Sunday, 21 October 2018

#Tulis

Assalamualaikum, Salam Kasih Sayang🌷

Pendekatan yang digunakan oleh guru yang membimbing adalah, murid hanya perlu tulis sekiranya guru arahkan untuk tulis.

Maka, selain kitab yang dibawa, murid juga perlu sediakan pen & buku nota bersama. Inilah antara adab & taat yang perlu dijaga.


Antara Koleksi #Tulis

# Ilmu tasawuf bersifat pintu untuk mengabdikan diri kepada Allah

# Takkan terbuka pintu jika tidak dipulas tombolnya. Tombol itu adalah selawat.

# Pengajian tasawuf tiada selawat bukan pengajian tasawuf, tetapi pengajian tentang tasawuf.

# Selawat adalah pengajian tasawuf

# Pengajian tasawuf adalah untuk berhubungan dengan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wassalam

# Tasawuf adalah soal ingatan beserta cinta kepada Rasul junjungan.

# Ilmu yang perlu dipelajari sampai mati adalah ilmu tasawuf

# Muhasabah selepas usai kuliah tasawuf adalah sejauh mana rindu pada Nabi Sallallahu Alayhi Wassalam.

# Ilmu tasawuf adalah untuk merasai ber ALLAH setelah meyakiniNYA melalui jalan kecintaan Rasul Junjungan dengan memperbanyakan "Selawat Terbimbing".

#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#AdabCintaFaqir
#TaatKhidmat
#SuaraCakna2018


Saturday, 13 October 2018

PANTUN SIFAT 20

*PANTUN SIFAT 20*

*1. WUJUD*
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.

*2. QIDAM*
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

*3. BAQA*
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

*4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS*
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

*5. QIAMUHU BI NAFSIHI*
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

*6. WAHDANIYYAH*
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

*7. QUDRAT*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*8. IRADAT*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*9. ILMU*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*10. HAYAT*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*11. SAMA'*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*12. BASYOR*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*13. KALAM*
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

*14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN*
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

*Kita hamba lemahlah jua*
*Tiada berdaya, tiada berupaya*
*KepadaNya berpasrahlah kita*
*Baru kita hidup bahagia...*

#CnPWhatappsGroup
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#SuaraCakna2018