Jadilah KUAT seperti GARAM
By: SuaraCakna
Tahukah anda bahan makanan yang paling kuat adalah GARAM. Pabila saat makanan tidak sedap garam akan dipersalahkan. Bila makanan tawar... "tawor hebber tak cukup garam". Pabila makanan masin. "Masinnn rebing, garam tumpah ke apa? “... Garam juga yang dipersalahkan & menjadi mangsa keadaan...
Namun apabila makanan sedap..."Wow sedaplah
makanan ni secukup rasa"...
Inilah lumrah kehidupan...
Maka, kita harus jadi KUAT seperti GARAM. Tak perlu kita harapkan pujian manusia... Yang kita perlu buat adalah teruskan peranan kita sebaik-baiknya sebagai Khalifah & Hamba Allah di atas muka bumi ini... CARILAH REHDO ALLAH bukanya pujian manusia... (BroMiki)
#SuaraCakna
#KebunDIYLaman
Bukan siapa kita, tapi apa yang kita lakukan walau siapapun kita, yang bakal menetukan siapa kita hari ini.
Saturday, 26 March 2022
GARAM adalah bahan makanan paling KUAT.
Saturday, 19 March 2022
Pandanglah Alam Semesta Semuanya Ternyata KebesaranNYA
Assalamualaikum Salam Perjuangan
Saudaraku,
Di dunia ini sebenarnya penuh dengan hijab. Hijab ilmu, hijab amal, sehingga kita terhijab untuk memahami tujuan hidup sebenar & panduan hidup yang benar. Fitrah rohani itulah yg hakiki iaitu untuk kembali memandangNYA. Carilah DIA, nescaya pasti akan berjumpa. Pintunya adalah pintu Nabi Muhammad Sallalahu Alayhi Wassalam. Rahmat seluruh alam. Selawatlah banyak2. Pasti DipertemuKan.
Pandanglah kejadian alam ini & jua kejadian dirimu semuanya ternyata kebesaranNYA, kehebatanNYA, kekuasaanNYA, Kasih SayangNYA
Alam Semesta dibawah pentadbiranNYA. Ditadbir penuh limpahan Kasih Sayang.
Maka, telusuri lah pintu yang benar, iaitu pintu kerahmatan melalui Rasulullah Sallalahu Alayhi Wassalam. Rahmat seluruh alam...
Hati sentiasalah berselawat & salam keatas Baginda Sallalahu Alayhi Wassalam , kerana inilah kuncinya. Tanpa kunci masakan dapat masuk ke wilayah sebenar...
Saudara ku,
Kuncilah sedikit akalmu seketika untuk memahami kata2 ku ini & bukalah jendela hatimu pasti kau akan merasainya...
Kerana kata2 ku ini bukan sekadar untuk difahami pada demensi akal tetapi harus dirasai pada dimensi hati...
Maka, bersedialah... Semua yang bakal dihadapi dihadapan adalah asbab terhidang yang merupakan kisah perjalanan kita untuk menuju kewilayah sebenar...
#SuaraCakna #SyukurRedhaTawakal #ImanIslamIhsan
Saturday, 22 January 2022
Kisah Bro Miki & Botol Plastik Terbuang - Episod 3
Kisah Aku Seorang Pengutip Botol - Siri 3
(Karya: Bro Miki)
18 March 2020 Kerajaan Malaysia mengumumkan 'Lockdown'. Tak boleh keluar rumah #StayAtHome
Semua masih ingat tarikh bersejarah inikan?
Selepas 2 minggu berada di rumah, dikala orang ramai setiap hari hangat ceritakan tentang masalah pendemik C-19, aku termenung & bertanyakan pada diri ini, apakah sesuatu yang boleh aku bagi waktu ini untuk membantu ramai orang?
Lalu aku dapat idea untuk berkongsi ilmu & pengalaman aku yang sedikit ini tentang berkebun dilaman rumah dimana dengan kaedah DIY Vertical Garden.
Bulan Oktober 2019, iaitu 5 bulan sebelum 1st time Malaysia "lockdown“ sebenarnya aku telah mula sedikit “seriuos“ mencuba DIY Agrotani ni dengan konsep Amalan Hijau sebagai asas kepada setiap rekacipta yang aku buat.
Rekacipta pertama yang aku buat adalah Pasu Hidroponik Takung daripada botol plastik terpakai dimana aku inovasikannya dengan menambah elemen Vertical Garden iaitu kaedah gantung secara menegak
Botol air plastik 1.5liter terpakai yang aku gunakan untuk buat Pasu Hidroponik ini memang aku telah kumpulkan sebelum Lockdown.
Kisah aku seorang Youtuber bermula.
Video Tutorial DIY pertama aku kongsikan di YouTube Channel aku telah mendapat sambutan luar jangka. Ini membuatkan aku bertambah semangat untuk merakam & share video kedua. Selepas aku upload video Tutorial kedua aku yang bertajuk "Tutorial 2 Buat Pasu Hidroponik Takung Gantung & Rak Vertikal"
Tanpa disangka tontonan melebihi 1000 dalam masa 3 hari... Wow... Alhamdulillah ramai yang berterima kasih & mereka juga buat kat rumah Pasu Hidroponik Takung bersama2 anak2 mereka & share kepada aku... Hari ini Video tersebut telah mencapai 21K tontonan.
Tak sangka aku, akhirnya video ini telah viral & aku mendapat jemputan dari TV3 pada April 2020 dalam Rancangan Wanita Hari Ini untuk berkongsi Tajuk Projek DIY Di Rumah - Hidroponik Takung daripada Botol Plastik. Aku terima tawaran itu walaupun sangat takut. Kekuatan yang aku dapat sebelum bersetuju terima tawaran itu adalah berbalik kepada objektif utama aku iaitu persoalan yang aku tanya pada diri sendiri sebulan yang lalu iaitu “Apakah sesuatu yang boleh aku bagi waktu ini untuk membantu ramai orang?“.
Betul kata guruku, bila matlamat kita besar, ketakutan akan menjadi kecil.
Bersambung... Siri ke-4
#SuaraCakna
#KebunDIYLaman #MikiVerticalGarden
#AkuPengutipBotol
Tuesday, 4 January 2022
Kisah Bro Miki & Botol Plastik Terbuang - Episod 2
Kurang lebih 2 tahun yang lalu aku adalah seorang pengutip botol. Pantang nampak botol tepi jalan, aku akan perlahan kan kereta. Ada satu ketika itu aku parking kereta di tepi jalan & berjalan kaki mencari botol di dalam longkang, di tepi2 jalan. Nak tahu kenapa aku kutip botol di tepi jalan & di dalam longkang? Kenapa aku beriya-iya sangat nak kutip botol ni?
Saudara & Saudari sekalian, sebenarnya tujuan aku nak berikan kehidupan kedua kepada botol plastik. Aku tak nak botol ini lemas dalam sungai & lautan, terumbang-ambing tanpa arah tujuan. Aku tak nak tengok botol ini masuk ke dalam perut ikan & menjadi punca kematian. Aku tak nak botol ini dituduh penyebab banjir kilat, aku tak sanggup nak lihat anak2 cucu aku tak dapat bermain pasir di pantai dek kerana dibanjiri botol.
Walaupun aku tahu usaha aku ini sangat kecil & tak akan mampu menahan pencemaran ini daripada berlaku, tetapi aku amat yakin akan Perjuangan ini. Inilah antara BIG WHY kenapa aku Istiqamah dalam perjuangan ini. Heal The World make it a better place 4 U & 4 Me & 4 entire human race.
Ajuga amat Yakin ramai diantara kita adalah PEJUANG KELESTARIAN ALAM SEMULAJADI #WeAreGreenWarriors
Sunday, 12 December 2021
Pokok Hiasan Dalam Rumah & Pejabat
Tahukah Anda???
Menurut Healthline, NASA mengesahkan pokok hiasan dalam rumah dapat menyerap racun berbahaya di udara, terutama di ruang tertutup yang mempunyai sedikit aliran udara.
Kajian inilah yang menjadi dasar untuk kajian baru tentang tanaman dalam rumah dan kemampuannya dalam membersihkan udara.
Selain membersihkan udara dan menghilangkan racun, beberapa tumbuhan juga dapat meningkatkan mood dan produktiviti, membuatkan kita lebih fokus, menguatkan memori,malah dapat menghilangkan stress dan keletihan!
Wah banyak betul kelebihan pokok hiasan dalam rumah ni ya?
NASA juga mencadangkan untuk meletakkan beberapa tanaman hiasan dalam rumah sebesar 20-25 cm di setiap 9 meter persegi ruangan.
Ayuh kita mulakan di kediaman kita.
Thursday, 12 August 2021
Kerisauan VS Ketenangan
Kerisauan VS Ketenangan
#BicaraSantaiSuaraCakna
Assalamualaikum... Salam Kasih Sayang🌷
Kerisauan & kebimbangan tentang apa yang akan berlaku membuatkan ketenangan semakin memudar. Walaupun kekadang tahu & sedar semua yang akan berlaku adalah rahsiaNya, namun akal tetap merisauinya. Akal kerap terfikir kepada perkara yang negatif (takut, risau, bimbang) sehinggakan akal berusaha merangka penyelesaian secara minda separa sedar, mencari penyelesaian. Rupa2nya apa yang sebenarnya berlaku adalah tidak seperti apa yang dirisaukan tadi & kekadang langsung tidak seperti yang digambarkan oleh akal tadi. Inilah kerisauan namanya. Sering hadir menjadi lumrah.
Teringat bicara guruku...
Pass is History, Tomorrow is Mystery & Today is a Gift.
Kata guru, kenapa kita habiskan tenaga mengenangkan perkara yang telah berlaku? Bukanya boleh ubah pun...tak akan boleh. Kenapa duk risaukan perkara yang belum berlaku... Yang penting sekarang, adalah sekarang ni... Kita masih lagi dapat membaca tulisan ini, masih dapat makan, masih diberi kesihatan, masih disayangi, masih bernafas, masih hidup... dan masih boleh membuat pilihan. Maka, syukurilah semua nikmat ini... Ucapkan Alhamdulillah.
Justeru, pilihlah untuk kekal berada dalam Tadbir Allah... Semua adalah HakNya dalam TadbirNya. Sungguh benar, Allah mentadbir dengan sifat Ar-RahmanNya... Jujurlah wahai diri & sentiasa bersangka baik.
Tetap teruskan Usaha, Ikhtiar... mulakan dengan Doa dan akhiri dengan Tawakal.
#DoaUsahaIkhtiarTawakal (D.U.I.T)
Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Sallallahhu Alaihi Wassalam.
#SyukurSabarRedhaTawakal
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#SuaraCakna2018
Wednesday, 11 August 2021
Kisah Bro Miki & Botol Plastik Terbuang - Episod 1
Kisah Aku & Botol Terbuang
#SuaraCakna
Kurang lebih 2 tahun yg lalu, aku telah ditanya oleh anak yg tingkatan 2 waktu itu tentang Projek RBT sekolahnya yg perlu dia siapkan iaitu Akuaponik. Dia yang tinggal di asrama menelefon aku supaya membeli barang2 untuk projek itu. Dia senaraikan barang2 yg perlu dibeli. Selepas membeli & menghantar barangan tersebut kepadanya, aku cuba "Google Akuaponic“. Apa sebenarnya Sistem Aquaponic ni? Tiba2 aku dpt idea nak buat Aquaponic daripada bahan plastik kitar semula. Disini lah aku mula mencari Botol minyak Besar 5kg & Botol air kecil 600ml. Di Pendekan cerita maka siaplah aquaponics DIY pertama aku yang aku buat bersama anak aku seorang lagi yg darjah 6 waktu itu.
Sejak itulah keseronokan merekacipta timbul & aku mula Google tentang Hidroponik pula, disitulah bermula episod kedua, ketiga, keempat, kelima & seterusnya sehinggalah hari ini dah tak tahu episod berapa dah...
Tapi episod hari ini 11/8/2021 adalah berkisahkan tentang aku dalam proses menyiapkan tempahan customer yg ingin menambah order lagi selepas amat berpuashati dengan produk keluaran Kebun DIY Laman yang aku namakan Pasu Botol Hidroponik Gantung.
Sekarang jam menunjukkan 11.55 malam & aku akhiri episod hari ini dengan memberi tahu bahawa produk ini adalah salah 1 produk yang ada di Kedai Online Shopee aku & setiap hasil jualan botol recycle ini aku akan "donate"kan kepada NGO Greenpeace Malaysia setiap bulan bermula April 2021 yg lalu. Setiap 7hb setiap bulan Pihak Greenpeace secara automatik ambil bahagian donation itu daripada akaun bank aku sejumlah yg aku telah setuju.
Bertemu di episod seterusnya...
Dalam Kisah Aku & Botol Terbuang
#SuaraCakna #KebunDIYLaman #MikiHydroVerticalPlant