Assalamualaikum... Salam Kasih Sayang
Pandanglah sesuatu ciptaan, kejadian atau perkara yang berlaku dengan Akal & Hati. Panjangkan apa yang kita lihat terus kehati barulah ianya sampai kepada Allah SWT. Jika pandangan kita terhenti hanya pada akal, maka terputuslah pandangan kepadaNYA. Hatilah yang akan mengikat diri kita dengan Allah SWT.
Sebagai contoh, jika kita lihat sekuntum bunga, pandangan akal akan melihat cantiknya, mekarnya, kelopak, warna, bentuk, ia sekadar terhenti disitu sahaja.
Jika diteruskan memandang ia dengan hati, maka akan lihatlah kehebatan Pencipta bunga yang:
Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
Wallahu A'lam Bishawab.
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#SuaraCakna2018
Bukan siapa kita, tapi apa yang kita lakukan walau siapapun kita, yang bakal menetukan siapa kita hari ini.
Saturday, 22 September 2018
Pandangan Akal & Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment