Tuesday 29 May 2018

Koleksi Motivasi Whatapps - Tersentap Tapi Bermakna

Assalamualaikum... Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang

Masa kecil-kecil, adik beradik tidur bersama. Bila sudah besar, bilik masing-masing. Bila sudah kahwin, rumah masing-masing. Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi, tiada lagi bising. Mulanya berkumpul, penutupnya kubur masing-masing.

Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku. Disebabkan kubur masing-masinglah, kita selalu kena saling berpesan-pesan. Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong. Ingatlah, disana tiada abang, kakak, adik. Hanya kita dan amal kita. Bersedia selalu, bersiap selalu. Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi. Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda. Jika kita ingat mati, kita org yg bijaksana. Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar.

Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat. Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia. Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi kerana ALLAH SWT. Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik.

Semoga bermanfaat.
#BicaraSantaiSuaraCakna


Monday 28 May 2018

Muhasabah Selepas 10 Hari Ramadhan



Assalamualaikum, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang.

Ketika masuk bulan Rejab, umat Islam dianjurkan untuk memohon keberkatan hidup kepada Allah SWT. Kita dianjurkan untuk memohon doa selama bulan Rejab agar dapat bertemu bulan mulia Sya‘ban dan Ramadhan.

Adapun lafaz doa yang lazim dibaca adalah:

“ALLAAHUMMA BAARIKLANAA FII RAJABA SYA’BAANA WA BALLIGHNA RAMADHANA.”

Artinya, “Ya Allah, berkatilah kami pada Bulan Rejab dan Bulan Sya’ban. Sampaikan kami dengan Bulan Ramadhan.”

Alhamdulillah, hari ini kita telah berada dalam bulan yang mulia dan telah melepasi fasa 10 hari permulaan Ramadhan & kini kita memasuki fasa kedua iaitu 10 hari pertengahan pula.

Wahai saudaraku, marilah sama2 kita muhasabah diri yang fakir ini.
Kita tanya pada diri kita, apakah amalan / ibadah yang telah dilaksanakan 10 hari yang lalu.
Kita tanya pada diri tentang bagaimanakah untuk lipatgandakan serta meningkatkan kualiti ibadah kita?

Ayuh saudaraku mari kita "flashback" 10 hari sebelum ini, dengan bertanyakan soalan pada diri sendiri.

⏭ Bagaimanakah solat 5 waktu kita? Adakah kita solat berjemaah setiap waktu? Adakah tingkatan kualiti solat kita meningkat?

⏭ Bagaimana dengan bacaan Al'Quran kita? Istiqamah atau sebaliknya?

⏭ Bagaimana sedekah kita? Adakah kita berterusan menghulur walaupun hanya RM1 setiap hari? Ataupun kita masih berkira2 nak hulur antara RM10 ataupun RM50?

⏭ Bagaimana pula qiamulai kita?
Adakah waktu sahur telah dimanfaatkan sebaik2nya? Ataupun kita sia-siakan peluang ini?

⏭ Akhirnya tanya diri kita, adakah semua amalan yang kita telah laksanakan sebelum ini sudah mencapai kepada niat yang kita lafazkan dipermulaannya atau telah mencapai tujuan ibadah itu iaitu; "LILLAHITAALA" (Hanya kerana Allah SWT)?

Ayuh, kita bermuhasabah... dan melipatgandakan usaha kita... masih belum terlambat wahai saudaraku sekalian...

Seperti mana yang kita sedia maklum dan sering kita dengar iaitu "10 HARI PERTAMA ADALAH RAHMAT, 10 HARI KEDUA MAGHFIRAH (PENGAMPUNAN), DAN 10 HARI KETIGA TERBEBAS DARI API NERAKA".

Semoga kita istiqamah meningkatkan kualiti segala ibadah yang kita lakukan.
Semoga kita ikhlaskan niat ibadah hanya kerana Allah SWT.
Semoga segala ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima Allah SWT.
Semoga segala dosa kita ampunkan oleh Allah SWT.

Dan natijah akhirnya moga-moga kita semua dapat mencapai KPI Ramadhan iaitu "LA'ALLAKUM TATTAQUN". InsyaAllah.

Wallahuallam...


Saturday 19 May 2018

10 Ucapan Terima Kasih

10 Ucapan Terima Kasih

"Abah, hari ni adik dapat 10 ucapan terima kasih.

"Ooh ye ker? Bagusnya adik... Alhamdulillah... Macamana orang boleh ucap terima kasih kat adik ni, cer cerita?

"Adik tolong diaoranglah. Adik memang target nak dapatkan 10 terima kasih sehari. Semalam Adik dapat 5 jer. Hari ni dapat 10... yeah...

"Macamana adik boleh terfikir benda ni... Abah bangga sangat dgn adik. Hari ni adik telah mengajar abah sesuatu yg tak pernah abah terfikir...Subhanallah...

"Boleh adik cerita kat abah apa yang adik dah buat sampai orang ucap terima kasih.

"Mula2 adik tolong ustazah angkat barang, ustazah cakap terima kasih. Kedua tolong beratur belikan air untuk 2 orang kawan adik masa rehat, dapat 2 lagi. Adik tolong buangkan sampah kawan, dapat 1. Lepas tu adik bagitau kat kawan, depan tu ada najis kucing nanti hati-hati takut terpijak, kawan cakap terima kasih, dah 5. Masa tunggu abah dtg ambil tadi adik tolong 4 orang kawan angkat beg masuk kereta. Dah dapat 9 terima kasih.

"Last sekali adik bagi duit RM1 kat kawan adik. Sebelum bagi adik tanya dia apa yang kita akan cakap kalau ada orang tolong kita? Dia cakap terima kasih, lepas tu adik bagi duit RM1 kat dia...

"Nah, Abah bagi adik duit RM10...

"Terima kasih abah... sayang abah...

"Abah tak tau nak cakap apa...  terharu sangat, Alhamdulillah... Allahuakbar... Memang betul, dalam hidup ni bila kita niat baik, buat perkara baik, kita akan dapat balasan yang baik. Adik teruskan apa yang adik buat sekarang... Abah pun akan buat juga bermula esok...  Adik kekalkan untuk dapat 10 ucapan Terima Kasih sehari... teruskan tolong orang, bantu orang tanpa mengharapkan balasan. Inilah akhlak yang mulia.

Sayang Adik... I'm proud of you.


Monday 14 May 2018

Aura Perjuangan



Assalamualaikum, Salam Ukhwah...

Dulu bila ditanya umur berapa awak nak pencen? Aku jawab (jika ditakdirkan umurku panjang), paling lama pun umur 60 pencenlah. Kalau boleh umur 50 aku dah nak bersara kerja...

Tetapi selepas 10 Mei 2018, apabila ditanya soalan yang sama, jawapan aku dah tak sama... (jika ditakdirkan umurku panjang), ketika tiba umurku 60 tahun nanti, aku dapat rasakan masih lagi kuat, masih lagi bersemangat, masih lagi bertenaga, masih mampu bekerja & berkarya. Seolah-olahnya tiada lagi istilah umur pencen dalam dairi hidupku.

Ini adalah asbab daripada AURA Tun Dr. M yang telah menerobos masuk ke dasar fikirku, menyentuh jiwaku lalu menatijahkan satu semangat yang luar biasa bagi aku meneruskan gerak daripada berjalan kepada berlari dan terus mengatur langkah dalam menempuh kehidupan ini bagi mengapai apa saja sasaran dihadapan. InsyaAllah...


Terima Kasih Tun Dr. M.

#suaracakna
suaracakna.blogspot.com