Assalamualaikum... Salam Kasih Sayang🌷
Kerisauan & kebimbangan tentang apa yang akan berlaku membuatkan ketenangan semakin memudar. Walaupun kekadang tahu & sedar semua yang akan berlaku adalah rahsiaNya, namun akal tetap merisauinya. Akal kerap terfikir kepada perkara yang negatif (takut, risau, bimbang) sehinggakan akal berusaha merangka penyelesaian secara minda separa sedar, mencari penyelesaian. Rupa2nya apa yang sebenarnya berlaku adalah tidak seperti apa yang dirisaukan tadi & kekadang langsung tidak seperti yang digambarkan oleh akal tadi. Inilah kerisauan namanya. Sering hadir menjadi lumrah.
Teringat bicara guruku...
Pass is History, Tomorrow is Mystery & Today is a Gift.
Kata guru, kenapa kita habiskan tenaga mengenangkan perkara yang telah berlaku? Bukanya boleh ubah pun...tak akan boleh. Kenapa duk risaukan perkara yang belum berlaku... Yang penting sekarang, adalah sekarang ni... Kita masih lagi dapat membaca tulisan ini, masih dapat makan, masih diberi kesihatan, masih disayangi, masih bernafas, masih hidup... dan masih boleh membuat pilihan. Maka, syukurilah semua nikmat ini... Ucapkan Alhamdulillah.
Justeru, pilihlah untuk kekal berada dalam Tadbir Allah... Semua adalah HakNya dalam TadbirNya. Sungguh benar, Allah mentadbir dengan sifat Ar-RahmanNya... Jujurlah wahai diri & sentiasa bersangka baik.
Tetap teruskan Usaha, Ikhtiar... mulakan dengan Doa dan akhiri dengan Tawakal.
#DoaUsahaIkhtiarTawakal (D.U.I.T)
Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Sallallahhu Alaihi Wassalam.
#SyukurSabarRedhaTawakal
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#SuaraCakna2018
Bukan siapa kita, tapi apa yang kita lakukan walau siapapun kita, yang bakal menetukan siapa kita hari ini.
Monday, 13 August 2018
Kerisauan VS Ketenangan
Thursday, 9 August 2018
Pada Keseimbangan Di Situ Rahsia Ketenangan
Assalamualaikum Salam Kasih Sayang
Jiwa yang tenang merupakan anugerah daripada Allah SWT. Kita hambaNya yang faqir hanya perlu memenuhi asbab untuk Allah menganugerahkannya.
Pakaian ketenangan adalah Sabar, Syukur, Redha, Tawakal. Inilah sifat yang menjadi penentu kepada tahap ketenangan. Meningkatnya nilai sifat mahmudah ini dalam diri kita adalah selari peningkatan tahap ketenangan.
Saat kita ada sesuatu, syukurilah. Saat kita hilang sesuatu, sabar & redhalah. Saat merasakan kita berhak keatas sesuatu kembalikan pemilikan itu kepada Allah kerana kita tiada daya dan upaya untuk memastikan sesuatu terjadi. Tawakal kita hanya kepadaNya.
#SyukurSabarRedhaTawakal
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
Tuesday, 17 July 2018
Perjalanan Menuju Fitrah - Siri 1
Perjalanan Menuju Fitrah
Siri 1 - Mukaddimah
Assalamualaikum Salam Ukhwah Salam Kasih Sayang 🌷💖
Apa saja yang ditaip oleh jari ini adalah cetusan ilham dariNya jua. Hamba yang faqir tiadalah dapat mengerakkan semuanya melainkan dengan tadbirNya.
Kaedah atau Methodologi adalah berbeza kerana mengikut sudut pandangan yang pelbagai, namun prinsip tetaplah tidak berubah. "Packing"nya mungkin berbeza tetapi isikandungannya tetap sama. Secara asasnya beginilah apa yang kita fahami tentang kepelbagaian kaedah penyampaian ilmu, bukan?
Pendekatan santai tapi sampai merupakan kaedah penyampaian ilmu yang amat didambakan. Ilmu yang agak berat & sukar jika disampaikan dengan bahasa yang ringan & santai adalah pendekatan terbaik yang mungkin menjadi salah satu asbab pencetus kefahaman & keyakinan.
Sebelum kita menyusuri langkah dalam apa jua pengajian, yang paling asas perkara yang perlu difahami adalah dimana letak duduknya ilmu itu sendiri.
Asas ini amat penting supaya perjalanan kita sentiasa terarah dan tidak mudah tersasar. Ini adalah kerana setiap cabang2 ilmu itu mempunyai dimensi & seni kefahaman & perasaaan yang berbeza.
Sepertimana yang kita faham iaitu Iman, Islam & Ihsan yang merupakan kesempurnaan dalam Agama. Ianya perlu difahami secara holistik bagi ketiga2 Rukun Al-Din ini dan letak duduknya. Pecahan ilmunya adalah Akidah, Feqah dan Tasawuf, manakala tempat duduknya pula adalah pada Akal, Jasad dan Rohani.
Setiap cabang ilmu ini memiliki seni² kefahaman yang tersendiri namun akhirnya ketiga² ilmu ini perlu disepadukan dan menjadi pakaian kesempurnaan dalam beragama. Pakaian mukmin adalah Iman, Islam, Ihsan manakala pekerjaan mukmin adalah dakwah (rahmatan lil alamin).
#SuaraCakna (Julai 2018)
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
Tuesday, 19 June 2018
Selawat Nurizzati & Qasidah Air Mata Paling Berharga
Selawat Nurizzati & Qasidah Air Mata Paling Berharga
(Ustaz Neezam Al-Banjari)
"Allaahumma shalli wasallim wabarikalla ala sayyidinaa Muhammad annuuridz dzaatii wassirrissaarii fii saairil asmaai wash shifaat"
Duhai temanku yang beriman, rindukah hati kalian
Buat Nabi akhir zaman, yang menangis rindu kalian
Membasahi air mata, janggutnya yang mulia
Bagai permata jatuh keriba, mengeletar tubuh yang sasa
Sahabat memberanikan diri, tampil bertanyaMu Nabi
Apa gerangan tidak terhenti, menangis hingga risaunya kami
Duhai teman kumerindui, kekasih yang kusayangi
Duhai taulan kumerindui, kekasih yang kusayangi
Tidak tertahan rindu dihati, ingin bertemu mereka nanti
Soal sahabat yang budiman, aduhai kekasih Tuhan
Apakah kami yang dimaksudkan, jawapnya adalah bukan
Akan tetapi ku merindukan, mereka yang bakal beriman
Selepas wafat bukan sezaman, yakin percaya kepada Tuhan
Belum pernah dapat melihat, wajahku kerna terlambat
Akan tetapi cintanya kuat, Oh rindunya kepada umat
Oh rindunya kepada umat, Oh rindunya kepada umat
Air mata menjadi berharga, jika mengalir kerana cinta
Kepada Allah jua RasulNya, akan dinaung Arash Ta'ala
Airmata mengingat dosa, memelihara dari siksa
Api neraka bagi tuannya, terselamat dari siksa
#MoveOnTowardsSyuhudiyah🌷💖
Wednesday, 13 June 2018
Aidilfitri, Kembali Kepada Fitrah
Aidilfitri, Kembali Kepada Fitrah
#BicaraSantaiSuaracakna
Assalamualaikum Salam Kerinduan, Salam Kasih Sayang...
Bicara ini diperkalamkan, pandangan ini diperlihatkan, bisikan ini diperdengarkan, lantaran itu tulisan ini mengikut gerak & tadbir sepertimana ianya diper.......kan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, anugerah terindah kurniaan Allah SWT kepada kita umat baginda Nabi Muhammad SAW. Ramadhan merupakan bulan tarbiyah Rohani. Maka, bergraduasinya kita daripada Universiti Ramadhan sejurus tibanya Syawal.
Manakala Syawal pula adalah bulan kita kembali kepada fitrah, yakni 'Fitrah Rohani'.
Maka timbul persoalan apakah Fitrah bagi Rohani?
Jawapanya, Fitrah bagi Rohani adalah menyaksikan (memandang) Ilahi.
Setiap manusia di dalam batin kesedarannya mendengar pertanyaan Allah, sebagaimana yang difirmankan dalam Al-Quran: “Alastu bi Rabbikum? Qaalu balaa, syahidna”.Apakah Aku ini (Allah) bukan Tuhanmu? Dan ia (jiwa) menjawab: “Ya, kami telah naik saksi”.
Kesan dari ayat Al-Quran tadi dapat memberi pengertian bahawa manusia sejak ia masih dalam Alam Roh ia mengakui dan menyaksikan Allah.
Rohani tidak akan girang selagi tidak kembali kepada fitrah iaitu memandang Ilahi. Ini adalah bicara memandang bukan dengan Basar (mata kepala) tetapi dengan Basirah (Mata Hati).
Persoalannya, adakah Rohani kita telah kembali syuhud kepada Ilahi?
Guru Pembimbing kita telah memperihalkan perkara ini sebegini:
"Jika hatimu kelam, bukan kerana tiadanya NUR, sebaliknya ia dek hatimu yang tertutup jendelanya. Itu sahaja. Buka sahaja jendela itu, pasti terSYUHUD dirimu kpd-Nya lantaran NUR yang menerangi segenap ruang rohani."
Semoga Syawal kali ini kita benar benar kembali kepada FITRAH.
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#BicaraSantaiSuaracakna
Sunday, 3 June 2018
Istiqamah 10 Akhir Ramadhan
Assalamualaikum... Salam Ukhwah, Kasih Sayang.
Pejam celik - pejam celik, 10 awal Ramadhan telah berlalu. Pejam celik 10 pertengahan Ramadhan juga telah berlabuh tirai. Kini, masih berbaki 10 hari lagi sebelum Ramadhan tahun ini meninggalkan kita.
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu [penuh] kesejahteraan sampai terbit fajar."
(Surah Al Qadr)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Carilah malam Lailatul Qadar pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Bukhari dan Muslim)
Ayuh sahabat semua kita tanamkan azam bagi meneruskan pecutan amal pada 10 akhir Ramadhan kali ni. Dengan niat, keazamaan, kesungguhan dan perancangan yang betul, insyaAllah kita sama2 akan mendapat penampunan dan keredhaan daripada Allah SWT.
Dan natijah akhirnya moga-moga kita semua dapat mencapai KPI Ramadhan iaitu "LA'ALLAKUM TATTAQUN". InsyaAllah.
Aamin Ya Rabbal Aalamin...
Tuesday, 29 May 2018
Koleksi Motivasi Whatapps - Tersentap Tapi Bermakna
Assalamualaikum... Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang
Masa kecil-kecil, adik beradik tidur bersama. Bila sudah besar, bilik masing-masing. Bila sudah kahwin, rumah masing-masing. Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi, tiada lagi bising. Mulanya berkumpul, penutupnya kubur masing-masing.
Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku. Disebabkan kubur masing-masinglah, kita selalu kena saling berpesan-pesan. Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong. Ingatlah, disana tiada abang, kakak, adik. Hanya kita dan amal kita. Bersedia selalu, bersiap selalu. Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi. Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda. Jika kita ingat mati, kita org yg bijaksana. Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar.
Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat. Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia. Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi kerana ALLAH SWT. Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik.
Semoga bermanfaat.
#BicaraSantaiSuaraCakna