Monday 17 September 2018

Perjalanan Menuju Fitrah - Siri 2



#MoveOnTowardsSyuhudiyah

Tarikh 11.2.2018 merupakan hari pertama bertemu 4 mata dengan beliau. Sejurus mengetahui iklan kuliah melalui applikasi whatsapp yang diterima, dimana beliau akan datang ke Surau Taman S untuk Kuliah Dhuha mingguan, tahap keterujaan untuk menghadiri majlis begitu kuat sekali.

Tajuk kuliah yang tertera di iklan adalah #MoveOnTowardsSyuhudiyah, sememangnya pada waktu itu tak mampu fikir apakah sebenarnya intipati kuliah ini, namun keterujaan berjumpa Ustaz mengatasi segala apa perkara yang lain.

Sebelum ini kurang lebih sebulan yang lalu, hamba hanya menekuni kuliah Ustaz di YouTube sahaja. Boleh dikatakan setiap hari pasti mendengar kuliah Ustaz di YouTube. Berulang2.

Tiba2 hamba terfikir, pada kebiasaannya Surau Taman S, kuliah Dhuha hanya dihadiri oleh muslimat sahaja. "Arhh, redah sajalah" bisik hati kecilku, rupa2nya kali ni ada juga 8 orang jemaah lelaki. Kebanyakannya daripada mereka adalah anak murid Ustaz yang taat menekuni kuliah2 Ustaz. Alhamdulillah...

Banyak sekali persoalan dari pelbagai dimensi telah terungkai daripada kuliah ini. Sukar untuk diperjelaskan, namun natijahnya adalah bertambah kefahaman, keyakinan dan yang paling penting  merasai rasa kecintaan yang sukar diterjemahkan.

Seusai sahaja kuliah,w dapat makan bersama Ustaz & jemaah lain. Waktu makan hamba beranikan diri bertanya, "Ustaz, kitab Allah Syariat & Hakikat kat mana saya boleh dapatkannya?". "Oh, kita ada kitab tu, nanti 24/2/2018 abang boleh datang Surau Al Iman Presint 9, Putrajaya, kita akan daurahkan kitab Allah Syariat & Hakikat, insyaallah. Boleh dapatkan kitab tu sekali kat sana".

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... Syukur Ya Allah... Aamiin... Aamiin... Aamiin... Ya Rabbal Aalamiin.

Bermula daripada asbab inilah hamba  menelusuri jalan ini untuk bertekun kekal berada dalam bimbingan guru.

Rupa2nya, fahamlah hamba ini bahawa ikhtibar menghadiri sesuatu majlis ilmu itu bukan hanya semata-mata untuk memahami ilmu tersebut, tetapi adalah untuk dianugerahkan limpahan keberkatan oleh Allah SWT diatas ketekunan sebagai murid menjaga Adat, Cinta, Faqir, Taat, Khidmat kepada guru yang membimbing.


#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#AdabCintaFaqir
#TaatKhidmat
#SuaraCakna2018


No comments:

Post a Comment