Thursday, 12 August 2021

Kerisauan VS Ketenangan

Kerisauan VS Ketenangan
#BicaraSantaiSuaraCakna

Assalamualaikum... Salam Kasih Sayang🌷

Kerisauan & kebimbangan tentang apa yang akan berlaku membuatkan ketenangan semakin memudar. Walaupun kekadang tahu & sedar semua yang akan berlaku adalah rahsiaNya, namun akal tetap merisauinya. Akal kerap terfikir kepada perkara yang negatif (takut, risau, bimbang) sehinggakan akal berusaha merangka penyelesaian secara minda separa sedar, mencari penyelesaian. Rupa2nya apa yang sebenarnya berlaku adalah tidak seperti apa yang dirisaukan tadi & kekadang langsung tidak seperti yang digambarkan oleh akal tadi. Inilah kerisauan namanya. Sering hadir menjadi lumrah.

Teringat bicara guruku...
Pass is History, Tomorrow is Mystery & Today is a Gift.

Kata guru, kenapa kita habiskan tenaga mengenangkan perkara yang telah berlaku? Bukanya boleh ubah pun...tak akan boleh. Kenapa duk risaukan perkara yang belum berlaku... Yang penting sekarang, adalah sekarang ni... Kita masih lagi dapat membaca tulisan ini, masih dapat makan, masih diberi kesihatan, masih disayangi, masih bernafas, masih hidup... dan masih boleh membuat pilihan. Maka, syukurilah semua nikmat ini... Ucapkan Alhamdulillah.

Justeru, pilihlah untuk kekal berada dalam Tadbir Allah... Semua adalah HakNya dalam TadbirNya. Sungguh benar, Allah mentadbir dengan sifat Ar-RahmanNya... Jujurlah wahai diri & sentiasa bersangka baik.

Tetap teruskan Usaha, Ikhtiar... mulakan dengan Doa dan akhiri dengan Tawakal.
#DoaUsahaIkhtiarTawakal (D.U.I.T)

Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Sallallahhu Alaihi Wassalam.

#SyukurSabarRedhaTawakal
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
#SuaraCakna2018


Wednesday, 11 August 2021

Kisah Bro Miki & Botol Plastik Terbuang - Episod 1

Kisah Aku & Botol Terbuang
#SuaraCakna

Kurang lebih 2 tahun yg lalu, aku telah ditanya oleh anak yg tingkatan 2 waktu itu tentang Projek RBT sekolahnya yg perlu dia siapkan iaitu Akuaponik. Dia yang tinggal di asrama menelefon aku supaya membeli barang2 untuk projek itu. Dia senaraikan barang2 yg perlu dibeli. Selepas membeli & menghantar barangan tersebut kepadanya, aku cuba "Google Akuaponic“. Apa sebenarnya Sistem Aquaponic ni? Tiba2 aku dpt idea nak buat Aquaponic daripada bahan plastik kitar semula. Disini lah aku mula mencari Botol minyak Besar 5kg & Botol air kecil 600ml. Di Pendekan cerita maka siaplah aquaponics DIY pertama aku yang aku buat bersama anak aku seorang lagi yg darjah 6 waktu itu.

Sejak itulah keseronokan merekacipta timbul & aku mula Google tentang Hidroponik pula, disitulah bermula episod kedua, ketiga, keempat, kelima & seterusnya sehinggalah hari ini dah tak tahu episod berapa dah...

Tapi episod hari ini 11/8/2021 adalah berkisahkan tentang aku dalam proses menyiapkan tempahan customer yg ingin menambah order lagi selepas amat berpuashati dengan produk keluaran Kebun DIY Laman  yang aku namakan Pasu Botol Hidroponik Gantung.

Sekarang jam menunjukkan 11.55 malam & aku akhiri episod hari ini dengan memberi tahu bahawa produk ini adalah salah 1 produk yang ada di Kedai Online Shopee aku & setiap hasil jualan botol recycle ini aku akan "donate"kan kepada NGO Greenpeace Malaysia setiap bulan bermula April 2021 yg lalu. Setiap 7hb setiap bulan Pihak Greenpeace secara automatik ambil bahagian donation itu daripada akaun bank aku sejumlah yg aku telah setuju.

Bertemu di episod seterusnya...
Dalam Kisah Aku & Botol Terbuang

#SuaraCakna #KebunDIYLaman #MikiHydroVerticalPlant


Friday, 1 January 2021

2020 Dalam Lipatan Kenangan

Assalamualaikum Salam Perjuangan.

Tahun 2020 telah berlalu pergi meninggalkan memori. Begitu banyak perkara luarjangka telah berlaku pada tahun 2020. Tahun yang sangat mencabar, namun rutin harian tetap diteruskan dengan Norma Baru kehidupan.
Semoga Tahun 2021 lebih Sejahtera lagi Mensejahterakan

Antara memori2 yang menjadi kenangan, saya abadikan di blogspot ini sebagai catatan peribadi.

Jan20 Memulakan Rekacipta Hidroponik Vertical Garden #MikiHydroVerticalPlant

April20 aktif sebagai Youtuber
Sharing VLOG Tutorial DIY Garden di YouTube Channel... (video ke2 telah viral & kini telah 10K view) https://youtu.be/c0zN3tSKwy4

April20 Tetamu WHI TV3 online FB videocall
Projek DIY DiRumah Tanam Bayam Brazil Dalam Botol
https://youtu.be/nRYkpoYTLVg
https://youtu.be/xAQM1luyXUs

Julai20 Tetamu WHI TV3 di Sri Pentas
Tanaman Punca Rezeki
https://youtu.be/oOVxo_MEOMc

September20 menyertai AKH2020 anjuran PLAN Malaysia KPKT
Top 5 Finalis Anugerah Kejiranan Hijau 2020
https://youtu.be/ycEAdsrpuVE

December20 di jemput sebagai Presenter untuk Webinar DIY Sustainable Lifestyle oleh Etiqa Malaysia
https://youtu.be/0DrSkHtrnnA

#KebunDIYLaman
#MikiHydroVerticalPlant
#AnugerahKejirananHijau
#WeAreGreenWarrior
#SuaraCakna


Tuesday, 15 December 2020

Kaedah Penanaman Kreatif berkonsepkan DIY Vertical Farming

















Majalah Suara Cakna
(December 2020)

Atas dasar minat yang mendalam terhadap Rekacipta, Agrotani & Pertukangan, seorang lulusan kejuruteraan elektrikal Mohd Saimiki Ibrahim dari Kajang Selangor, kini telah berjaya mencipta satu Kaedah penanaman yang kreatif berkonsepkan DIY "Vertical Farming".

Beliau yang selesa di panggil Bro Miki telah berjaya mencipta Kaedah 6T yang dapat menyelesaikan isu-isu yang sering dihadapi orang ramai dalam proses berkebun di laman rumah terutamanya di kawasan bandar.

Berkonsepkan Kebun DIY Laman santai yang diberi nama MikiHydroVericalPlant, beliau telah berjaya menanam lebih 200 pokok sayuran dalam satu masa seperti sawi, kailan, salad, bayam brazil, kangkung, pegaga, kacang panjang, kobis, cili dan juga tanaman herba seperti pudina, stevia, ulam raja, daun sup, ketumbar, sambung nyawa, belalai gajah hanya disekeliling pagar di dalam ruangan halaman rumah beliau yang bersaiz 30x20'.

Selain daripada itu, pokok hiasan juga ditanam dihalaman rumahnya seperti monstera, agloanema, spider plant, money plant, goose foot plant, pakis bolton, orkid berkonsepkan "Wall Plant" yang diberi nama Bingkai Hiasan Pokok Hidup.

Inisiatif Amalan Hijau yg diusahakan Bro Miki  menyebabkan beliau telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Anugerah Kejiranan Hijau 2020 anjuran PLAN Malaysia Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Daripada 100 peserta yang mendaftar bagi Kategori Perumahan Bertanah beliau telah berjaya dipilih sebagai 5 peserta akhir.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi tetamu jemputan TV3 untuk rancangan Wanita Hari Ini berkongsikan Tajuk Projek DIY Di Rumah & Tanaman Punca Rezeki.

