Friday, 2 November 2018

Misi Gelandangan Kasih "Coretan Peribadi"

Misi Gelandangan Kasih
"Coretan Peribadi" Suara Cakna (SC) 03112018

Assalamualaikum, Salam Kasih Sayang🌹

Malam tadi SC bertugas sebagai sukarelawan misi membantu gelandangan di ibukota KL yang merupakan acara tahunan syarikat tempat SC kerja. Lokasi pertama, di Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tunku manakala lokasi kedua di Anjung Singgah, Jln. Hang Lekiu KL.

Bila kita mendengar perkataan "gelandangan" pasti terlintas difikiran, golongan ini adalah mereka yang menghadapi kehidupan yang sukar & susah, bukan? Pelbagai sudut pandangan tentang mereka yang kita boleh tafsirkan, namun dalam coretan kali ini, yang nak dikongsikan adalah hanya satu sudut pandangan dari pengalaman ini iaitu #PELUANG.

Kesusahan mereka, peluang kita hulurkan bantuan.
Kesukaran mereka, peluang kita memberi pertolongan.
Kedaifan mereka, peluang kita hulurkan derma.
Kesakitan mereka, peluang kita memberi rawatan.
Kesedihan mereka, peluang kita mendidik jiwa ini.

Kita makan sentiasa dihidang, mereka makan di tepi jalan,
Kita tidur di tilam emput dengan lena, mereka tidur belapik kotak dikaki lima.

Sebelum ini SC hanya membaca & menonton dikaca TV tentang kehidupan golongan gelandangan ini. Apabila berpeluang bersama mereka dalam misi ini:-
Dari simpati kepada empati.
Bersama merasai kesukaran hidup yang mereka alami.
Bukan mereka pinta jadi begini.
Memandang mereka tersentuh hati nurani.
Hanya mampu berdoa didalam hati.
Agar mereka diberi kekuatan & kesabaran dalam menghadapi.

Meningkat rasa syukur pada diri,
Diatas nikmat kurniaan Ilahi,
Yang diberikanNYA selama ini.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?”
(ar-Rahman: 13).

Wahai diri & saudara2ku sekelian, rebutlah #PELUANG menyertai misi sebegini, jika terhidang diberi peluang kerana ianya antara latihan bagi mendidik jiwa Salaman Salaman (Sejahtera Mensejahterakan).

Sekian, Wassalam.

#MoveOnTowardsBetter
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#SuaraCakna2018

suaracakna.blogspot.com


No comments:

Post a Comment