Tuesday 15 December 2020

Kaedah Penanaman Kreatif berkonsepkan DIY Vertical Farming

















Majalah Suara Cakna
(December 2020)

Atas dasar minat yang mendalam terhadap Rekacipta, Agrotani & Pertukangan, seorang lulusan kejuruteraan elektrikal Mohd Saimiki Ibrahim dari Kajang Selangor, kini telah berjaya mencipta satu Kaedah penanaman yang kreatif berkonsepkan DIY "Vertical Farming".

Beliau yang selesa di panggil Bro Miki telah berjaya mencipta Kaedah 6T yang dapat menyelesaikan isu-isu yang sering dihadapi orang ramai dalam proses berkebun di laman rumah terutamanya di kawasan bandar.

Berkonsepkan Kebun DIY Laman santai yang diberi nama MikiHydroVericalPlant, beliau telah berjaya menanam lebih 200 pokok sayuran dalam satu masa seperti sawi, kailan, salad, bayam brazil, kangkung, pegaga, kacang panjang, kobis, cili dan juga tanaman herba seperti pudina, stevia, ulam raja, daun sup, ketumbar, sambung nyawa, belalai gajah hanya disekeliling pagar di dalam ruangan halaman rumah beliau yang bersaiz 30x20'.

Selain daripada itu, pokok hiasan juga ditanam dihalaman rumahnya seperti monstera, agloanema, spider plant, money plant, goose foot plant, pakis bolton, orkid berkonsepkan "Wall Plant" yang diberi nama Bingkai Hiasan Pokok Hidup.

Inisiatif Amalan Hijau yg diusahakan Bro Miki  menyebabkan beliau telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Anugerah Kejiranan Hijau 2020 anjuran PLAN Malaysia Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Daripada 100 peserta yang mendaftar bagi Kategori Perumahan Bertanah beliau telah berjaya dipilih sebagai 5 peserta akhir.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi tetamu jemputan TV3 untuk rancangan Wanita Hari Ini berkongsikan Tajuk Projek DIY Di Rumah & Tanaman Punca Rezeki.

Beliau yang aktif berkongsi ilmu & pengalaman tentang kaedah penanaman berkonsepkan DIY vertikal farming & hidroponik menerusi media sosial seperti YouTube, Facebook & Instagram. Anda boleh 'follow, subscribe' beliau di YouTube Channel M Saimiki Ibrahim untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kaedah 6T ciptaan beliau.

#BeritaSuaraCakna


Monday 16 November 2020

Apakah Ilmu yang kita perlu tahu untuk memulakan Hobi Berkebun?

Assalamualaikum Salam Perjuangan.

Bersama saya Bro Miki dari Kebun DIY Laman #MikiHydroVerticalPlant
#SuaraCakna

Apa orang tanya saya, apa ilmu yang perlu kita belajar untuk mula berkebun ni?

"Bagi saya ilmu berkenaan Agrotani ni adalah perkara kedua terpenting. Yang pertama paling utama adalah 'Kasih Sayang' terhadap pokok & buat apa yang kita minat. Contohnya; jika kita minat makan ulam Pegaga atau Bayam Brazil. Kita start dengan tanam Pegaga atau Bayam Brazil dulu. Pada masa yg sama kita boleh tanya atuk Google tentang cara tanam, cara jaga, khasiat dia dsbnya.

Bila sesuatu perkara dimulakan dengan Kasih Sayang & kita buat apa yang kita suka, maka, ilmu yg menyusur selepas itu akan jadi mudah & ia pastinya akan menjadi ilmu yang benar2 bermanfaat. In Sha Allah... Percayalah...Yakinlah..."
#DoWithLove
#DoWhatULove
Boleh tak macam tu?

#BroMikiCakna
#KebunDIYLaman
#MikiHydroVerticalPlant


Wednesday 5 August 2020

Temubual Bersama BroMiki dari Kebun DIY Laman #MikiHydroVerticalPlant


















Assalamualaikum Salam Perjuangan

Saya BroMiki dari Kebun DIY Laman #MikiHydroVerticalPlant
#SuaraCakna

Kali ini saya kongsikan jawapan kepada pelbagai soalan yang sering ditanya kan kepada saya dalam sesi temubual.

Q- Hidroponik Takung dan Rak Gantung Vertikal antara inovasi menarik. Boleh kongsikan mengenainya?

A- Saya namakan ciptakan saya ini adalah #RakVertikalHidroponikTakung.

Ia adalah satu Konsep Berkebun Kaedah 6T iaitu Tanam, Tinggal, Tuai, Tersusun, Terapi & Tenang.

Kita bukan sekadar dapat  hasil tanaman tetapi juga sebagai Terapi minda.

Q- Bagaimana dapat idea untuk inovasi ini? 

A- Kita biasa dengar Innovation must start from empty kan? Idea ni tercetus drpd keinginan saya utk selasaikan masalah yg kita biasa hadapi dlm proses berkebun di laman rumah  iaitu:
1. Ruangan terhad - laman rumah sempit
2. Penjagaan sukar - kena siram setiap hari
3. Kebersihan kurang - sayuran yang dimakan

Q- Apakah kelebihan ciptaan  Kaedah 6T ni?

A- Kaedah ini dapat selesaikan masalah yg sy sebutkan tadi.
1. Jimat ruang - max. Boleh gantung 30 pasu
2. Penjagaan mudah - min. seminggu sekali check & topup larutan nutrien
3. Kebersihan terjamin - makan sayur tanpa was2 lagi
4. Tersusun kemas - menjadi TERAPI

Q- Apakah bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana proses nak buatnya?

Untuk penyediaan pasu kita gunakan botol plastik kitar semula iaitu botol air 1.5 liter yang dijadikan 2 bahagian - media tanaman & larutan nutrien

Bahan:
Botol air 1.5L, kain mop, peyangkut S,

Barang:
Pisau, gunting, penebut lubang

Langkah2:
1. Potong botol 2 bahagian
2. Tebuk lubang bahagian atas & untuk penyakut S
3. Pasang kain mop sbg sumbu - sumbu akan menyerap larutan nutrien untuk kekalkan kelembapan pada media tanaman.
4. Cat bekas bahagian bawah mengikut warna kesukaan
5. Masukan cocopeat
6. Basahkan Cocopeat
7. Masukan anak pokok
8. Masukan larutan nutrien
9. Pasang penyakut S
10. Gantung pada rak

Manakala untuk Rak Vertikal

Bahan:
Paip putih 40mm dia.
Penyambung L & T
Jaring besi
Cable tie
Skru

Peralatan:
Alat pengukur (measuring tape)
Gergaji
Gunting
Cordless drill

Langkah:
1. Potong paip mengikut saiz
2. Sambungkan paip menggunakan Penyambung L & T
3. Potong jaring mengikut saiz
4. Pasangkan jaring, ikat sementara dengan cable tie
5. Lekatkan jaring menggunakan skru.

Q- Apakah tanaman yang sesuai untuk kaedah ini?

Macam2 sayur seperti Bayam Brazil, Sawi, Kailan, Salad, Kangkung, Daun Sup, Daun Bawang, Pudina, Tomato, Cili Api dsbnya

Q- Kongsikan juga mengenai bingkai hiasan pokok hidup. Bagaimana dapat idea ini?

CIPTAAN 2 - Bingkai Hiasan Pokok Hidup

Biasanyanya kita dapat tengok wall plant ni kat lobi hotel atau shopping mall mewah kan? Saya terfikir nak buat wall plant ni kat rumah sebagai hiasan dinding dalaman @ luaran rumah.

Saya cuba pelbagai cara & akhirnya dapat idea gabungkan bingkai gambar & hidroponik takung.

- Konsep Hidroponik Takung
- Mudah Jaga - top up air max. 2 minggu sekali je

Q- Pokok hiasan apa yang sesuai?

A- Saya dah cuba banyak pokok & pokok jenis indoor plant yang paling sesuai kaedah ni adalah - Monstera, Spider Plant, Money Plant, Goose Foot Plant, Agloanema, Pakis Bolton.

