Thursday 6 February 2020

Skrip Majlis Pertunangan Pihak Perempuan

Skrip Majlis Pertunangan Pihak Perempuan

"Assalamualaikum
Bismillahirrahmannirrahim
(Selawat ke atas nabi sallallahu alayhi wassalam)

"Tuan puan yang dirahmati Allah sekaliannya, Saya bagi pihak tuan rumah dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan puan dalam majlis pada hari ini.

"Mari kita mulai majlis dengan Ummul-Kitab, mudah-mudahan dengan niat kita yang tulus ikhlas semata-mata mengharapkan keredaan-NYA, majlis ini bakal dilimpahi Barakah, Inayah, keampunan dan Rahmah Allah SWT... Al-Fatihah...

"Tanpa melengahkan masa lagi, saya mohon keizinan majlis untuk memimpin maksud perjumpaan kita seterusnya.

"Apa sebenarnya hajat rombongan saudara semua?"

(Ucapan & penerangan drpd wakil pihak lelaki)

"Kami telah bebincang sebulat suara menerima pinangan ini".

(Pihak perempuan pun menerima cincin & sirih junjung drpd pihak lelaki)

Seterusnya bolehlah berbincang tentang:
1. Menentukan kadar wang hantaran atau "belanja hangus"
2. Menentukan mahar atau atau mas kahwin atau "belanja tubuh"
3. Menentukan tempoh pertunangan
4. Tarikh cadangan perkahwinan
5. Kedua2 pihak boleh juga membuat persefahaman tentang status pemberian dan pertunangan.

(Selepas perbincangan selesai, wakil tuan rumah bolehlah bbuat ucapan penutup)

"Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi persetujuan telah kita sepakati. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

"Terima kasih atas segala-galanya. Allah jua yang membalas budi baik tuan puan.

"Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Marilah kita berdoa agar Allah memudahkan segala urusan yang kita atur sebentar tadi.

"Andainya terdapat keperluan untuk sebarang perubahan, pintu perbincangan sentiasa terbuka bagi kedua-dua belah pihak.

"Sebagai tanda kesyukuran, saya dengan rasa hormat menjemput al-fadil Ustaz ___________bagi memimpin bacaan doa. (Doa)

"Akhirul-kalam, saya memohon kemaafan tuan puan sekiranya terdapat apa-apa jua kekurangan bagi pihak diri saya sepanjang pengendalian majlis. Kita sudahi dengan tasbih Kifarah dan surah al-Asr.

"Seterusnya tuan puan dijemput menikmati jamuan yang disediakan.

"Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sekian... Semoga Bermanfaat

Rujukan:
http://www.drfaisalonline.my/2013/08/adat-dan-perbincangan-semasa-majlis.html?m=1

http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2010/05/skrip-pengacara-majlis-pertunangan.html?m=1


No comments:

Post a Comment