Saturday, 29 October 2022

Kisah BroMiki Pengutip Botol Plastik Episod 4

Tahukah anda bahawa botol plastik jenis air bergas sangat sesuai dibuat pasu hidroponik takung gantung sebabnya:
1. Plastiknya agak keras berbanding botol air mineral
2. Bentuk yang sesuai & cantik.

Dulu2 aku cari botol ni dijalanan... Tapi sekarang botol ni datang sendiri kepadaku... Aku beli daripada penjual air jalanan... Walaupun mereka tak nak jual, sebab nak bagi percuma jer, tetapi aku tetap membeli daripada mereka. Dengan cara ini aku rasakan lebih tenang & dapat juga bantu mereka

Itulah cara aku berterima kasih kepada mereka kerana mereka asingkan botol & tidak membuangnya ke dalam tong sampah domestik.

Sekurang-kurangnya mereka ada usaha & kesedaran dalam mengamalkan 3R Recycle Reuse Reduce.

#KebunDIYLaman #MikiHydroVerticalGarden #AkuPengutipBotol


Monday, 18 April 2022

10 Ucapan Terima Kasih Sehari

10 Ucapan Terima Kasih

"Abah, hari ni adik dapat 10 ucapan terima kasih.

"Ooh ye ker? Bagusnya adik... Alhamdulillah... Macamana orang boleh ucap terima kasih kat adik?

"Adik tolong diaoranglah. Adik memang target nak dapatkan 10 terima kasih sehari. Semalam Adik dapat 5 jer. Hari ni dapat 10... yeah...

"Macamana adik boleh terfikir benda ni... Abah bangga sangat dgn adik. Hari ni adik mengajar abah sesuatu yg tak pernah abah terfikir...Subhanallah... Abah pun nak buat macam adik jugaklah. Boleh adik cerita kat abah apa yang adik dah buat sampai orang ucap terima kasih.

"Adik tolong oranglah...
Mula2 adik tolong ustazah angkat barang, ustazah cakap terima kasih. Kedua tolong beratur belikan air untuk 2 orang kawan adik masa rehat, dapat 2 lagi. Adik tolong buangkan sampah kawan, dapat 1. Lepas tu adik bagitahu kat kawan, depan tu ada najis kucing nanti hati-hati takut terpijak, kawan cakap terima kasih, dah 5. Masa tunggu abah dtg ambil tadi adik tolong 4 orang kawan angkat beg masuk kereta. Dah dapat 9 terima kasih.

"Last sekali adik bagi duit RM1 kat kawan adik. Sebelum bagi adik tanya dia apa yang kita akan cakap kalau ada orang tolong kita? Dia cakap terima kasih, lepas tu adik bagi duit RM1 kat dia...

"Nah, Abah bagi adik duit RM10...

"Terima kasih abah... sayang abah...

"Abah tak tau nak cakap apa... Alhamdulillah... Allahuakbar... Adik teruskan apa yang adik buat sekarang... Abah pun akan buat jugak bermula esok...  Adik kekalkan untuk dapat 10 ucapan Terima Kasih sehari... Tolong orang, Bantu orang setiap hari... Insyaallah

Sayang Adik... I'm proud of you...


Saturday, 26 March 2022

GARAM adalah bahan makanan paling KUAT.

Jadilah KUAT seperti GARAM
By: SuaraCakna


Tahukah anda bahan makanan yang paling kuat adalah GARAM. Pabila saat makanan tidak sedap garam akan dipersalahkan. Bila makanan tawar... "tawor hebber tak cukup garam". Pabila makanan masin. "Masinnn rebing, garam tumpah ke apa? “... Garam juga yang dipersalahkan & menjadi mangsa keadaan...

Namun apabila makanan sedap..."Wow sedaplah
makanan ni secukup rasa"...

Inilah lumrah kehidupan...
Maka, kita harus jadi KUAT seperti GARAM. Tak perlu kita harapkan pujian manusia... Yang kita perlu buat adalah teruskan peranan kita sebaik-baiknya sebagai Khalifah & Hamba Allah di atas muka bumi ini... CARILAH REHDO ALLAH bukanya pujian manusia... (BroMiki)
#SuaraCakna
#KebunDIYLaman


Saturday, 19 March 2022

Pandanglah Alam Semesta Semuanya Ternyata KebesaranNYA

Assalamualaikum Salam Perjuangan

Saudaraku,

Di dunia ini sebenarnya penuh dengan hijab. Hijab ilmu, hijab amal, sehingga kita terhijab untuk memahami tujuan hidup sebenar & panduan hidup yang benar. Fitrah rohani itulah yg hakiki iaitu untuk kembali memandangNYA. Carilah DIA, nescaya pasti akan berjumpa. Pintunya adalah pintu Nabi Muhammad Sallalahu Alayhi Wassalam. Rahmat seluruh alam. Selawatlah banyak2. Pasti DipertemuKan.

Pandanglah kejadian alam ini & jua kejadian dirimu semuanya ternyata kebesaranNYA, kehebatanNYA, kekuasaanNYA, Kasih SayangNYA

Alam Semesta dibawah pentadbiranNYA. Ditadbir penuh limpahan Kasih Sayang.

Maka, telusuri lah pintu yang benar, iaitu pintu kerahmatan melalui  Rasulullah Sallalahu Alayhi Wassalam. Rahmat seluruh alam...

