Thursday, 6 February 2020

Doa Selamat Perjalanan

Doa Selamat Perjalanan


Pembuka doa

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dariMu. Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Engkaulah teman dalam perjalanan ini
agar kami selamat sampai ke destinasi.
Kurniakanlah kami kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini.
Permudahkanlah perjalanan kami dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui
sehingga sempurna hajat kami.

Ya Allah Ya Rahman, yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, Kurniakanlah taufiq dan hidayahMu
kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.
Kami memohon peliharakanlah kami dalam sihat walafiat dan aman sentosa sepanjang hayat.

Baca Doa Naik Kenderaan – Subhanaladzi…

Penutup Doa


Dia Majlis Ringkas

Doa Majlis Ringkas


Pembuka doa

Allahumma Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kami hamba-hambamu menadah tangan memohon kehadratmu yang Maha Agung, agar Engkau kuniakanlahkerahmatan kepada kami bersempena dengan majlis ini.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dariMu. Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan silaturahim dan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.

Ya Allah Ya Rahman, yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, Kurniakanlah taufiq dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.

Kami memohon peliharakanlah kami dalam sihat walafiat dan aman sentosa sepanjang hayat.

Penutup doa


Doa Majlis Perkahwinan

Doa Majlis Perkahwinan

Istirfar 3x
Al-Fatihah.

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillahirabilalamin wassola tuwassala muala asrafil anbia il wal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi.

Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Engkau Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.

Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.

Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada Kedua Mempelai Ini, (sebutkan nama pengantin lelaki & perempuan)
Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami Isteri Agar Kekal  Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua Mempelai Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkat Kepada Pengantin Lelaki Dan Perempuan, Dalam Kebaikan.

Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafil’a qiratil hasanah, waqina azabannar. Wasallahuala saindina muhammadin waala alihi wasahbihi wassalam.
Walhamdulillah hirabbil alamin.


Doa Majlis Pertunangan




Doa Majlis Pertunangan 1

Bacaan Al-Fatihah.

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.

Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.

Ya Allah, Berkatilah Majlis Pertunangan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada pasangan Ini, Teguhkanlah hati dan keimanan mereka terhadapMu ya Allah. Peliharalah mereka daripada hasutan dan gangguan syaitan. Kekalkanlah ikatan pertunangan Mereka sehingga hari perkahwinan. Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pasangan ini Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua pasangan Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkah Kepadamu Dan Atasmu Serta Mengumpulkan Kamu Berdua Dalam Kebaikan.

Bacaan doa penutup.


Skrip Majlis Pertunangan Pihak Perempuan

Skrip Majlis Pertunangan Pihak Perempuan

"Assalamualaikum
Bismillahirrahmannirrahim
(Selawat ke atas nabi sallallahu alayhi wassalam)

"Tuan puan yang dirahmati Allah sekaliannya, Saya bagi pihak tuan rumah dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan puan dalam majlis pada hari ini.

"Mari kita mulai majlis dengan Ummul-Kitab, mudah-mudahan dengan niat kita yang tulus ikhlas semata-mata mengharapkan keredaan-NYA, majlis ini bakal dilimpahi Barakah, Inayah, keampunan dan Rahmah Allah SWT... Al-Fatihah...

"Tanpa melengahkan masa lagi, saya mohon keizinan majlis untuk memimpin maksud perjumpaan kita seterusnya.

"Apa sebenarnya hajat rombongan saudara semua?"

(Ucapan & penerangan drpd wakil pihak lelaki)

"Kami telah bebincang sebulat suara menerima pinangan ini".

(Pihak perempuan pun menerima cincin & sirih junjung drpd pihak lelaki)

Seterusnya bolehlah berbincang tentang:
1. Menentukan kadar wang hantaran atau "belanja hangus"
2. Menentukan mahar atau atau mas kahwin atau "belanja tubuh"
3. Menentukan tempoh pertunangan
4. Tarikh cadangan perkahwinan
5. Kedua2 pihak boleh juga membuat persefahaman tentang status pemberian dan pertunangan.

(Selepas perbincangan selesai, wakil tuan rumah bolehlah bbuat ucapan penutup)

"Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi persetujuan telah kita sepakati. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

"Terima kasih atas segala-galanya. Allah jua yang membalas budi baik tuan puan.

"Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Marilah kita berdoa agar Allah memudahkan segala urusan yang kita atur sebentar tadi.

"Andainya terdapat keperluan untuk sebarang perubahan, pintu perbincangan sentiasa terbuka bagi kedua-dua belah pihak.

"Sebagai tanda kesyukuran, saya dengan rasa hormat menjemput al-fadil Ustaz ___________bagi memimpin bacaan doa. (Doa)

"Akhirul-kalam, saya memohon kemaafan tuan puan sekiranya terdapat apa-apa jua kekurangan bagi pihak diri saya sepanjang pengendalian majlis. Kita sudahi dengan tasbih Kifarah dan surah al-Asr.

"Seterusnya tuan puan dijemput menikmati jamuan yang disediakan.

"Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sekian... Semoga Bermanfaat

Rujukan:
http://www.drfaisalonline.my/2013/08/adat-dan-perbincangan-semasa-majlis.html?m=1

http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2010/05/skrip-pengacara-majlis-pertunangan.html?m=1


Skrip & Adab Majlis Pertunangan Pihak Lelaki.

Skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki.

Terima Kasih kepada Saudara Hamka. Izinkan saya C&P tulisan saudara berkenaan skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki yg saya baca di https://m.facebook.com › posts
(Skrip majlis pertunangan pihak lelaki)... - Hamka (Kereta Mayat) | Facebook.

Ini hanyalah bertujuan memudahkan rujukan saya yang semakin "kepakcikan" ini. Terima kasih sekali lagi, moga2 tuan Hamka dipermudahkan segala urusan dan berbahagia sentiasa... Aamiin.

(Skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki)

1. Pakai baju biar beradab, baju melayu bersampin pun boleh, pakai baju batik bersongkokpun boleh. Waktu sampai rumah perempuan, juru pantun elok pegang hantaran cincin dan mengetuai rombongan perjalanan.

2. Sampai sana, bersalaman dan tentu mereka jemput masuk, korang pun duduklah tempat yang dah disediakan.

3. Tuan rumah akan mulakan majlis, mereka mungkin akan bertanya tujuan datang dalam bentuk pantun, atau kata-kata puitis, bila mereka izinkan pihak lelaki bercakap, mulakan dengan ucapan pembukaan seperti:

“Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, terima kasih kepada seisi tuan rumah kerana sudi menyambut kedatangan kami dengan:

Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang,
Wajah Yang Ceria,  Kedatangan Di Raikan.

Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas segala nikmat, dapat kita berkumpul di majlis yang penuh berkat, amin.”

4. Dah habis mukadimah, Boleh mulakan dengan pantun pembuka:

“Dari Terengganu Ke Pantai Barat,
Hendak Menangkap Sekawan Ikan,
Kami Datang Membawa Hajat,
Hendak Menyunting Bunga Di Taman.”

5. Lepas tu taaruf (kenalkan diri):

“Sebelum itu elok saya perkenalkan diri, Saya (nama) mewakili yang dihormati abang ipar saya Encik S dan kekanda yang saya cintai Puan N bagi pihak anak saudara saya yang bernama (masukan nama pengantin lelaki)

Al kisahnya sejak beberapa purnama yang lalu, kekanda saya yang dicintai mengadu bahawa si anak terunanya sedang mabuk dilanda angau asmara, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah dan dalam mimpi mengigau ngigau menyebut nama (masukan nama pengantin perempuan)

Jadi tujuan besar kami datang adalah untuk menyambung ikatan silaturahim antara dua keluarga. Lagipun adalah Sunnah nabi, bertanya dahulu- adakah (masukan nama pengantin perempuan)  sudah berpunya? Jika belum berpunya saya secara rasmi bagi pihak tuan badan ingin masuk meminang, insyaAllah…”

6. Begitu lebih kurang takruf dan mukadimah pertunangan, bila pihak perempuan jawab, dan kita anggap mereka sudah terima, maka boleh sediakan pantun terima:

"Buah kelapa pohonnya condong, baru sekarang hendak berbuah
Sudah lama niat kami kandung, baru sekarang dizinkan Allah."

7. Lepas tu boleh cerita tentang tanda pertunangan.

“Alhamdulillah, pihak kami sangat bersyukur atas penerimaan pihak tuan rumah, maka pertunangan sudah tentu ada tanda-tandanya,

(sambil hulur cincin, boleh hulur sembahan sirih dengan pantun di bawah)

“Setapak sirih, tanda hati bersih, Seulang pinang, tanda hati sayang
Secalit kapur, tanda hati jujur, sebentuk cincin, tanda pertunangan”

8. Waktu ini biasanya cincin akan di serahkan kepada pihak perempuan belah sana, bila pihak mereka dah terima cincin, boleh sambung skrip:

“Alhamdulillah, Pinangan sudah diterima, cincin tanda pinangan juga sudah di terima, maka sudah menjadi adat, setiap pertunangan ada syarat-syaratnya, jadi kami pihak lelaki nak bertanya tiga soalan.

Bila dimana tempat berhajat
Berapa nilai, hantaran bersyarat?

9. Waktu ini perbualan mungkin akan menjadi tidak formal sebab tak tahu nak bincang mana dulu? Hantaran ke? Maskahwin ke? Tarikh kahwin bila? Tempat di mana? Jadi waktu ini follow jer tuan rumah nak bincang mana dulu, jika tuan rumah banyak diam, boleh pihak lelaki bagi tarikh cadangan dan tempat majlis bagi pihak lelaki, lepas tu bincang tentang hantaran, waktu itu mungkin dah tak perlu pantun pantun, follow jer the flow. Sembang santai sahaja. Yang penting:-

10. Pastikan jumlah hantaran(belanja hangus untuk majlis kenduri) dan maskahwin(khas untuk siteri) di sebut jelas dan Tarikh majlis bagi pihak lelaki dan perempuan juga di sebut jelas, jika tidak jelas, boleh sebut tempoh pertunangan dengan jelas.

11. Bab Mahar dan hantaran tu, ada tempat yang gabung sekaligus hantaran dan maskahwin, jadi follow jer the flow. jika tak de idea boleh minta ibu bapa pengantin tambah pendapat dan suara masing masing, bagi peluang orang tua-tua bercakap sama.

12. Hujung majlis boleh serahkan beberapa dulang hantaran iringan sebagai hadiah sampingan. Atau majlis sarung cincin dari ibu pengantin lelaki ke jari bakal pengantin perempuan.

13. Ada jugak kes, meraka ajak bincang bab pertunangan separuh jalan, skripnya lebih kurang:

“Sesunggunya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sekiranya putus pertunangan atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali persaudaraan tetap kita kekalkan. Untuk itu tiada dakwa-dakwi. Segala apa yang diberi dan diterima, diberi dan diterima dengan ikhlas. Namun begitu marilah kita berdoa agar niat murni kita diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga jodohnya kekal selamanya”

14. Ok begitulah lebih kurang skrip, awal awal jer nak ikut skrip, bila dah lajak jalan berbahasa, korang akan selesa sendiri, jika pihak sana banyak berpantun ni ada beberapa stok pantun untuk di jual beli:

Negeri Terengganu di tepi pantai,
Tempat mandi ikan tembakul,
Yang kita hajat sudah tercapai,
Yang kita doakan sudah terkabul.

Lagi pantun:

Negeri tuan sungguh indah,
Semua cantik tidak terperi,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati

Nak lagi pantun?

Tanam mayat jauh ke tengah,
Batu nisan bercabang dua,
Hancur mayat dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Woha!

15. Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab dalam majlis merisik dan bertunang, bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan tinggi sangat, sebab ada hadis bagitahu, wanita mulia apabila cepat kahwin, cepat beranak dan murah mas kahwinnya.

16. Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya jangan lama sangat bertunang, tunang tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy ada urusan yang perlu diselesaikan maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah orang lain nak rampas.

17. Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas bercouple, hukum haram tetap sama macam belum bertunang, jadi  jangan hampiri zina.

18. Masa bertunang banyakkan belajar urusan rumah tangga terutama bab bab agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai ke syurga.

Okey, moga2 bermanfaat...
Sekian