Perubahan diri dari dalam keluar.
Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat-syarikat telah mengambil langkah proaktif dalam memastikan pembangunan insan pekerjanya dengan menganjurkan kursus 'softskill' yang bertujuan mencetus kearah perubahan diri pekerja agar menjadi insan yang lebih baik. Apabila pekerja memiliki kemahiran soft skill yang tinggi, ianya akan memberi impak kepada kecemerlangan terhadap sesebuah organisasi tersebut. Rasanya setiap tahun di syarikat SC bekerja, pihak HR telah menganjurkan kursus sedemikian untuk setiap peringkat bermula daripada 'frontliner' sehingga pihak pengurusan. Bengkel seperti Teambuilding, Exteem Booster, Leadership Skill, Effective Supervisor, Customer Service, Personal Mastery dan sebagainya.
Persoalanya, kenapa begitu banyak kursus telah diikuti tetapi perubahan diri mereka yang menyertainya seolah-olah macam kurang? Semangat untuk berubah macam bermusim. Bila balik dari kursus bukan main semangat. Selepas seminggu kembali seperti asal. Hangat2 tahi ayam.
Seorang rakan sekerja SC pernah menyuarakan pandangan beliau katanya susah sangat staf dia nak berubah walaupun telah banyak kursus yang dihadiri. Macam tak berkesan kursus ni. Baik tak payah buat kursus kalu lagu ni. Keluar bahasa Terengganu dia. Maroh sangatlah tu. Tetapi, sifu SC cakap kat dia... "Kursus hanya sebagai panduan dan bimbingan. Selebihnya, kemahuan dan istiqamah dalam melakukan perubahan".
SC juga bgtau sahabat tadi, "Apa yang dia suarakan tu ada rasionalnya, namun bagi kita yang sedar perkara ini, perlu istiqamah meneruskan agenda dakwah. Disinilah peranan kita untuk membimbing mereka. Hidayah itu hanya milik Allah. Allah Maha Mengetahui siapakan yang layak menerimanya. Semuanya bukan kebetulan, mungkin kebetulan disisi manusia tetapi semuanya dalam Qada & Qadar Allah. Kita hanya mengajak dan berkongsi ilmu dengan harapan moga menjadi asbab kepada perubahan mereka.
Melaksanakan kursus, ceramah, perkongsian, mengajak, mentarbiah, mendidik itu adalah tugas semua manusia sebenarnya. Kita semua adalah khalifah diatas mukabumi ini, SC kira, tugas dan peranan kita dalam melakukan kebaikan (Ibadah) dan mengajak kearah kebaikan (Khalifah) tidak akan pernah terhenti sehingga nafas kita berhenti.
Semoga Bermanfaat.
Bukan siapa kita, tapi apa yang kita lakukan walau siapapun kita, yang bakal menetukan siapa kita hari ini.
Sunday, 18 October 2015
Perubahan Diri - Kemahuan dan Istiqamah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment