Assalamualaikum... Salam Kasih Sayang
Apa yg ingin dikongsikan adalah pengalaman saya sebagai seorang ayah. Kebelakangan ini adab kemanusiaan menjadi semakin menipis & pudar akibat perubahan sikap manusia yang salah satunya adalah berpunca daripada permainan 'online games'. Tidak dinafikan banyak lagi punca bagi pemasalahan ini, tetapi tulisan kali ini lebih memfokuskan kepada punca ini.
Virus ini bergerak secara halus dan tidak mungkin dianggap sebagai punca sebenar jika kita tidak memperhalusinya. Inilah sebenarnya antara agenda musuh kita. Akhirnya mereka bertepuk tangan melihat misi mereka semakin membuahkan kejayaan.
Maka lahirlah manusia yang tidak mewarisi sifat kesopanan & kesusilaan. Dengan kata lain tidak beradab.
Mari kita perhalusi isu ini bersama.
Dewasa ini kemarahan ibubapa menjadi kebiasaan lantaran daripada sikap 'player online game' dikalangan anak2 yang dilihat seolah2 tidak beradab kerana mengutamakan permainan online lebih daripada menyahut panggilan ibu atau mensegerakan suruhan ayah. Jawapan mereka yang biasa kita dengar adalah "sekejap",,, Saya pasti ibubapa di luar sana juga mengalami situasi ini. Kenapa jawapan 'standard' ini sering kita dengar?
Ini adalah berpunca online game yang terkini tidak boleh "pause" jika dimulakan. Perlu dihabiskan 'level' itu, jika mereka berhenti maka kena mulakan semula atau mereka akan kalah. Jadi mereka yang bermain telah dikawal oleh online games tersebut.
Kekadang bersalam dengan ayah semasa ayah nak pergi kerja pun tak boleh disegerakan sebabnya online game ni tak boleh "pause". Ayah kena tunggu game habis lah. Bayangkan, apa akan berlaku jika ayah yang tak faham situasi anak yang sedang kyusuk bermain itu? Tentu sekali si ayah hilanglah sabar dan... 😈akhirnya musuhlah akan menang.
Bukan persoalan siapa yang bersalah dalam isu ini, tetapi Bagaimana kita perlu bijak menghadapinya adalah lebih penting. Maka, jom kita tanya Ustaz apa & bagaimana kita sebagai ibubapa perlu lakukan?
Tunggu jawapan Ustaz pada siri yang akan datang.
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#SuaraCakna2018
Bukan siapa kita, tapi apa yang kita lakukan walau siapapun kita, yang bakal menetukan siapa kita hari ini.
Wednesday, 12 September 2018
Permainan "Online Games" Puncanya
Location:
Kajang, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment