dan... 😈akhirnya musuhlah akan menang.

Bukan persoalan siapa yang bersalah dalam isu ini, tetapi Bagaimana kita perlu bijak menghadapinya adalah lebih penting. Maka, jom kita tanya Ustaz apa & bagaimana kita sebagai ibubapa perlu lakukan?

Tunggu jawapan Ustaz pada siri yang akan datang.

#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#SuaraCakna2018


Sunday 2 September 2018

Musafir Cinta Pantai Merdeka

#SuaraCakna2018
#IlhamMusafir
31 Ogos 2018, Sg Petani Kedah

Assalamualaikum Salam Kasih Sayang💕🌹

Permusafiran hari ini diatas niat salaman-salaman (sejahtera & mensejahterakan). Kaki yang melangkah, roda mobil yang berputar, Google Map yang menunjuk arah dan semuanya ini telah dipermudahkanNYA berkat doa semua saudara-mara yang mendoakan. Jazakallah Khairan Khatira. Aamiin... Ya Rahman, Ya Rahim

Jarak bukannya satu halangan apabila rasa cinta & kasih sayang daripada Rasul Junjungan Sallahu Alayhi Wassallam menjadi kunci. Selawat, ingatan serta doa mengiringi sepanjang perjalanan. Semua ini telah ditakdirkan di bawah tadbirNYA dengan sifat Ar-RahmanNYA & Ar-RahimNYA. Segala-gala pastinya indah belaka. Subhanallah.

Tiba di hari perkahwinan, majlis berlangsung meriah penuh keriangan jua terselah peradaban insan yang telah menatijahkan kegembiraan semua yang datang. Lantaran itu jualah menjadi asbab penyatuan jiwa cinta dalam merasai Kasih Sayang Ukhwah Silaturahim diantara jemaah. Syukur Alhamdulillah...

Seusai majlis, jemaah rombongan bersiar-siar atas tujuan menikmati keindahan alam serta kenikmatan yang terhidang di Negeri Darul Aman.

Sawah bendang terbentang kedamaian, indahnya pemandangan Negeri Jelapang Padi. Di awan membiru puncak Gunung Jerai dikaki menghijau padi huma.
Bersaksikan laut daun nyiur melambai.
Jauh pandangan permai kelihatan
di situ Tanjung Dawai

Oh! indahnya Musafir ini menzahirkan kedamaian Cinta bersulam Ukhwah Silaturahmi di Pantai Merdeka.
Allahuakbar.

#BersatuHatiKekalAbadi💕
#SalamanSalaman🌹