Assalamualaikum Salam Kasih Sayang.
Makna muraqabah adalah terpaterinya perasaan keagungan Allah Azza wa Jalla di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kebesaranNya di kala sepi ataupun ramai. Ianya adalah suatu perasaan yang sentiasa hadir dalam keyakinannya bahawa Allah sedang melihatnya,memandangnya, mengawasinya dan memantaunya.
Ianya perasaan bahawa dirinya dilihat, diawasi dan dipantau oleh Allah setiap masa samada dikhalayak ramai atau bersunyi diri, ditempat terang dan gelap. Kuatnya kebersamaan dengan Allah SWT dapat menumbuhkan sikap yang selalu berhati-hati dalam perlakuan, percakapan, dan pemikiran, ertinya akan sentiasa disesuaikan dengan aturan syariat. Jika keberadaan seperti ini berjalan secara istimrariyah (berkesinambungan dan berterusan) sudah dapat dipastikan kelak akan lahir peribadi-peribadi yang mulia.
Firman Allah " Dan Dialah (Allah) bersama dengan kamu dimana saja kamu berada". (al-Hadid:4)
Sikap muraqabah digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW, ketika menjelaskan makna ihsan: "Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, dan jika memang kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihat kamu."
Muraqabah Sebagai Penyempurna Kesolehan Seorang Hamba.
Muraqabah merupakan salah satu sifat yang wajib dimiliki oleh seorang muslim. Ia adalah termasuk rukun agama ketiga iaitu ihsan. Muraqabah ialah satu tingkatan sebelum naik kepada kemuncak maqam ihsan yang disebutkan Rasulullah Saw iaitu musyahadah yakni “kamu beribadah seoalah-olah kamu melihat Allah”. Kerana dengan muraqabah dan musyahadah inilah, seseorang dapat menjalankan ketaatan kepada Allah SWT dimanapun dia berada, hingga mampu meningkatkannya pada darjat seorang mu’min sejati.
Selagi seorang mukmin tidak memperolehi sifat muraqabah ini, maka masih belum lengkap agamanya. Bertitik tolak dari sifat muraqabah, seseorang mukmin hendaklah berusaha untuk meningkat hingga mencapai musyahadah pula sebagai pelengkap kepada maqam Ihsan tersebut. Demikian pula sebaliknya, tanpa adanya sikap seperti ini, akan membawa seseorang pada jurang kemaksiatan kepada Allah walaupun ilmu dan kedudukan yang dimilikinya adalah tinggi.
Sebagai contoh, bayangkan bagaimana keadaan seseorang yang berada disuatu tempat yang sedang diawasi ketat dengan kamera CCTV, adakah dia akan melakukan suatu yang menyalahi? Begitulah hakikatnya bahawa kita sentiasa di awasi dan dipantau Allah dimana saja kita berada.
#CnP FB Ustaz Iqbal Zain
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
Bukan siapa kita, tapi apa yang kita lakukan walau siapapun kita, yang bakal menetukan siapa kita hari ini.
Monday, 17 September 2018
Apakah Muraqabah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment