Sunday, 28 September 2014

Koleksi Buku Bacaanku

Salam kedamaian buat semua.

Minda perlu dibajai dengan bahan yang betul agar ia boleh terus berfikir, berfikir hebat-hebat. Apa kita baca, dengar dan lihat adalah bahan semaian yang akan mencorak pertumbuhan daya fikir kita. Hebat yang kita baca, dengar dan lihat maka hebatlah cara kita berfikir. Begitu jugalah sebaliknya.

Sama-samalah kita menuntut ilmu agar dunia menjadi ladang akhirat.

Ilmu mempunyai 4 tahap iaitu:
Memahami, menghayati, mengamalkan & menyampaikan...

#Semoga #Bermanfaat


Nota Jutawan Nota Motivasi
Irfan Khairi
Tarikh miliki: September 2008


Nota Jutawan Nota Motivasi
Irfan Khairi
Tarikh miliki: September 2008


Kuasai Hidup
Mohammad Zaini Hj Badron
Tarikh miliki: April 2013


Mudahnya Menjemput Rezeki
Fathuri Salehuddin
Tarikh miliki: Februari 2014


Di Mana Dia Dihatiku
Pahrol Mohd Juoi
Tarikh miliki: March 2014


Travelog Haji Mengusik Hati
Mohd Kamil Ibrahim & Roza Roslan
Tarikh miliki: March 2014.


R&R Di Lebuhraya Kehidupan
Zul Ramli M. Razali
Tarikh miliki: March 2014


U-Turn Ke Jalan Lurus
Zul Ramli M. Razali
Tarikh miliki: Jun 2014


Metafora Suci Dari Langit
Rohidzir Rais
Tarikh miliki: August 2014

Monday, 22 September 2014

Belaian Jiwa Buat Ibu Ayah & Anak2 UPSR 2014


Belaian Jiwa Buat Ibu Ayah & Anak2 UPSR 2014
Oleh: Ustaz Bakhtiar Fitri Hj Abdul Hamid (UBF)
23 September 2014

Puas UBF membaca dan mendengar luahan hati ibu ayah UPSR 2014 akibat ulangan dan penangguhan subjek b.i, math, sains n b.tamil.

Celaan, kutukan dan kemarahan yg berpanjangan. Mana tak marahnya, ada yg sudah "confirm" menunaikan haji dan tidak kurang juga yg akan melancong bersama keluarga, terpaksa membatalkan percutian serta meninggalkan anak2 berseorangan menghadapi peperiksaan.

Betul, anak saya tidak mengambil UPSR namun saya suka mengajak ayah ibu utk memujuk hati dan jiwa kita apabila berhadapan dgn masalah spt mana setiap kali saya mengendalikan klien2 yg bermasalah.

Kita wajar bersetuju dgn hanya kemarahan, kekecewaan dan cercaan semata2 tidak menyelesaikan masalah sedangkan anak kita tetap akan menduduki semula UPSR. Rasanya cukup-cukuplah kemarahan tersebut kerana tidak membantu sedikit pun kejayaan anak2 kita.

Lebih bahaya lagi apabila anak2 turut terpengaruh dgn EMOSI negatif ayah ibu.

Ayah ibu, berhati-hatilah....
Emosi negatif ayah ibu akan berpindah kepada anak2. Kalau dah ayah ibunya sentiasa kecewa dan marah, mana mungkin anak2 akan bersemangat menghadapi UPSR.

Semua orang berkata, segala yg berlaku ada hikmahnya. Saya melihat hikmah tersebut dlm beberapa dimensi.

1. Tahniah buat anak2 UPSR. Doa utk anak2 berterusan selama 1 bulan wlupun telah selesai UPSR. Ibu ayah, saya nk khabarkan bhw semua org sedang mendoakan kejayaan anak2 kita semua hingga ke saat ini. Beruntungnya apabila doa kpd anak2, ibu ayah juga akan menerima tempias rahmat doa drpd org ramai yg tidak putus2.

Saya teringat jenazah mh17. Ahli keluarga menangisi kematian tetapi hikmahnya sgt luar biasa. 1 dunia sedekahkan fatihah buat mereka. Kita yg tidak kenal mereka turut sedekahkan fatihah. Bahkan diadakan solat jenazah ghaib. Berapa ramai pula yg solatkan jenazah dan mengiringi mereka ke kubur. Bagaimana pula kematian kita nnt. Siapa yg akan solatkan jenazah kita dan mengiringi kita ke kubur. Maka betullah kata org setiap kejadian a
da hikmahnya.

2. Kelebihan anak UPSR 2014 ialah mereka akan menduduki UPSR SEBENAR sebanyak 2 kali. Pesan kpd anak2 jgn ulang kesilapan yg sama. Inilah peluang utk menebus kesilapan yg telah dilakukan sebelum ini.

3. Sudah tentu soalan UPSR kali kedua lebih mudah utk dijawab insya Allah. Kenapa? Satu, kerana anak2 pernah menjawab UPSR sebelum ini kira2 sebulan yg lps. Dan kali ini mereka menjawab pula buat kali kedua. Logiknya, 1 perkara yg berulang byk kali lebih memudahkan anak2 menjawab soalan. Ditambah pula dgn latih tubi.

4. Pada andaian saya (bukan hasutan), Insya Allah keputusan UPSR 2014 nnt akan lebih ramai murid yg lulus dgn cemerlang. Ikut psikologi, bagaimana kjaan boleh berhadapan dgn ibu ayah yg sedang marah kerana anak2 terpaksa mengulang UPSR sekiranya keputusan anak2 merosot. Sudah pasti ibu ayah beranggapan UPSR kali pertama soalan lebih mudah dan anak2 menjawab lebih baik. Adakah kjaan sanggup mengambil risiko dicerca oleh rakyat?

Nantikan shj wahai anak2, keputusan anda yg cemerlang. Insya Allah bilangan A akan bertambah sama ada A mata pelajaran ataupun 5A keputusan keseluruhan UPSR. Ini sekadar bacaan psikologi saya shj. Apapun jgn hanya bergantung kpd andaian ini semata-mata kerana yg lebih penting teruskan usaha.

5. Seperkara yg sgt membantu ayah ibu, anak2 akan berterusan  buat kebaikan selama 2 minggu lg ketika bingkisan ini dinukilkan. Ibu ayah bleh gunakan senjata UPSR utk mengingatkan anak2, klu x solat, melawan ayah ibu nnt susah nk menjawab soalan dlm UPSR. Mudah-mudahan dgn sbb pengulangan dan penangguhan UPSR, Allah memanjang kebaikan yg anak2 kita lakukan serta kekal menjadi amalan hidup mereka.

Buat ayah ibu...

Terus memberi motivasi kpd anak2 dgn menambahkan lg hadiah kejayaan anak2.

Pihak sekolah dan surau masjid adakan kembali majlis solat hajat utk mengembalikan mood UPSR.

Pastikan di rumah ibu ayah dan anak2 yg lain buat solat hajat dan sentiasa memberi semangat.

Saya pasti akan ada ibu ayah tidak bersetuju dgn saya 100% namun sekurang kurangnya nampakkan jugak
kebaikan kpd anak2 kelebihan mereka mengulang kembali UPSR.

Saya juga pasti akan ada ibu ayah mengatakan "ustaz boleh la bg nasihat sedangkan anak tak exam".
Namun, sekiranya anak saya turut mengulang kembali UPSR, sekurang-kurangnya saya nak ibu ayah turut berkongsi pemikiran yg sama dgn saya.

Buat ayah ibu dan anak2, saya sentiasa doakan kejayaan dlm UPSR serta kejayaan kehidupan dunia dan akhirat. Amin...

Teruskan mendidik anak2 agar tangan2 mereka mampu memimpin kita masuk ke dalam syurga.

Hidup mati biar bererti
Ustaz Bakhtiar Fitri Hj Abdul Hamid (UBF)

Saturday, 20 September 2014

Koleksi Cerita Tauladan - Kisah Imam Ahmad & Si Pembuat Roti

Assalamualaikum, Salam kedamaian. Kali ini SC nak kongsikan satu kisah berkenaan kelebihan beristighfar. Semoga mendapat manfaaat.

“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya.” (Riwayat Al-Imam Abi Daud).

InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadaNya. Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya. Keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.

Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.
Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. Maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi.”
Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?”
Jawab lelaki itu, “Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal.”
Maka kata Imam Ahmad, “Sayalah orangnya. Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal. Demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”

Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Sunday, 7 September 2014

Berniaga Cara Rasulullah S.A.W

Berniaga Cara Rasulullah S.A.W

1- Berniaga Kecil-Kecilan 
Rasullulah saw memulakan karier perniagaannya secara kecil-kecilan di kota Mekah. Baginda membeli barangan dari pasar dan menjualnya kepada orang lain. Inilah konsep asas dalam bidang perniagaan iaitu membeli dan menjual. 

2- Mencari Modal dan Pelabur 
Rasullulah saw menerima modal daripada para pelabur yang tidak sanggup menjalankan sendiri mereka. Mereka memberikan kepercayaan kepada seseorang yang mereka anggap jujur dana amanah (al-amin) untuk mengendalikan perniagaan dengan menggunakan harta dan wang mereka. Konsep ini berdasarkan kerjasama mudharabah samada melalui upah atau fee based atau perkongsian keuntungan (profit sharing). 

3- Berakhlak Mulia Sebagai Satu Jenama 
Dalam mengendalikan perniagaan Baginda menunjukkan akhlak yang hebat seperti kejujuran dan keteguhan memegang amanah yang diberikan. Akhlak yang tulus dan luhur salah satu kaedah Baginda melakukan penjenamaan perniagaannya. Baginda sentiasa mengutamakan pelanggan dalam perniagaan Baginda. Kesannya , ramai pemodal di Mekah bekerjasama dengan Rasullulah saw. 
Antaranya isterinya sendiri Khadijah binti Khuwalid menawarkan perjanjian konsep mudharabah (pembahagian hasil) . Melalui kaedah ini, Khadijah bertindak sebagai pemodal manakala Baginda sebagai pengendali modal. 

4- Perniagaan Lelong 
Contoh transaksi ini dapat dilihat melalaui hadis yang diriwayatkan oleh Anas ra. Nabi saw bersabda : "Ada sesiapa yang ingin membeli kain dan bekas minuman ini?" 

Ada seorang yang menawarkannya dengan harga 1 dirham. Kemudian Nabi bertanya sekiranya ada orang yang ingin membelinya dengan harga lebih tinggi.

Lalu datang seorang lelaki menawarkan sebanyak 2 dirham. Baginda menjualkannya kepada orang itu dengan harga 2 dirham. 
(Riwayat a-Tarmizi)

5- Pengunaan Sistem Kredit 
Ketika melakukan transaksi pembelian, kadangkala Nabi menggunakan sistem kredit. Bagi menunjukkan tanda terima kasih Baginda kepada orang yang telah memberikan hutang, Nabi Muhammad sering membayar hutang dengan melebihi harga yang diperoleh. 

Baginda bersabda: "Berikan kepadanya unta tersebut , sebab orang yang paling utama ialah orang yang menebus hutangnya dengan cara paling baik." (riwayat al-Bukhari) 

6- Menggalakkan Orang Lain Berniaga
Rasullulah saw sering menggalakkan dan membantu orang lain berniaga. Antara buktinya ialah sabda-sabda Nabi berikut : 

Berusaha untuk mendapatkan yang halal adalah satu kewajipan, disamping tugasan yang telah diwajibkan."    (Riwayat Baihaqi)
"Tidak ada satupun makanan yang lebih baik daripada yang dimakan daripada hasil keringat sendiri." (Riwayat al-Bukhari)
"Peniaga jujur dan boleh dipercayai akan bersama-sama para nabi,para siddiq dan para syuhada."(Riwayat al-Bukhari) 
"Allah memberikan rahmat kepada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual,membeli, dan membuat pernyataan."(Riwayat al-Bukhari)   

Wang Bukanlah Segala-galanya 
Ya, wang memang penting dalam kehidupan tetapi ia bukanlah satu matlamat hidup. Wang bukanlah segala-galanya, kita perlukan wang untuk hidup tetapi kita bukannya hidup untuk wang. Oleh itu, ikutlah resmi Rasullulah saw. 

Semakin kita senang, semakin kita tunduk kepada Maha Pencipta seperti resminya padi semakin berisi semakin tunduk merendah diri, tapi jangan hidup macam resminya lalang semakin tinggi semakin meninggi diri. Melalui sirah Baginda kita dapat pelajari:

Wang bukanlah modal utama dalam perniagaan. Modal yang paling utama bagi insan ialah kejujuran dan usaha gigih. 
Akidah dan akhlak tunjang utama dalam perniagaan. Oleh itu, Nabi melarang seseorang menyembunyikan kecacatan barang yang ingin dijual,menipu pembeli pembeli, dan melakukan tindakan yang salah. Sekiranya akidah dan akhlak kuat dan mantap,maka segala masalah dapat diatasi. 
Menguasai ilmu perniagaan. Rasullulah saw menguasai ilmu perniagaan melalui pengalaman. Baginda juga menguasai dan mengetahui kebaikan sesuatu perniagaan dan bahaya riba hingga Rasullulah saw menggalakkkan jual beli dan mengharamkan sistem riba. 
Berusaha gigih untuk memperolehi keuntungan, Bukannya menjalankan perniagaan secara sambil lewa. Bidang perniagaan menuntut para peniaga agar sentiasa gigih dan komitmed terhadap kerja yang dilakukan.  

Sumber : 
http://mselim3.blogspot.com/2013/07/rahsia-perniagaan-rasullulah-saw-yang.html?m=1

Tuesday, 2 September 2014

Cara Nabi Muhammad S.A.W Berniaga

Cara Nabi Muhammad S.A.W Berniaga

1. Keuntungan Adalah Sasaran Ke-2

Seseorang peniaga muslim itu, sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan.
Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga-peniaga muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, Ayat 111)

2. Berniaga Mengikut Sunnah

Perniagaan mengikut sunnah junjungan besar Rasullullah SAW adalah perkara yang perlu diikuti oleh kita semua sebagai seorang peniaga muslim. Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain dan tidak pernah pula berlaku kurang jujur dengan pelanggan. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan baginda SAW sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.
Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Nabi Muhammad berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Nabi Muhammad.
Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.” Kisah ini saya petik daripada buku “Cerita Motivasi Untuk Pemimpin” keluaran PTS.
Saya terkenang kembali kata-kata seorang tokoh perniagaan yang berjaya ketika beliau menyampaikan syarahan berkenaan perniagaan beliau, dan salah satu perkara yang dinyatakan oleh beliau berkait dengan teknik Rasulullah berniaga.
Ketika baginda berniaga, baginda menyatakan harga modal yang diperoleh kepada bakal pembeli. Kemudian, baginda menyatakan pula harga jual kepada bakal pelanggan tersebut. Ini merupakan satu contoh perlakuan terpuji Rasulullah yang perlu kita ikuti ketika hendak berniaga.
“Dari Anas Radiallahuanhu berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya”.(Riwayat Al-Imam As-Suyuti)

3. Berkata Benar dan Berlaku Jujur

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.
Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.
Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.
Kemudian Nabi Muhammad menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.
“Apa ini saudara ?” tanya Nabi Muhammad. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu.
“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Nabi Muhammad. Kemudian baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

4. Buka Ruang Pada Pandangan Serta Kritikan Yang Membina

Walaupun kritikan daripada pelanggan adalah seperti “pil pahit” yang harus ditelan, setiap peniaga muslim harus ingat bahawa yang pahit itu tidak semestinya racun, manakala manis tidak semestinya penawar. Banyak benar contoh yang boleh mengaitkan penawar itu dengan sifat ‘pahit sedikit’.
Kritikan yang berasas dan membina merupakan keperluan dalam perniagaan yang kadang-kadang tidak dipandang oleh peniaga Muslim. Mereka menganggap kritikan itu lebih membawa keburukan kepada perniagaan mereka. Sebenarnya mereka tersilap. Dengan kritikan yang membina itu, seorang usahawan itu bukan sahaja boleh bertahan lebih lama, bahkan mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau ke medan yang lebih luas.

5. Sasarkan Matlamat Yang Lebih Tinggi

Usahawan muslim sewajarnya tidak berada di takuk yang sama. Sewajarnya dengan pelancaran produk baru, target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga telah dilaksanakan.
Ini juga bererti, perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap. Sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi menerangkan hal ini, kita semak kembali apa yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

6. Bekerjasama Dengan Muslim Lain Dalam Pasaran Anda

Ini mungkin perkara yang sangat sulit bagi sesetengah usahawan. Saling tunjuk menunjuk, tuduhan demi tuduhan dan teknik menikam dari belakang sering menjadi pilihan sesetengah muslim yang memasarkan produk yang sama dengan pesaingnya. Tapi ini sama sekali bukan etika ekonomi seorang muslim harus bekerja.
Persaudaraan dalam umat tidak wajar dilupakan. Pertimbangkan untuk membentuk sebuah kesatuan usahawan Muslim yang terdiri daripada peruncit atau pengedar serta boleh sama-sama berkongsi pengalaman, dan belajar untuk bekerja sama. Kerjasama ini tidak lain dan tidak bukan dapat menguntungkan pengguna Muslim itu sendiri, dan akhirnya menguntungkan perniagaan Muslim sendiri.

7.Jangan Menjual Benda-Benda Haram

Harta yang halal membawa keberkatan dalam hidup. Ini merupakan ungkapan yang boleh digunakan untuk menjelaskan tip terakhir ini.
Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya, hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat yang hina di sisi Allah Subhanahu Wata’ala dan dimasukkan ke dalam api neraka.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : “Dari Khaula Al-Ansariah Radiallahuanha ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

P/S: Jom kite contohi cara Rasulullah berniaga agar kite semua mendapat keberkatan di dunia dan akhirat…InsyaAllah..

Monday, 21 July 2014

Mutiara Inspirasi - Kuasai Hidup

Kuasai Hidup

Mutiara kata penulis

Inspirasi1

Inspirasi2

Inspirasi3

Inspirasi4

Inspirasi5

Inspirasi6

Salam Kedamaian.

"Kuasai Hidup" adalah antara buku pembangunan diri yang telah dibaca oleh SC dan boleh dikatakan ianya merupakan sumber dalam memahami ilmu kehidupan dan juga menjadi inspirasi dalam proses transformasi diri dan usaha perjalanan kearah menjadi insan yang lebih baik.

SC mula membaca buku Kuasai Hidup pada April 2013, membacanya berulang kali dan cuba memahami, menghayati, mengamalkan serta cuba berkongsi ilmu ini kepada rangkaian kenalan SC. Saranan dan panduan yang dipersembahkan didalam buku "Kuasai Hidup" ini begitu teratur disusun dan diolah oleh pengarangnya dan memang benar buku ini bertindak sebagai Mentor kepada pembaca dan SC yakin ianya juga akan menjadi Mentor kepada sesiapa sahaja yang membaca buku ini.

Antara kandungan buku Kuasai Hidup adalah;

Part 1 - Menerobos potensi diri, sentiasa mempunyai niat untuk memperbaiki diri hasil dari setiap pengalaman dari setiap pertemuan.

Part 2 - Penetapan visi/matlamat. Sentiasa fokus minda dan emosi  kepada apa yang nak dicapai.

Part 3 - Menjaga emosi sentiasa berapa dalam meter emosi yang positif.

Seterusnya - Menambah nilai dalam hidup dengan sentiasa Syukur + Redha + Tawakal untuk kekal bersangka baik dalam setiap keadaan.

Semoga bermanfaat.

Saturday, 19 July 2014

Koleksi Cerita Tauladan - Profesor dan Pendayung Sampan.

Pada suatu masa, seorang Profesor hendak menyeberang sebatang sungai dengan menaiki sebuah sampan. Ketika sampan berada di gigi air, dia bertanya kepada pendayung sampan:
"Kamu pandai menulis dan membaca?" "Er...er.. Tidak. Saya buta huruf."jawab pendayung sampan.
"Kamu telah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang buta huruf, hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan semakin ke tengah sungai. Profesor bertanya lagi:"Kamu ada menyimpan wang dalam bank?" "Er...er...Tidak. Pendapatan saya hanya cukup2 makan,"jawab pendayung sampan lagi.
"Kamu hilang separuh lagi daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak menyimpan wang tidak boleh hidup dengan selesa pada hari tua nanti."

Sampan sampai ke tengah sungai. Arus semakin mengganas. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung segera bertanya kepada profesor:"Tuan pandai berenang?"
"Eh..eh...saya tidak pandai berenang,"jawab prof itu dalam nada panik. "Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

*Pengajarannya cukup mudah. Jangan kita memandang rendah pada sifat lahiriah orang lain. Mungkin dia memiliki keistimewaan dan potensi diri anugerah Allah s.w.t. yg tidak kita miliki.

Saturday, 5 July 2014

Jalan Mujahadah Itu Indah

Salam Sejahtera,

Buku pembangunan diri yang berjudul DIMANA DIA DIHATIKU tulisan Pahrol Mohd Juoi merupakan antara koleksi bacaan SC, dimana tajuk yang paling meninggalkan kesan pada jiwa dan menjadi salah satu sumber inspirasi adalah:

"Jalan Mujahadah Itu Indah".

Mujahadah atau jalan menuju Allah berasal daripada perkataan jihad ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan. Dijalan ini hamba yang ingin keredhaan Allah terpaksa berperang dengan musuh yang ada didalam diri sendiri iaitu hawa nafsu. Dan perang dalam diri sendiri inilah yang paling dahsyat. Ramai pendekar tersungkur, bukan oleh tusukan senjata tetapi oleh godaan wanita. Ramai pula panglima yang mundur, bukan kerana amukan musuh tetapi oleh kerlipan kuasa dan harta.

Dalam hidup ini, manusia akan berhadapan dengan dua perkara. Pertama perkara yang perlu dilakukan. Kedua perkara yang suka dilakukan. Sudah menjadi sunatullah, kedua-dua perkara itu saling bertentangan. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Contohnya, solat subuh. Bila hampir masuknya waktu subuh, perkara yang perlu kita lakukan adalah bingkas bangun, bersihkan diri, bersuci dan terus berwuduk. Itulah perkara yang perlu kita lakukan. Namun, apakah perkara yang suka kita lakukan? Ya, diikutkan rasa, kita suka terus tidur dan bersenang-senang. Subuh itu sejuk, gelap, nyaman... waktu paling enak untuk menyambung tidur. Bangun subuh ialah perkara yang perlu, manakala terus tidur ialah perkara yang suka kita buat. Yang mana satu lebih baik? Tentulah solat itu lebih baik daripada tidur. Tapi apa yang nafsu inginkan? Jawabnya, tidur! Jadi, lawanlah nafsu. Tidak ada jalan pintas, tidak ada jalan singkat. Tidak ada keajaiban melainkan perlu menempuh jalan susah. Lawan nafsu dan bingkas bangun. Ingat selalu untuk berjaya dalam hidup kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka. Tidak ada pilihan, paksa diri, paksa diri untuk melakukanya! Lawan godaan dan rangsangan yang mengamit hati kita untuk melakukan perkara yang suka dilakukan tetapi akan membawa kepada kegagalan.

Untuk berjaya dan bahagia, kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar dari zon selesa menuju ke zon mencabar kerana di zon mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa hadapan.

Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya kita perlu bermujahadah dan berubah. Tetapi perubahan itu canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya. Oleh itu ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama. Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil kerana enggan berubah.

Inilah yang sering diungkapkan:
"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!". Hidup ini adalah perubahan. Manusia tidak mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Memaksa diri untik berjimat ketika berada akan menghasilkan kestabilan dalam ekonomi dan kewangannya dalam keadaan apa sekalipun. Sebaliknya orang yang boros akan terpaksa berjimat apabila gaji mula dipotong, dibuang kerja atau ditimpa musibah.

Perokok tegar akan memaksa dirinya untuk tidak merokok akan berjaya melepasi belenggu ketagihan, manakala yang terus berdegil akan merokok hinggalah diberitahu bahawa dia menghidap barah paru-paru.

Jalan Mujahadah Itu Indah.
Petikan Buku: DIMANA DIA DIHATIKU?
Penulis: Pahrol Mohd Juoi

Sunday, 29 June 2014

Pengertian Taubat

Taubat adalah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.

Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya.

Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t :

1. Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya
2. Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t
3. Beramal kebajikan
4. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
5. Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat

(sumber rujukan: wikipedia.org)
http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Taubat_menurut_Islam

Saturday, 28 June 2014

Koleksi Cerita Tauladan - Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini.

Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua.

Sunday, 22 June 2014

Koleksi Cerita Tauladan - Kisah Dakwah Si Anak Kecil

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”.
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”.
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”.
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.

Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.
Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”.
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah. Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!
Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Posted via Blogaway

Tuesday, 17 June 2014

Koleksi Cerita Tauladan - Kisah Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!” Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”
Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.
Beberapa hari selepas itu maka sembuhlah isterinya dan si Suami sungguh gembira dan ingin membuat majlis kesyukuran. Si Suami pun menyembelih lembunya dan mengadakan majlis kesyukuran.
Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.


Posted via Blogaway

Sunday, 8 June 2014

Habit Membentuk Karektor.

Salam keceriaan buat semua.

Di dalam meneruskan langkah perjalanan hidup ini, disebalik usaha menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan urusan hari ini lebih sempurna dari urusan hari semalam, SC seringkali ditemukan dengan ilmu pengetahuan tambahan yang bertandang ketika saat diri ini memerlukan pencerahan. Semasa timbul persoalan diminda ini, pasti ada saja jawapan mendatang. Alhamdulillah, semuanya anugerah daripada Maha Pencipta. Salah satu ilmu atau pencerahan yang berharga yang telah diketemukan melalui seorang sahabat seperjuangan. Beliau berkongsi petikan sebuah buku yang beliau miliki iaitu:

"Kawal PEMIKIRAN anda kerana ia akan menjadi KATA-KATA anda".
"Kawal kata-kata anda kerana ianya akan menjadi TINDAKAN anda".
"Kawal tindakan anda kerana ianya akan menjadi HABIT @ TABIAT anda".
" Kawal habit anda kerana ianya akan membentuk KAREKTOR @ WATAK anda".
"Kawal karektor anda kerana ianya akan menentukan TAKDIR anda".

SC merasakan kata-kata ini begitu memberi inspirasi dan ianya seolah-olah menjawab kemusykilan minda pada tika itu. Berdasarkan sudut pandang dan pengalaman yang boleh SC rumuskan dan kongsikan adalah:

1. Segala hasil yang kita raih hari ini memang kena-mengena dengan cara pemikiran kita iaitu bermula dengan niat kita, keinginan kita, keazaman, objektif dan matlamat kita. "It all about your mind".

2. Seterusnya kata-kata yang terbit dari bibir kita dan juga segala tindakan yang kita lakukan adalah berdasarkan apa yang kita fikirkan dan rasakan. Teringat mutiara kata Prof Dr. Muhaya iaitu "Dunia dalaman kita menentukan dunia luaran kita yakni fikiran dan emosi kita menentukan tindakan kita yang akan menentukan hasil kehidupan kita iaitu kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan kewangan kita".

3. Sesuatu rutin harian atau perkara kelaziman ataupun amalan yang biasa kita lakukan secara konsisten akan menjadi HABIT @ TABIAT kita.
"Tabiat anda akan membentuk Karektor anda".
Pernah tak kita dengar orang kata? "Kau ni buang "tebiat" ke? Orang yang mengenali kita biasanya akan bertanya sekiranya kita lakukan sesuatu perkara baru yang kita tak pernah lakukan sebelum ini. Contohnya kita mendahulukan salam, bertanya khabar dan senyum bila jumpa kawan pejabat atau jiran. Sebelum ini kita tak pernah pun lakukanya. Tentulah anggapan mereka pada awalnya sesuatu yang pelik, tapi kalau setiap hari kita lakukan perkara yang sama, "kepelikan" itu akan makin berkurang dan ianya akan jadi perkara biasa. Bagi kita perkara itu telah menjadi habit dan  seterusnya karektor kita akan berubah dengan bertambahnya habit positif yang baru itu. Kalau orang kata "kau ni buang tebiat ke"?  Kita jawab kepada dia, "saya bukan buang "tebiat" tapi menambah tabiat baru.

Antara habit baru yang telah berjaya SC lakukan iaitu mengubah tabiat merokok kepada tidak merokok. Pada peringkat awalnya memang berlaku "conflic of habit". Lama-kelamaan amalan tidak merokok telah menjadi habit baru, Alhamdulillah, doakan semoga istiqamah.
SC juga telah berjaya menambah beberapa koleksi habit positif baru dalam usaha transformasi diri menjadi lebih baik. Walaupun pada permulaannya memang agak sukar tetapi alhamdulillah berkat doa, usaha, kesabaran, tawakkal,  sekarang ni boleh dikatakan memang sudah menjadi satu kebiasaan.

4. Seterusnya, karektor seseorang boleh berubah bergantung kepada perubahan kepada tabiat mereka. Pilihlah untuk melakukan amalan-amalan baik seperti amalan sunnah nabi kita SAW secara konsisten atau istiqamah seperti menunaikan solat diawal waktu dan berjemaah, solat sunat tahajud, solat sunat dhuha, beristighfar, berzikir dan sebagainya.

Berterusanlah dalam amal, kerana kemanisan hanya ada dalam menu istiqamah. Semoga kita digolongkan dalam golongan ini.

Perkongsian ini sekadar cerita dari sudut pandang dan pengalaman SC sahaja. Sama-samalah kita sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam kehidupan ini bagi meraih kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

Sekian. Wassalam


$C ~ Suara Cakna ~

Sunday, 1 June 2014

Ramadan Bulan Terbaik Untuk Berhenti Merokok.

Salam sejahtera buat semua.

Dalam tempoh 26 hari lagi seluruh umat islam akan menyambut Ramadan dan menunaikan ibadah puasa. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu bulan Ramadan yang penuh keberkatan pada tahun ini.

Pada posting kali ini SC nak kongsikan secebis pengetahuan dan pengalaman tentang "berhenti merokok".

Pada 2 Julai 2013, iaitu seminggu sebelum Ramadhan tahun lalu, tarikh itu merupakan detik yang menjadi kenangan terindah dalam hidup SC kerana tarikh itu merupakan hari pertama SC bebas daripada merokok setelah 20 tahun menjadi perokok tegar.
Syukur Alhamdulillah, sehingga kehari ini sudah hampir setahun SC berjaya bebas daripada tabiat merokok.

Teringat petikan dalam buku "Dimana Dia Dihatiku" tulisan Pahrol Mohd Juoi iaitu;. "Untuk mencapai apa yang diinginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal, berubah hanya apabila terpaksa.
Perokok yang tegar yang memaksa dirinya untuk tidak merokok akan berjaya, manakala yang terus berdegil akan terus merokok hinggalah diberitahu bahawa dia menghidap barah paru-paru".

Itulah dia... rela atau terpaksa? Nak tak nak inilah hakikatnya.
Apabila niat kita betul, fikir kita betul, kaedah kita betul, InsyaAllah hasilnya baik.

Berikut adalah antara fakta-fakta menarik daripada pelbagai sumber en google yang telah SC ringkaskan dan nak kongsikan;

~ Pada bulan puasa umat islam yang merokok dapat menahan diri daripada merokok hampir 13 jam selepas bersahur hingga berbuka puasa. Perkara ini membuktikan bahawa orang yang merokok mampu berhenti melakukan perbuatan itu jika ada kesungguhan.
~ Suasana dan rutin harian berubah apabila tiba Ramadan yang dilihat sangat kondusif dalam membantu perokok mengubah tabiat ketagihan seterusnya berusaha berhenti merokok berbanding bulan lain.
~ Hasil kajian mendapati lebih 95% perokok muslim menyatakan mudah untuk berhenti merokok pada bulan Ramadan.
~ Pengalaman pakar perubatan mendapati, Ramadan memberi kelebihan kepada mereka yang berhajat meninggalkan tabiat merokok. Oleh itu sewajarnya umat islam mengambil peluang ini.

Berikut adalah tips bagaimana untuk berhenti merokok cara betul dan berkesan?

1. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan. Seperti sebuah kereta, keinginan merupakan engin yang mengerakkan kereta tersebut. Lebih hebat engin tersebut, maka lebih lancar dan mantap perjalanan kereta itu.
2. Tetapkan matlamat bebas rokok juga target tarikh untuk berhenti merokok. Kalau ikut cara SC ialah dengan menulis matlamat ini setiap hari selama 21 hari. SC tulis macam ni: "Saya bersyukur dan rasa gembira kerana telah berjaya berhenti merokok sebelum 25/12/2013". Dengan cara menulis akan menguatkan akar fikiran terhadap visi tersebut. It's all about your mind.
3. Yakin diri dan kuatkan azam untuk berhenti merokok.
4. Sentiasa berfikiran positif. Fokus kepada apa yang ingin dicapai.
5. Dapatkan sokongan daripada keluarga tersayang dan juga sahabat anda. MENYOKONG GAYA HIDUP SIHAT.
6. Amalkan tips 13M untuk berhenti merokok.

Tips Berhenti Merokok 13M;

1. Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.
2. Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.
4. Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok sehingga anda benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.
6. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.
7. Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
8. Membasuh tangan selalu.
9. Mandi dengan kerap.
10. Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
11. Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.
12. Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya. Untuk berjaya perlukan Doa + Usaha + Istiqamah + Tawakal.
13. Mengambil Niquitin, sekiranya perlu. Niquitin boleh beli di semua farmasi. https://www.niquitin.com.my

Selamat berusaha dan semoga kita semua  berjaya mengamalkan cara hidup yang sihat sepenuhnya.


Posted via Blogaway

Friday, 30 May 2014

Bagaimana menetapkan matlamat dan kekal dilandasan?



Salam kedamaian buat anda.
Antara kata-kata yang biasa kita dengar seperti "nilai manusia itu semahal nilai matlamatnya".

Setiap orang perlu ada matlamat. Tanpa matlamat umpama bermain bola tanpa tiang gol, umpama menaiki teksi tanpa memberitahu destinasi, umpama mencari sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dicari.

Dalam sebuah buku yang pernah SC baca iaitu "Nota Jutawan Nota Motivasi" tulisan Irfan Khairi menyatakan "Di dunia hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri.  Baki 98% mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun sekiranya ada tidak menulisnya.
Menulis matlamat seperti membuat perjanjian dengan diri sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat dalam fikiran dan mengingatkan kita secara sedar atau separa sedar untuk mencapainya.

Berdasarkan saranan Sifu SC di dalam buku tulisannya iaitu "Kuasai Hidup", untuk mengekalkan diri dilandasan impian dan supaya benar-benar jelas ianya tertanam diakar minda adalah dengan cara menulis senarai impian sekali sehari dan dibaca sekurang-kurangnya dua kali setiap hari. Ini adalah untuk menanam akar fikiran secara kukuh di dalam minda.
Mengikut pakar prisikologi, saranan menulis matlamat adalah selama 21 hari atau teruskan menulis sehingga 40 hari.
Berdasarkan pengalaman SC, tempoh menulis adalah subjektif, tetapi yang penting tulislah sehingga perkara yang kita inginkan benar-benar telah tertanam menjadi akar fikiran impian kita. Pada SC cara ini memang cukup memberi kesan yang hebat kepada proses mengubah akar fikiran.

Antara contoh matlamat/impian yang boleh SC kongsikan adalah;

Mulakan menulis "Saya bersyukur dan rasa gembira kerana telah berjaya":
1. Memiliki wang simpanan RM 500,000.000 sebelum 25/12/2017
2. Menunaikan Umrah dan Haji bersama keluarga.
3. Mengamalkan cara hidup yang sihat sepenuhnya.
4. Istiqamah melakukan kebaikan dan mengajak manusia kepada kebaikan.
5. Istiqamah Solat diawal waktu dan berjemaah.
6. Menjadi seorang yang sentiasa positif, penyabar, penyayang, bersangka baik dan bermotivasi tinggi.

Mutiara kata Sifu yang menjadi inspirasi SC adalah;
Jika mata mampu memandang dengan jelas, usah risaukan kaki yang melangkah. Apabila corak hidup telah dilakarkan, masa depan bukan lagi sekadar impian tetapi satu perjalanan yang pasti, hanya masa dan takdir Tuhan yang akan menetukan detik dan saatnya ia menjadi kenyataan dalam hidup kita.

SC ~ suara cakna ~


Posted via Blogaway


Monday, 26 May 2014

Ikhlaskan Niat kita

Telah menjadi rutin SC setiap pagi mendengar slot motivasi pagi pada 7.30 di radio IKIM 91.5 fm.
Teringat kata-kata ustaz dalam salah satu slot; "Niat itu umpama alamat disampul surat, sekiranya alamat itu betul, maka surat itu akan sampai kepada penerima. Sekiranya alamat itu salah maka tak sampailah". Pening abang posmen tu...kesian.
Ya... itulah dia... NIAT. Oleh itu sebelum kita melakukan sesuatu perkara kebaikan, pastikan niat kita baik, kita buat kerana Allah.
Bila cerita pasal niat mesti dikaitkan dengan nilai IKHLAS.
Teringat SC semasa ikut jemaah tabligh bersama ayah selama 3 hari masa cuti sekolah tingkatan 3 dulu, ayah ada menceritakan pasal sifat Ikhlas niat ni; Kata ayah "Ikhlas itu umpama seekor semut yang hitam berada diatas batu yang hitam dimalam yang gelap, sangat sukar untuk dikesan dan dilihat tetapi itulah nikmatnya bila sifat ini ada dalam diri... moga Allah SWT kurniakan sifat ini dalam diri kita semua.
Semoga kita semua tergolong dikalangan orang yang ikhlas niat.

SC ~suara cakna~

Posted via Blogaway

Saturday, 24 May 2014

Detik Anjakan Paradigma - Kuasai Hidup

Pada 25 April 2013, SC telah mengikuti satu kursus anjuran syarikat SC bekerja yang bertajuk Supervisor Driven yang kendalikan oleh seorang motivator yang hebat. Apabila kelas dimulakan, maka disinilah bermulanya satu detik perjalanan kearah perubahan dalam hidup SC. Pendekatan yang dibawa oleh motivator ini telah membawa peserta kursus menerokai potensi diri ketahap optimum dan juga keberkesanan kaedah dan saranan yang diketengahkan begitu selesa dan santai. Ditambah pula dengan latihan meditasi yang begitu meninggalkan kesan diakar minda. Semasa meditasi hati SC cukup tersentuh semasa motivator membaca doa. Terasa kerdil diri ini... ketika itu air mata SC mengalir keluar tanpa dapat berselindung lagi perasaan semasa itu, sukar dinyatakan dalam bahasa yang mudah difahami, hanya Allah sahaja yang tahu.
Selesai kursus SC membeli buku bertajuk 'Kuasai Hidup' tulisan Mohammad Zaini Hj Badron (Motivator) yang mengendalikan kursus ini. Yang paling menarik buku itu telah iditandatangani oleh beliau sendiri dan beliau menulis 1 perkataan bersama tandatangan beliau iaitu "BELIEVE".
Kami juga sempat merakam gambar bersama. Sebelum berpisah selepas hari kedua kursus SC mengambil peluang bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal dan berharap akan berjumpa lagi dengan beliau.

Masa terus berlalu...
SC mula membaca buku Kuasai Hidup npada 28/4/13 iaitu 2 hari selepas mengikuti kursus.
Saranan dan panduan yang dipersembahkan didalam buku Kuasai Hidup ini begitu teratur disusun dan diolah oleh pengarangnya dan memang benar buku ini bertindak sebagai Mentor kepada pembaca dan SC yakin ianya juga akan menjadi Mentor kepada sesiapa sahaja yang membaca buku ini.

Antara kandungan buku Kuasai Hidup adalah;
Part 1 - Menerobos potensi diri, sentiasa mempunyai niat untuk memperbaiki diri hasil dari setiap pengalaman dari setiap pertemuan.
Part 2 - Penetapan visi/matlamat. Sentiasa fokus minda dan emosi  kepada apa yang nak dicapai.
Part 3 - Menjaga emosi sentiasa berapa dalam meter emosi yang positif.
Seterusnya - Menambah nilai dalam hidup dengan sentiasa Syukur + Redha + Tawakal untuk kekal bersangka baik dalam setiap keadaan.

SC ~suara cakna~

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Monday, 5 May 2014

Siapakah Diri Kita?

Pada tahun 2008, SC telah menghadiri satu taklimat berkenaan satu perniagaan "networking". Penceramah jemputan hari itu telah melontarkan pertanyaan kepada peserta yang hadir. Soalannya berbunyi "Siapakah diri kita? Adakah kita kenal diri kita?". Semua orang terpaku seketika memikirkan jawapannya. SC sendiri keliru nak jawab apa... 10 saat kemudian... penceramah itu meneruskan bicaranya dengan penuh bersemangat. "Kita adalah apa yang kita fikirkan...jika kita fikirkan negatif itulah kita, jika kita fikirkan positif itulah kita, jika kita fikirkan ragu-ragu itulah kita, jika kita fikirkan boleh itulah kita, jika kita fikirkan lemah itulah kita dan hebat itulah kita".

Walaupun SC tidak berapa faham dan jelas apakah yang dimaksudkan oleh penceramah pada ketika itu, namun kata-kata beliau itu begitu menarik perhatian dan membuatkan SC teruja dan kata-kata beliau telah tertanam di minda ini dan secara tak langsung ianya menjadi satu inspirasi buat diri ini untuk meneruskan perjuangan dalam mengecapi impian pada masa itu.
Masa terus berlalu, tangga demi tangga didaki dan dituruni, pengalaman demi pengalaman diraih dalam usaha memburu impian. Jatuh, bangun, gagal, berjaya, suka, duka, cemas, tenang... namun kehidupan tetap diteruskan.

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, di dalam sepanjang perjalanan menyusuri kehidupan, SC telah meraih beberapa pencerahaan tentang jawapan penceramah tadi iaitu:

Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai. Niat baik, fikir baik, buat baik, insyaAllah dapat baik. Niat betul, fikir betul, kaedah betul, iinsyaAllah hasilnya baik.It's all about your mind.

Ya.. ianya berkaitan dengan Alam Fikir @ Kuasa Minda. Mengikut apa yang SC faham dari beberapa artikel yang dibaca berkenaan kuasa minda, apabila manusia itu memikirkan tentang sesuatu perkara, ketika itu mereka telah menghantar satu gelombang kealam semesta dan pada masa yang sama menarik segala gelombang yang sama frequensinya mendekati mereka itu tadi... Jika gelombang negatif yang dikeluarkan maka gelombang dari alam semesta yang negatiflah yang akan mendekatinya dan jika gelombang positif yang dikeluarkan maka positiflah yang akan mendekatinya. Pada istilah, inilah yang dikatakan "Law of Attraction" (Hukum Tarikan).

Wallahu a'alam




Posted via Blogaway