Salam kedamaian buat anda.
Antara kata-kata yang biasa kita dengar seperti "nilai manusia itu semahal nilai matlamatnya".
Setiap orang perlu ada matlamat. Tanpa matlamat umpama bermain bola tanpa tiang gol, umpama menaiki teksi tanpa memberitahu destinasi, umpama mencari sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dicari.
Dalam sebuah buku yang pernah SC baca iaitu "Nota Jutawan Nota Motivasi" tulisan Irfan Khairi menyatakan "Di dunia hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun sekiranya ada tidak menulisnya.
Menulis matlamat seperti membuat perjanjian dengan diri sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat dalam fikiran dan mengingatkan kita secara sedar atau separa sedar untuk mencapainya.
Berdasarkan saranan Sifu SC di dalam buku tulisannya iaitu "Kuasai Hidup", untuk mengekalkan diri dilandasan impian dan supaya benar-benar jelas ianya tertanam diakar minda adalah dengan cara menulis senarai impian sekali sehari dan dibaca sekurang-kurangnya dua kali setiap hari. Ini adalah untuk menanam akar fikiran secara kukuh di dalam minda.
Mengikut pakar prisikologi, saranan menulis matlamat adalah selama 21 hari atau teruskan menulis sehingga 40 hari.
Berdasarkan pengalaman SC, tempoh menulis adalah subjektif, tetapi yang penting tulislah sehingga perkara yang kita inginkan benar-benar telah tertanam menjadi akar fikiran impian kita. Pada SC cara ini memang cukup memberi kesan yang hebat kepada proses mengubah akar fikiran.
Antara contoh matlamat/impian yang boleh SC kongsikan adalah;
Mulakan menulis "Saya bersyukur dan rasa gembira kerana telah berjaya":
1. Memiliki wang simpanan RM 500,000.000 sebelum 25/12/2017
2. Menunaikan Umrah dan Haji bersama keluarga.
3. Mengamalkan cara hidup yang sihat sepenuhnya.
4. Istiqamah melakukan kebaikan dan mengajak manusia kepada kebaikan.
5. Istiqamah Solat diawal waktu dan berjemaah.
6. Menjadi seorang yang sentiasa positif, penyabar, penyayang, bersangka baik dan bermotivasi tinggi.
Mutiara kata Sifu yang menjadi inspirasi SC adalah;
Jika mata mampu memandang dengan jelas, usah risaukan kaki yang melangkah. Apabila corak hidup telah dilakarkan, masa depan bukan lagi sekadar impian tetapi satu perjalanan yang pasti, hanya masa dan takdir Tuhan yang akan menetukan detik dan saatnya ia menjadi kenyataan dalam hidup kita.
SC ~ suara cakna ~
Posted via Blogaway
Bukan siapa kita, tapi apa yang kita lakukan walau siapapun kita, yang bakal menetukan siapa kita hari ini.
Friday, 30 May 2014
Bagaimana menetapkan matlamat dan kekal dilandasan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment