Thursday 27 December 2018

Santai Sehari Di MZ D'CABIN N9





Santai Sehari Di MZ D'CABIN

Assalamualaikum, Salam Mahabbah.

7.30 pagi 23 December 2018 bersamaan hari Ahad, maka tibalah harinya 3 buah mobil bergerak dari kediaman masing2 untuk menuju ke satu destinasi yang sama.
Sesampainya di D'Sawah, singgah sebentar menikmati hidangan sarapan pagi  berlatarbelakangkan permandangan indah jua mendamaikan.

D'Sawah padi D'kaki bukit,
Pepohon nyiur melambai2,
Kasih Sayang semakin membukit,
Rindunya berkumpul beramai2.

Seusai sarapan, perjalanan ini diteruskan ke destinasi tujuan.

Setibanya di MZ D'CABIN disambut kehadiran penuh warna warni kegembiraan...

Bermulalah episod Santai Sehari Di MZ D'CABIN N9...

Teratak dibina ditepi kolam ikan
Dikelilingi kehijauang & unggas riang
Kami datang atas niat salam salaman
Ukhwah bertambah dengan Kasih & Sayang

#TerimaKasihAwang
#SantaiSehariMZD'Cabin
#JumpaLagiTahunDepang
#TeratakAwangCabin
#SuaraCakna2018


Monday 10 December 2018

3K - Kesungguhan kunci Kepuasan diri mendahului Kejayaan

Assalamualaikum Salam Ukhwah Salam Perjuangan.

Teringat kata2 Sifu suatu ketika dulu, "Untuk memiliki sesuatu yang kita tidak pernah miliki, kita perlu lakukan sesuatu yang tidak pernah kita lakukan, melakukan perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza, itu adalah tindakan yang sia-sia".

Saya berpandangan bahawa kata kunci bagi sesuatu kejayaan adalah KESUNGGUHAN.

Tidak kiralah latarbelakang & tahap ilmu yang dimiliki seseorang itu, mereka semua layak untuk meraih sesuatu kejayaan yang luar biasa, dengan syarat hendaklah melakukan perkara itu secara BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Kesungguhan menatijahkan Kepuasan diri justeru akan mendahului Kejayaan yang bakal menyusul bila tiba masanya. Yakinlah anugerah ini tidak akan lambat & tidak pula cepat, tetapi akan dikurniakan olehNYA tepat pada detiknya.

Kejayaan adalah Anugerah dariNYA setelah kita memenuhi syarat untuk dianugerahkan iaitu KESUNGGUHAN.

"Practice will make Perfect"
"Repetation is Mother of Knowledge"

#KipidapDongibab
#SuaraCakna2018