Assalamualaikum...
Kalendar yg ni tunjuk cuti sekolah & cuti umum... Yg paling penting ada waktu Solat utk setahun.
Ustaz cakap, Time Management paling berkesan adalah bermula daripada Solat diawal waktu.
Jom kita tekad azam 2017 kita "improve" Solat kita.
Cakap senanglah, tapi bagaimana nak mulakan?
1. Niat (Azam 2017)
2. Aktifkan minda separuh sedar.
Jom aktifkan minda kita, katakan pada diri setiap hari kata2 ini. Minda separuh sedar akan "save program" ini dan akan jadi "autopilot".
"AKU BERSYUKUR & RASA GEMBIRA
KERANA TELAH BERJAYA SOLAT DIAWAL WAKTU DAN BERJEMAAH"
InsyaAllah...
#gengsurautaman
#suaracakna
Bukan siapa kita, tapi apa yang kita lakukan walau siapapun kita, yang bakal menetukan siapa kita hari ini.
Friday, 30 December 2016
Azam 2017
Sunday, 27 November 2016
Koleksi Whatapps - Musibah Akhir Zaman?
MUSIBAH AKHIR ZAMAN?
Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim ketika membaca khutbah Juma’at beliau berkata:
"Adakah kita tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?
Hal ini merupakan Ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah ta'ala.
Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih Whats App, Twitter, Facebook, youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.
Kenapa hati kita menjadi keras ?
Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian2 yang dishare di Whats App.
Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.
Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.
Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan ???
Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui Whats App saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.
Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.
☎ Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.
Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.
Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.
Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.
Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita.
Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.
Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami.Terlalu sibuk dengan handphone di tangan....
Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.
Sedang memandu, HP juga di tangan.
Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.
Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.
Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Qur'an "???
Adakah kita yang mengengkari hal ini ?
Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih ?
Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur ? Apakah Hand Phone ?
Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.
Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita"
Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.
Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan...."
#copypaste
#semogabermanfaat
Sunday, 2 October 2016
Koleksi Motivasi Whatapps - Muhasabah Diri
Waktu berlalu begitu halus, menipu kita yang terlena, belum sempat berdzikir pagi tau-tau hari sudah menjelang siang, belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
Rencana jam 9 mau shalat Dhuha, tiba-tiba adzan Dzuhur sudah terdengar, teringin setiap pagi membaca 1 juz Al-Qur'an, menambah hafalan satu hari satu ayat, itupun tak dilakukan.
Komitmen tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajud dan witir, sekalipun hanya 3 raka'at singkat, semua tinggal rencana.
Akan terus beginikah nasib hidup menghabiskan umur?, berseronok dengan usia?
Lalu tiba-tiba masuklah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tak lama terasa menjadi 50, dan kemudian orang mulai memanggil kita dengan sebutan "Tuk wan... Tuk Nek..." pertanda kita sudah tua.
Lalu sambil *menunggu sakarotul maut* tiba, sekejap tengok catatan amal yang kita ingat pernah berbuat apa ... ???
Astaghfirullah… ternyata tak seberapa, !!! sedekah dan infaq cuma sekedarnya, mengajarkan ilmu tak pernah ada, silaturrahmi tak pernah buat.
Jika sudah demikian, apakah ruh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan disaat harus berpisah dari tubuh pada waktu *sakaratul maut*...???
Tambahkan usiaku ya Allah...!!! , aku perlu waktu untuk beramal dan berbekal sebelum Kau akhiri ajal.
Belum cukupkah menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun ?
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang sore dan malam hari, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar bisa mempersiapkan diri untuk siap mati.
Tanpa kita pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala di setiap detiknya, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang orang yang terlena.
*Astaghfirullah.....*
#cnp
#koleksidariwhatappsgroup
#semogabermafaat
Sunday, 25 September 2016
Koleksi Motivasi Whatapps - Kisah Seekor Kerbau Yang Baik Mati
Seekor Kerbau yang BAIK mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata.
*_1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang :_*
*_"Kawan, saya sangat penat... besok nak rehat sehari suntuk..."_*
*_2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok :_*
*_"Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau"_*
_*3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing :*_
_*"Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!"*_
_*4. Kambing berjumpa Ayam*_
_*"Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..."*_
*_5. Ayam bercerita kepada Monyet :_*
*_"Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!"_*
*_6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos :_*
_*"Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"*_
_*7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!*_
_*Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.*
#cnp
#koleksidariwhatappsgroup
#semogabermanfaat
Koleksi Motivasi Whatapps - Kehidupan Kita Seperti Sifir 7.
*KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. JOM FIKIR2KAN DAN BERMUHASABAH*
Kita, kehidupan kita dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.
*7x 1= 7*
Ketika umur disifir 7x1, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan.
*7x 2=14*
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.
*7 x 3=21*
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.
*7 x 4= 28*
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.
*7 x 5= 35*
Tahap penting untuk membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.
*7 x6=42*
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yang genting. Kita berlumba mengumpul harta.
*7 x 7=49*
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.
*7 x 8= 56*
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.
*7 x 9= 63*
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.
Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad SAW . Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yang sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.
Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.
*Ingat!! Berapa ramai pula yang tak lepas banyak sifir 7. Ada yang berhenti di tangga 1, banyak juga yang umurnya ditangga ke 3.*
■ Hidup ini hanya sementara wahai sahabat2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.
■ Umur yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah.
■ Hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita sekarang, jangan tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau sesaat.
#cnp
#koleksidariwhatappsgroup
#semogabermanfaat
Saturday, 25 June 2016
Kurangkan Pejam Lebihkan Celik (10 Malam Terakhir)
Pejam celik - pejam celik, 10 awal Ramadhan telah berlalu. Pejam celik 10 pertengahan Ramadhan juga telah berlalu. Pejam2 tak celik2, rupa2nya ada diantara mereka yang tak sempat menamatkan 10 akhir Ramadhan. Itulah yang telah terjadi pada sahabat kita, saudara kita, kenalan kita, mereka telah dijemput oleh Allah S.W.T. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman di sana... Aamin.
Apakah kita terlepas daripada jemputan ini?
Adakah sempat kita bertemu dengan Ramadhan tahun depan?
"Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara..."
"Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri..."
(#lirik lagu bila tiba - ungu)
Saya berpesan pada diri sendiri dan pada sesiapa sahaja yang terbaca tulisan ini, supaya kurangkan pejam dan lebihkan celik. Ayuh sahabat semua kita tanamkan azam bagi meneruskan pecutan amal pada 10 akhir Ramadhan kali ni. Dengan niat, keazamaan, kesungguhan dan perancangan yang betul, insyaAllah kita sama2 akan mendapat keampunan dan keredhaan daripada Allah SWT.
Aamin Ya Rabbal Aalamin...
Friday, 1 April 2016
Mari Kita Tadbir Urus Baki Hayat Kita ~ Siri 1
Mari Kita Tadbir Urus Baki Hayat Kita ~ Siri 1
Assalamualaikum, Salam Ceria.
Tahukah anda tarikh lahir anda?
Tahukah anda tarikh mati anda?
Jawapanya adalah, kita hanya tahu tarikh lahir kita tetapi kita tidak tahu tarikh mati kita. Namun, satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia.
Saya kira begini, umur umat nabi Muhamad S.A.W sekitar 60-70 tahun. Katakanlah sekarang kita berumur 42 tahun, kita tolak dengan umur 65 tahun (purata), maka baki umur kita adalah 23 tahun (Jika panjang umur).
Untuk kita tadbir urus dunia, contohnya dalam konteks organisasi, kita sememangnya ada Pelan Tindakan, Visi dan Misi yang jelas, dan juga jelas apa KPI yang perlu dicapai. Kita risau dan takut sekiranya end of result kita dapat 'NI' (Need Improvement) dan kita sentiasa nak pastikan kita dapat 'EE' (Exceed Expectations). Setuju?
Tetapi, bagaimana kita tadbir urus akhirat kita? Adakah kita jelas pelan tindakan kita? Apakah kita jelas tentang Visi dan Misi kita? Apakah KPI yang kita nak capai?
Bagi memudahkan persoalan diatas dijawab, persoalan dibawah ini yang perlu dijawab, difahami, dihayati terlebih dahulu iaitu:
# Apakah Tujuan Hidup kita?
Bila kita sudah jelas tentang tujuan hidup ini, persoalan yang timbul selepas itu akan menjadi lebih mudah untuk dijawab dan ada masanya ianya terjawab dengan sendiri.
Ayuh, kita teruskan membaca "link" dibawah tentang persoalan Tujuan Hidup.
Check out this blog "Tujuan Hidup" http://suaracakna.blogspot.com/2015/09/tujuan-hidup.html
#semogabermanfaat
#suaracakna.blogspot.com
Tuesday, 9 February 2016
Jendela Hati
Assalamualaikum, Salam Ukhwah...
Menulis diblog telah menjadi hobi SC, bila diri terasa ada sesuatu yang bermanfaat perlu dikongsikan, SC akan mula menulis pada notebook (draft) terlebih dahulu sebelum publish dalam blog suaracakna.blogspot.com. Kadang2 rasa nak menulis tu hadir tanpa dijemput, tanpa mengira masa, pada tika itu tajuk dan idea datang serentak. Untuk kali ini, SC cuba menulis tentang soal hati yang perlu diangkat sebagai Raja dalam kerajaan diri.
Suatu masa dahulu SC pernah bertanya kepada seorang sahabat (Sdr Azman) tentang bagaimana cara nak khusyuk dalam solat? Jawapan Azman begitu luar biasa. Katanya: "Jika kita boleh jaga dua perkara ni, Insya Allah kita akan berjaya. Pertamanya jaga perut dan kedua jaga mata". Masa tu SC terfikir sejenak dan agak musykil untuk kaitkan soalan SC tadi dgn jawapan Sdr Azman.
Namun selepas beberapa ketika, akhirnya SC dapat memahami maksud yang tersirat disebaliknya. Soalnya tentang penjagaan hati. Rumusannya, apabila hati dijaga dengan baik, maka mudahlah untuk khusyuk dalam Solat.
Bagaimana untuk menjaga hati?
1. Jagalah perut. Pastikan apa sahaja yang kita makan dan minum adalah halallan toyiban.
2. Jagalah mata. Awasinya daripada melihat, memandang sesuatu yang menyuburkan nafsu.
Betulah kata-kata Sdr Azman, Mata adalah Jendela Hati. Usahlah bicara tentang kesucian Hati jika mata tidak terjaga. Bila hati dah dijaga, maka mudahlah untuk khusyuk dalam solat, Insyaallah.
#semogabermanfaat
Wednesday, 27 January 2016
Mengetuk Pintu Hati
"Bahagia bukan bererti bebas masalah. Bahagia membantu kita mencari penyelesaian atas setiap masalah. Bahagia bukan bererti lepas daripada kesulitan. Bahagia membuatkan kita berfikiran positif supaya keluar daripada setiap kesulitan".
Bahagia ataupun tidak, bergantung kepada persepsi ataupun tanggapan dan jangkaan kita terhadap sesuatu perkara. Terutama apabila kita menghadapi masalah ataupun berada dalam kesulitan. Lazimnya masalah ataupun kesulitan membuatkan kita rasa tidak bahagia. Namun ada antara kita tetap bahagia walaupun menghadapi masalah ataupun kesulitan. Mengapa?
Mereka membesarkan Allah s.w.t dalam diri mereka berbanding masalah ataupun kesulitan yang mereka hadapi. Sungguh, Allah Maha Besar, Allah Maha Mendengar, Allah juga Maha Mengetahui.
Allah s.w.t menyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud:
Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (dan terserah segala urusan kami)".
(Sural Al-Imran, ayat. 173)
#cnp
#semogabermanfaat
Rujukan; Buku Mengetuk Pintu Hati
(Nota Kesedaran)
Saturday, 23 January 2016
Santapan Jasmani & Rohani
Assalamualaikum, Salam kedamaian...
Jasmani bersifat luaran (jasad), tubuh badan, ianya boleh disentuh & dilihat, mempunyai bentuk. Sepertimana yang kita tahu, kita memerlukan makanan dan minuman untuk memberi tenaga serta menguatkan jasmani dan ianya merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia. Cuba bayangkan jika kita tidak makan dan minum selama beberapa hari, apa akan berlaku pada kita? Badan kita akan menjadi lemah, kurang bertenaga seterusnya akan menimbulkan kelesuan. Setuju?
Begitulah juga rohani kita yang juga memerlukan makanan dan minuman. Rohani adalah dalaman diri kita yang hanya dapat dilihat dengan mata hati. Menurut buku "Mengetuk Pintu Hati" tulisan Mohd Razali Kamarudin (2015); Komponen hati yang paling dalam dipanggil "fuad", yang menempatkan roh kita.
Apakah makanan bagi rohani?
Segala ibadah (amal kebaikan) yang dilakukan adalah santapan rohani. Ibadah khusus seperti solat & puasa, ibadah sunat seperti berzikir & berdoa dan ibadah umum seperti bekerja. Sekiranya santapan rohani tidak dijaga dengan baik, maka hati (jiwa) akan menjadi lemah dan mudah dikalahkan oleh musuh yang ada dalam diri manusia iaitu nafsu.
Apabila nafsu menguasai diri, maka pincanglah institusi kerajaan diri. Sifat Mazmumah menguasai diri, sukar untuk sifat Mahmudah bertamu di hati. Hati umpama Raja dalam kerajaan diri. Ibarat takhta hati telah dirampas oleh nafsu.
Sama-samalah istiqamah menjaga rohani agar kita berterusan meraih kebahagian yang hakiki. Roh yang dekat kepada Allah akan sentiasa tenang dan sihat. Hati yang tenang ialah hati yang sentiasa mengingati Allah.
Allah berfirman:
Maksudnya: Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah al-Ra'd 13:28)
#semogabermanfaat
#tintadariqalbu