Q- Di mana boleh orang ramai dapatkan info lanjut mengenai inovasi anda ini?

Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut Projek DIY ini bolehlah Tonton Video Tutorial Di YouTube Channel saya M Saimiki Ibrahim... Jangan lupa Like Share & Subscribe ya. DAN
Jika anda perlukan khidmat saya utk buatkan semua ni utk anda boleh DM saya.

Boleh follow saya di Media Sosial:

YouTube: M Saimiki Ibrahim
FB & IG: MSaimiki Ibrahim
FB Page: Miki Hydro Vertical Plant
FB Group: Kebun DIY Laman #MikiHydroVerticalPlant


Projek Inovasi Hijau #MikiHydroVerticalPlant

Projek Inovasi Hijau ini saya namakan Hidroponik Takung & Rak Gantung (MHVP_HTRG). Ianya adalah hasil ciptaan inovasi hijau selepas saya menyelami permasalahan yang dihadapi oleh ramai orang termasuk saya sendiri dalam proses berkebun di rumah terutamanya di bandar iaitu masalah ruangan yang sempit, penjagaan yang sukar & isu kebersihan.

Hasil Rekaan Inovasi ini  berkonsepkan Kaedah 6T Tanam, Tinggal, Tuai, Tersusun, Terapi, Tenang telah menyelesaikan secara total masalah diatas, malah ianya memberi tambah nilai iaitu sebagai Terapi Minda

Kelebihan MHVP_HTRG adalah JIMAT RUANG, MUDAH JAGA, KEBERSIHAN TERJAMIN & TERAPI MINDA

Selain itu, botol plastik kitar semula digunakan sebagai pasu Hidroponik Takung adalah satu inisiatif amalan kitar semula disamping menjimatkan kos bahan.

Antara tanaman yang sesuai bagi kaedah ini adalah sayur-sayuran seperti sawi, salad, kangkung, kailan, bayam brazil, daun sup, daun kesom, tomato, kacang panjang dan sebagainya.

Jika anda Nak DIY? Jemput Tonton Video Tutorial di link ini https://youtu.be/8yy9-dxwrM8
Jika Nak ORDER? DM Bro Miki akan buatkan untuk anda... Insyaallah

#MikiHydroVerticalPlant
#JomTanamSayurSendiri


Wednesday 10 June 2020

Pokok Lidah Mentua Bagus Sebagai Pembersih Udara Semulajadi

Pokok Lidah Mentua Bagus Sebagai Pembersih Udara Semulajadi


Pokok Lidah Mertua ataupun Snake Plant adalah antara pokok yang sering ditemui di tanam dalam rumah kebanyakkan penduduk di Malaysia. Selain ditempatkan di ruang tamu, ada juga yang meletakkan pokok ini di dalam bilik air dan juga bilik tidur.

Menurut Balcony Garden, Pokok Lidah Mertua mempunyai 7 manfaat yang tersendiri dan kami senaraikan ia di bawah.

1. Pembekal oksigen yang baik

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada Universiti Harvard, Pokok Lidah Mertua merupakan tanaman yang menjadi pembekal oksigen yang baik.

Selain Pokok Lidah Mertua, pokok lain yang turut membekalkan oksigen dengan baik adalah pokok Ficus dan pothos.

2. Pokok Lidah Mertua memberikan latar menarik

Kerana bentuknya yang unik, keberadaan Pokok Lidah Mertua di dalam ruang tamu ataupun ruang tidur memberikan suasana yang menarik dan juga mood yang baik untuk dipandang.

Selain itu, bentuk daunnya yang menegak dengan campuran warna kuning dan hijau juga memberikan tarikan yang tersendiri.

3. Membersihkan udara

Pokok Lidah Mertua juga dikatakan boleh bertindak sebagai pembersih udara dalam rumah yang baik. Selain karbon monoksida, gas-gas berbahaya yang boleh disingkirkan oleh pokok ini teramsuklah benzene, formaldehyde, xylene, and toluene.

Ramai pakar berpendapat gas-gas toksik berkenaan adalah salah satu punca kanser kepada manusia.

4. Efektif dalam melawan alahan

Pokok yang merupakan pembekal oksigen yang baik dan boleh mengurangkan gas berbahaya dalam udara diyakini juga boleh mengurangkan alahan yang berpunca daripada masalah udara.

Walaupun anda menggunakan pembersih udara, menanam pokok seperti Pokok Lidah Mertua di dalam rumah sebenarnya turut membantu.

5. Senang diuruskan

Pokok Lidah Mertua tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dijaga. Ia diakatakan boleh hidup dengan baik bawah simbahan cahaya matahari, di dalam ruang gelap mahupun ketika kekurangan air.

Jadi, tidak salah rasanya jika anda turut menanam Pokok Lidah Mertua di kawasan rumah anda.

Sumber: Balcony Garden



Sunday 29 March 2020

Sharpen the Saw & Develop New Skill during PKP #StayAtHome











Sharpen The Saw & Develop New Skill During PKP #StayAtHome

By: Suara Cakna

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Jom sama2 kita isikan waktu PKP ini dengan perkara yang berfaedah & bermanfaat.

Moga2 kita kekal bersabar & sentiasa mematuhi arahan kerajaan serta perbanyakan amalan beristigfar, berselawat, berzikir & berdoa.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, permudahkanlah segala urusan kami dengan petunjukMu. Aamiin.

Di ruangan ini saya nak berkongsi beberapa cadangan tentang aktiviti yang boleh kita lakukan diwaktu PKP ini, #StayAtHome.

Antara aktiviti yang boleh kita lakukan adalah spt berikut:

1. Menghafal Surah Al-Khafi 10 ayat awal & akhir.
*Alhamdulillah 10 ayat awal saya dah berjaya hafal... next 10 ayat akhir pula.

2. Develop new skill or Sharpen the saw.
*Cthnya, sy skrg sdg belajar semula software AutoCAD latest version & akan ambil online exam nanti. Insyaallah.
Anda boleh google banyak sebenarnya kelas online yg boleh dicuba. Anda juga boleh belajar daripada ahli keluarga anda yang mungkin ada kepakaran dalam ilmu2 tertentu. Ini namanya knowledge sharing.

3. Merekacipta sesuatu yg baru (DIY) mengikut minat & hobi.
*Cthnya saya minat vertical garden atau wall plant. Ciptaan sy biasanya mengunakan peralatan terpakai sediaada (Recycle, Reuse, Reduce). 3 ciptaan baru telah siap dlm tempoh PKP ni iaitu Vertical Plant Bamboo Frame, Vertical Book Rack Frame & Vertical Vase.

4. Berkongsi ilmu pengetahuan atau info yang positif di media sosial.
*Insyaallah sy cadang nak buat video kaedah membuat pasu hidroponik takung mengunakan botol plastik & akan share di media sosial.

Semoga kita dapat memanfaatkan waktu ini (PKP #StayAtHome) dengan aktiviti yang positif & berfaedah.

Bukan siapa kita, tetapi apa yang kita lakukan walau siapapun kita yang akan menetukan siapa kita hari ini. #suaracakna

#stayathome
#sharpenthesaw
#developnewskill 
#mikihydroverticalplant
#suaracakna2020


Saturday 21 March 2020

Bulatan Kerisauan & Bulatan Pengaruh

Salam Sejahtera...

Siapa yang tak risau, siapa tak bimbang? Kerisauan & kebimbangan sentiasa dirasai, datang & pergi, dan dari situlah hadirnya tindakan kita bagi menguruskan perasaan ini.

Dalam berdepan situasi sekarang (wabak C-19), marilah kita semua laksanakan tanggungjawab kita sebaik2nya. Tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, saudara kita, agama, bangsa & negara. Kita sememangnya dikurniakan kemampuan & kepandaian yang berbeza2. Oleh itu gunakannya sebaik mungkin.

Kita telah sediamaklum bahawa, sebaik2 manusia adalah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain... bukan?

Sahabatku sekalian,
Dalam satu gerak kerja perlunya ada 3 perkara utama yang bergerak secara berselari iaitu Hati, Akal, Jasad.

HATI perlu Yakin & Tawakal
AKAL perlu ada Idea & Perancangan
JASAD perlu gerakan dengan Bersungguh2.

Ayuh semua...
BerDOAlah bersungguh2
BerUSAHAlah bersungguh2
BerIKHTIARlah bersungguh2
BerTAWAKALlah bersungguh2.

Marilah sama2, bermula daripada diri kita, tak kira siapa kita, kerana semua kita adalah bertanggungjawab bersama2 melakukan sesuatu yang terbaik dengan bersungguh2, moga2 menjadi asbab dikurniakan, dianugerahkan oleh Allah SWT kesejahteraan, keredhoan, kerahmatan, keselamatan serta kejayaan di dunia & di akhirat.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin...

#SuaraCakna2020
#BermulaDaripadaKita


Thursday 6 February 2020

Doa Selamat Perjalanan

Doa Selamat Perjalanan


Pembuka doa

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dariMu. Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Engkaulah teman dalam perjalanan ini
agar kami selamat sampai ke destinasi.
Kurniakanlah kami kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini.
Permudahkanlah perjalanan kami dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui
sehingga sempurna hajat kami.

Ya Allah Ya Rahman, yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, Kurniakanlah taufiq dan hidayahMu
kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.
Kami memohon peliharakanlah kami dalam sihat walafiat dan aman sentosa sepanjang hayat.

Baca Doa Naik Kenderaan – Subhanaladzi…

Penutup Doa


Dia Majlis Ringkas

Doa Majlis Ringkas


Pembuka doa

Allahumma Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kami hamba-hambamu menadah tangan memohon kehadratmu yang Maha Agung, agar Engkau kuniakanlahkerahmatan kepada kami bersempena dengan majlis ini.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dariMu. Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan silaturahim dan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.

Ya Allah Ya Rahman, yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, Kurniakanlah taufiq dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.

Kami memohon peliharakanlah kami dalam sihat walafiat dan aman sentosa sepanjang hayat.

Penutup doa


Doa Majlis Perkahwinan

Doa Majlis Perkahwinan

Istirfar 3x
Al-Fatihah.

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillahirabilalamin wassola tuwassala muala asrafil anbia il wal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi.

Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Engkau Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.

Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.

Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada Kedua Mempelai Ini, (sebutkan nama pengantin lelaki & perempuan)
Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami Isteri Agar Kekal  Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua Mempelai Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkat Kepada Pengantin Lelaki Dan Perempuan, Dalam Kebaikan.

Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafil’a qiratil hasanah, waqina azabannar. Wasallahuala saindina muhammadin waala alihi wasahbihi wassalam.
Walhamdulillah hirabbil alamin.


Doa Majlis Pertunangan




Doa Majlis Pertunangan 1

Bacaan Al-Fatihah.

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.

Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.

Ya Allah, Berkatilah Majlis Pertunangan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada pasangan Ini, Teguhkanlah hati dan keimanan mereka terhadapMu ya Allah. Peliharalah mereka daripada hasutan dan gangguan syaitan. Kekalkanlah ikatan pertunangan Mereka sehingga hari perkahwinan. Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pasangan ini Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua pasangan Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkah Kepadamu Dan Atasmu Serta Mengumpulkan Kamu Berdua Dalam Kebaikan.

Bacaan doa penutup.


Skrip Majlis Pertunangan Pihak Perempuan

Skrip Majlis Pertunangan Pihak Perempuan

"Assalamualaikum
Bismillahirrahmannirrahim
(Selawat ke atas nabi sallallahu alayhi wassalam)

"Tuan puan yang dirahmati Allah sekaliannya, Saya bagi pihak tuan rumah dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan puan dalam majlis pada hari ini.

"Mari kita mulai majlis dengan Ummul-Kitab, mudah-mudahan dengan niat kita yang tulus ikhlas semata-mata mengharapkan keredaan-NYA, majlis ini bakal dilimpahi Barakah, Inayah, keampunan dan Rahmah Allah SWT... Al-Fatihah...

"Tanpa melengahkan masa lagi, saya mohon keizinan majlis untuk memimpin maksud perjumpaan kita seterusnya.

"Apa sebenarnya hajat rombongan saudara semua?"

(Ucapan & penerangan drpd wakil pihak lelaki)

"Kami telah bebincang sebulat suara menerima pinangan ini".

(Pihak perempuan pun menerima cincin & sirih junjung drpd pihak lelaki)

Seterusnya bolehlah berbincang tentang:
1. Menentukan kadar wang hantaran atau "belanja hangus"
2. Menentukan mahar atau atau mas kahwin atau "belanja tubuh"
3. Menentukan tempoh pertunangan
4. Tarikh cadangan perkahwinan
5. Kedua2 pihak boleh juga membuat persefahaman tentang status pemberian dan pertunangan.

(Selepas perbincangan selesai, wakil tuan rumah bolehlah bbuat ucapan penutup)

"Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi persetujuan telah kita sepakati. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

"Terima kasih atas segala-galanya. Allah jua yang membalas budi baik tuan puan.

"Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Marilah kita berdoa agar Allah memudahkan segala urusan yang kita atur sebentar tadi.

"Andainya terdapat keperluan untuk sebarang perubahan, pintu perbincangan sentiasa terbuka bagi kedua-dua belah pihak.

"Sebagai tanda kesyukuran, saya dengan rasa hormat menjemput al-fadil Ustaz ___________bagi memimpin bacaan doa. (Doa)

"Akhirul-kalam, saya memohon kemaafan tuan puan sekiranya terdapat apa-apa jua kekurangan bagi pihak diri saya sepanjang pengendalian majlis. Kita sudahi dengan tasbih Kifarah dan surah al-Asr.

"Seterusnya tuan puan dijemput menikmati jamuan yang disediakan.

"Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sekian... Semoga Bermanfaat

Rujukan:
http://www.drfaisalonline.my/2013/08/adat-dan-perbincangan-semasa-majlis.html?m=1

http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2010/05/skrip-pengacara-majlis-pertunangan.html?m=1


Skrip & Adab Majlis Pertunangan Pihak Lelaki.

Skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki.

Terima Kasih kepada Saudara Hamka. Izinkan saya C&P tulisan saudara berkenaan skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki yg saya baca di https://m.facebook.com › posts
(Skrip majlis pertunangan pihak lelaki)... - Hamka (Kereta Mayat) | Facebook.

Ini hanyalah bertujuan memudahkan rujukan saya yang semakin "kepakcikan" ini. Terima kasih sekali lagi, moga2 tuan Hamka dipermudahkan segala urusan dan berbahagia sentiasa... Aamiin.

(Skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki)

1. Pakai baju biar beradab, baju melayu bersampin pun boleh, pakai baju batik bersongkokpun boleh. Waktu sampai rumah perempuan, juru pantun elok pegang hantaran cincin dan mengetuai rombongan perjalanan.

2. Sampai sana, bersalaman dan tentu mereka jemput masuk, korang pun duduklah tempat yang dah disediakan.

3. Tuan rumah akan mulakan majlis, mereka mungkin akan bertanya tujuan datang dalam bentuk pantun, atau kata-kata puitis, bila mereka izinkan pihak lelaki bercakap, mulakan dengan ucapan pembukaan seperti:

“Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, terima kasih kepada seisi tuan rumah kerana sudi menyambut kedatangan kami dengan:

Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang,
Wajah Yang Ceria,  Kedatangan Di Raikan.

Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas segala nikmat, dapat kita berkumpul di majlis yang penuh berkat, amin.”

4. Dah habis mukadimah, Boleh mulakan dengan pantun pembuka:

“Dari Terengganu Ke Pantai Barat,
Hendak Menangkap Sekawan Ikan,
Kami Datang Membawa Hajat,
Hendak Menyunting Bunga Di Taman.”

5. Lepas tu taaruf (kenalkan diri):

“Sebelum itu elok saya perkenalkan diri, Saya (nama) mewakili yang dihormati abang ipar saya Encik S dan kekanda yang saya cintai Puan N bagi pihak anak saudara saya yang bernama (masukan nama pengantin lelaki)

Al kisahnya sejak beberapa purnama yang lalu, kekanda saya yang dicintai mengadu bahawa si anak terunanya sedang mabuk dilanda angau asmara, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah dan dalam mimpi mengigau ngigau menyebut nama (masukan nama pengantin perempuan)

Jadi tujuan besar kami datang adalah untuk menyambung ikatan silaturahim antara dua keluarga. Lagipun adalah Sunnah nabi, bertanya dahulu- adakah (masukan nama pengantin perempuan)  sudah berpunya? Jika belum berpunya saya secara rasmi bagi pihak tuan badan ingin masuk meminang, insyaAllah…”

6. Begitu lebih kurang takruf dan mukadimah pertunangan, bila pihak perempuan jawab, dan kita anggap mereka sudah terima, maka boleh sediakan pantun terima:

"Buah kelapa pohonnya condong, baru sekarang hendak berbuah
Sudah lama niat kami kandung, baru sekarang dizinkan Allah."

7. Lepas tu boleh cerita tentang tanda pertunangan.

“Alhamdulillah, pihak kami sangat bersyukur atas penerimaan pihak tuan rumah, maka pertunangan sudah tentu ada tanda-tandanya,

(sambil hulur cincin, boleh hulur sembahan sirih dengan pantun di bawah)

“Setapak sirih, tanda hati bersih, Seulang pinang, tanda hati sayang
Secalit kapur, tanda hati jujur, sebentuk cincin, tanda pertunangan”

8. Waktu ini biasanya cincin akan di serahkan kepada pihak perempuan belah sana, bila pihak mereka dah terima cincin, boleh sambung skrip:

“Alhamdulillah, Pinangan sudah diterima, cincin tanda pinangan juga sudah di terima, maka sudah menjadi adat, setiap pertunangan ada syarat-syaratnya, jadi kami pihak lelaki nak bertanya tiga soalan.

Bila dimana tempat berhajat
Berapa nilai, hantaran bersyarat?

9. Waktu ini perbualan mungkin akan menjadi tidak formal sebab tak tahu nak bincang mana dulu? Hantaran ke? Maskahwin ke? Tarikh kahwin bila? Tempat di mana? Jadi waktu ini follow jer tuan rumah nak bincang mana dulu, jika tuan rumah banyak diam, boleh pihak lelaki bagi tarikh cadangan dan tempat majlis bagi pihak lelaki, lepas tu bincang tentang hantaran, waktu itu mungkin dah tak perlu pantun pantun, follow jer the flow. Sembang santai sahaja. Yang penting:-

10. Pastikan jumlah hantaran(belanja hangus untuk majlis kenduri) dan maskahwin(khas untuk siteri) di sebut jelas dan Tarikh majlis bagi pihak lelaki dan perempuan juga di sebut jelas, jika tidak jelas, boleh sebut tempoh pertunangan dengan jelas.

11. Bab Mahar dan hantaran tu, ada tempat yang gabung sekaligus hantaran dan maskahwin, jadi follow jer the flow. jika tak de idea boleh minta ibu bapa pengantin tambah pendapat dan suara masing masing, bagi peluang orang tua-tua bercakap sama.

12. Hujung majlis boleh serahkan beberapa dulang hantaran iringan sebagai hadiah sampingan. Atau majlis sarung cincin dari ibu pengantin lelaki ke jari bakal pengantin perempuan.

13. Ada jugak kes, meraka ajak bincang bab pertunangan separuh jalan, skripnya lebih kurang:

“Sesunggunya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sekiranya putus pertunangan atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali persaudaraan tetap kita kekalkan. Untuk itu tiada dakwa-dakwi. Segala apa yang diberi dan diterima, diberi dan diterima dengan ikhlas. Namun begitu marilah kita berdoa agar niat murni kita diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga jodohnya kekal selamanya”

14. Ok begitulah lebih kurang skrip, awal awal jer nak ikut skrip, bila dah lajak jalan berbahasa, korang akan selesa sendiri, jika pihak sana banyak berpantun ni ada beberapa stok pantun untuk di jual beli:

Negeri Terengganu di tepi pantai,
Tempat mandi ikan tembakul,
Yang kita hajat sudah tercapai,
Yang kita doakan sudah terkabul.