Hati sentiasalah berselawat & salam keatas Baginda Sallalahu Alayhi Wassalam , kerana inilah kuncinya. Tanpa kunci masakan dapat masuk ke wilayah sebenar...

Saudara ku,

Kuncilah sedikit akalmu seketika untuk memahami kata2 ku ini & bukalah jendela hatimu pasti kau akan merasainya...

Kerana kata2 ku ini bukan sekadar untuk difahami pada demensi akal tetapi harus dirasai pada dimensi hati...
Maka, bersedialah... Semua yang bakal dihadapi dihadapan adalah asbab terhidang yang merupakan kisah perjalanan kita untuk menuju kewilayah sebenar...

#SuaraCakna #SyukurRedhaTawakal #ImanIslamIhsan


Saturday, 22 January 2022

Kisah Bro Miki & Botol Plastik Terbuang - Episod 3

Kisah Aku Seorang Pengutip Botol - Siri 3
(Karya: Bro Miki)

18 March 2020 Kerajaan Malaysia mengumumkan 'Lockdown'. Tak boleh keluar rumah #StayAtHome

Semua masih ingat tarikh bersejarah inikan?

Selepas 2 minggu  berada di rumah, dikala orang ramai setiap hari hangat ceritakan tentang masalah pendemik C-19, aku termenung & bertanyakan pada diri ini, apakah sesuatu yang boleh aku bagi waktu ini untuk membantu ramai orang?

Lalu aku dapat idea untuk berkongsi ilmu & pengalaman aku yang sedikit ini tentang berkebun dilaman rumah dimana dengan kaedah DIY Vertical Garden.

Bulan Oktober 2019, iaitu 5 bulan sebelum 1st time Malaysia  "lockdown“ sebenarnya aku telah mula sedikit “seriuos“ mencuba DIY Agrotani ni dengan konsep Amalan Hijau sebagai asas kepada setiap rekacipta yang aku buat.
Rekacipta pertama yang aku buat adalah Pasu Hidroponik Takung daripada botol plastik terpakai dimana aku inovasikannya dengan menambah elemen Vertical Garden iaitu kaedah gantung secara menegak

Botol air plastik 1.5liter terpakai yang aku gunakan untuk buat Pasu Hidroponik ini memang aku telah kumpulkan sebelum Lockdown.

Kisah aku seorang Youtuber bermula.

Video Tutorial DIY pertama aku kongsikan di YouTube Channel aku telah mendapat sambutan luar jangka. Ini membuatkan aku bertambah semangat untuk merakam & share video kedua. Selepas aku upload video Tutorial kedua aku yang bertajuk "Tutorial 2 Buat Pasu Hidroponik Takung Gantung & Rak Vertikal"

Tanpa disangka tontonan melebihi 1000 dalam masa 3 hari... Wow... Alhamdulillah ramai yang berterima kasih & mereka juga buat kat rumah Pasu Hidroponik Takung bersama2 anak2 mereka & share kepada aku... Hari ini Video tersebut telah mencapai 21K tontonan.

Tak sangka aku, akhirnya video ini telah viral & aku mendapat jemputan dari TV3 pada April 2020 dalam Rancangan Wanita Hari Ini untuk berkongsi Tajuk Projek DIY Di Rumah - Hidroponik Takung daripada Botol Plastik. Aku terima tawaran itu walaupun sangat takut. Kekuatan yang aku dapat sebelum bersetuju terima tawaran itu adalah berbalik kepada objektif utama aku iaitu persoalan yang aku tanya pada diri sendiri sebulan yang lalu iaitu “Apakah sesuatu yang boleh aku bagi waktu ini untuk membantu ramai orang?“.

Betul kata guruku, bila matlamat kita besar, ketakutan akan menjadi kecil.

Bersambung... Siri ke-4

#SuaraCakna
#KebunDIYLaman #MikiVerticalGarden
#AkuPengutipBotol


Tuesday, 4 January 2022

Kisah Bro Miki & Botol Plastik Terbuang - Episod 2

Kurang lebih 2 tahun yang lalu aku adalah seorang pengutip botol. Pantang nampak botol tepi jalan, aku akan perlahan kan kereta. Ada satu ketika itu aku parking kereta di tepi jalan & berjalan kaki mencari botol di dalam longkang, di tepi2 jalan. Nak tahu kenapa aku kutip botol di tepi jalan & di dalam longkang? Kenapa aku beriya-iya sangat nak kutip botol ni?
Saudara & Saudari sekalian, sebenarnya tujuan aku nak berikan kehidupan kedua kepada botol plastik. Aku tak nak botol ini lemas dalam sungai & lautan, terumbang-ambing tanpa arah tujuan. Aku tak nak tengok botol ini masuk ke dalam perut ikan & menjadi punca kematian. Aku tak nak botol ini dituduh penyebab banjir kilat, aku tak sanggup nak lihat anak2 cucu aku tak dapat bermain pasir di pantai dek kerana dibanjiri botol.

Walaupun aku tahu usaha aku ini sangat kecil & tak akan mampu menahan pencemaran ini daripada berlaku, tetapi aku amat yakin akan Perjuangan ini. Inilah antara BIG WHY kenapa aku Istiqamah dalam perjuangan ini. Heal The World make it a better place 4 U & 4 Me & 4 entire human race.

Ajuga amat Yakin ramai diantara kita adalah PEJUANG KELESTARIAN ALAM SEMULAJADI #WeAreGreenWarriors