Lagi pantun:

Negeri tuan sungguh indah,
Semua cantik tidak terperi,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati

Nak lagi pantun?

Tanam mayat jauh ke tengah,
Batu nisan bercabang dua,
Hancur mayat dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Woha!

15. Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab dalam majlis merisik dan bertunang, bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan tinggi sangat, sebab ada hadis bagitahu, wanita mulia apabila cepat kahwin, cepat beranak dan murah mas kahwinnya.

16. Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya jangan lama sangat bertunang, tunang tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy ada urusan yang perlu diselesaikan maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah orang lain nak rampas.

17. Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas bercouple, hukum haram tetap sama macam belum bertunang, jadi  jangan hampiri zina.

18. Masa bertunang banyakkan belajar urusan rumah tangga terutama bab bab agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai ke syurga.

Okey, moga2 bermanfaat...
Sekian


Tuesday 28 January 2020

Asalnya Hobi Tetapi Akhirnya...













Asal2nya Hanya Hobi, Tapi Akhirnya...

Salam Sejahtera Sahabat.

Hobi kebiasaanya sesuatu perkara yang dilakukan dengan penuh minat. Kata orang buat dengan jiwa dengan "passion".
Natijah akhir adalah kepuasan pada setiap langkah sepanjang perjalanan itu & jua hasilnya.

Hujung tahun 2019 ambe telah dipertemukan dengan satu hobi iaitu berkebun kaedah hidroponik. Ambe memulakannya dengan belajar berdikit2 & meniru daripada internet tentang kaedah2 yg disarankan. Minggu demi minggu, bulan demi bulan mencuba dan terus mencuba, membuat penambahbaikan sehingga ke hari ini.
Ambe niatkan hasil tanaman / sayuran ini akan diberikan percuma kepada jiran2 & sanak saudara yg berkunjung. Antara sayur yang telah ditaman & dituai ialah sawi, salad, kailan, bayam brazil, cili, terung. Ambe cuba mengekalkan konsep tanaman 5T iaitu Tanam Tersusun Terapi Toput Tinggal

Sebenarnya berkebun & bertukang kayu merupakan amalan yang telah membumi dalam diri yang secara tak langsung diwarisi daripada ayahanda ambe. Dulu2 sering ikut ayah ke bendang, ke kebun & selalu tolong ayah bertukang kayu.

Pada tahun 2020, terdetik dihati ini untuk mencipta satu produk yang lebih berinovasi dan mampu menyelesaikan permasalahan orang ramai. 

Ambe terbaca dalam satu artikel iaitu INNOVATION MUST START FROM EMPTHY. Hasil sembang2 ala2 survey secara rawak dengan beberapa kenalan, memang benar terdapat ramai orang yang mempunyai minat berkebun tetapi masalah / alasan mereka adalah:
1. Tiada laman kerana tinggal di apartment / kondo
2. Bila balik kampung lama tiada orang nak jaga & siram tanaman
3. Tak tahu macamana nak mulakan

Dengan melakukan beberapa R&D, maka terciptalah produk inovasi gabungan kebun & tukang kayu yang ambe jenamakan iaitu:

MikiHydroWallPlantFrame

#HiasanDindingDalamanLuaran
#PokokHidupDalamFrame
#ProdukInovasi3Dalam1
#HydroponicVerticalPlantFrame
#TerapiMindaBilaMenatapmu
#MudahPenjagaan
#MampuMilik
#Konsep5T
#TanamTersusunTerapiToputTinggal

Banyak jenis tanaman sesuai menggunakan kaedah ini.

Pokok Sayuran
Sawi, Kailan, Salad, Bayam Brazil

Pokok Hiasan
Pakis Bolton, Aglaonema, Spider Plant, Money Plant, Goose Foot Plant, Monstera Deliciosa, Reullia Flower, ect.


#JikaBerminatBolehRogerAmbe
0192815261(Miki Kajang)