Beliau yang aktif berkongsi ilmu & pengalaman tentang kaedah penanaman berkonsepkan DIY vertikal farming & hidroponik menerusi media sosial seperti YouTube, Facebook & Instagram. Anda boleh 'follow, subscribe' beliau di YouTube Channel M Saimiki Ibrahim untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kaedah 6T ciptaan beliau.

#BeritaSuaraCakna


Monday, 16 November 2020

Apakah Ilmu yang kita perlu tahu untuk memulakan Hobi Berkebun?

Assalamualaikum Salam Perjuangan.

Bersama saya Bro Miki dari Kebun DIY Laman #MikiHydroVerticalPlant
#SuaraCakna

Apa orang tanya saya, apa ilmu yang perlu kita belajar untuk mula berkebun ni?

"Bagi saya ilmu berkenaan Agrotani ni adalah perkara kedua terpenting. Yang pertama paling utama adalah 'Kasih Sayang' terhadap pokok & buat apa yang kita minat. Contohnya; jika kita minat makan ulam Pegaga atau Bayam Brazil. Kita start dengan tanam Pegaga atau Bayam Brazil dulu. Pada masa yg sama kita boleh tanya atuk Google tentang cara tanam, cara jaga, khasiat dia dsbnya.

Bila sesuatu perkara dimulakan dengan Kasih Sayang & kita buat apa yang kita suka, maka, ilmu yg menyusur selepas itu akan jadi mudah & ia pastinya akan menjadi ilmu yang benar2 bermanfaat. In Sha Allah... Percayalah...Yakinlah..."
#DoWithLove
#DoWhatULove
Boleh tak macam tu?

#BroMikiCakna
#KebunDIYLaman
#MikiHydroVerticalPlant


Wednesday, 5 August 2020

Temubual Bersama BroMiki dari Kebun DIY Laman #MikiHydroVerticalPlant


















Assalamualaikum Salam Perjuangan

Saya BroMiki dari Kebun DIY Laman #MikiHydroVerticalPlant
#SuaraCakna

Kali ini saya kongsikan jawapan kepada pelbagai soalan yang sering ditanya kan kepada saya dalam sesi temubual.

Q- Hidroponik Takung dan Rak Gantung Vertikal antara inovasi menarik. Boleh kongsikan mengenainya?

A- Saya namakan ciptakan saya ini adalah #RakVertikalHidroponikTakung.

Ia adalah satu Konsep Berkebun Kaedah 6T iaitu Tanam, Tinggal, Tuai, Tersusun, Terapi & Tenang.

Kita bukan sekadar dapat  hasil tanaman tetapi juga sebagai Terapi minda.

Q- Bagaimana dapat idea untuk inovasi ini? 

A- Kita biasa dengar Innovation must start from empty kan? Idea ni tercetus drpd keinginan saya utk selasaikan masalah yg kita biasa hadapi dlm proses berkebun di laman rumah  iaitu:
1. Ruangan terhad - laman rumah sempit
2. Penjagaan sukar - kena siram setiap hari
3. Kebersihan kurang - sayuran yang dimakan

Q- Apakah kelebihan ciptaan  Kaedah 6T ni?

A- Kaedah ini dapat selesaikan masalah yg sy sebutkan tadi.
1. Jimat ruang - max. Boleh gantung 30 pasu
2. Penjagaan mudah - min. seminggu sekali check & topup larutan nutrien
3. Kebersihan terjamin - makan sayur tanpa was2 lagi
4. Tersusun kemas - menjadi TERAPI

Q- Apakah bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana proses nak buatnya?

Untuk penyediaan pasu kita gunakan botol plastik kitar semula iaitu botol air 1.5 liter yang dijadikan 2 bahagian - media tanaman & larutan nutrien

Bahan:
Botol air 1.5L, kain mop, peyangkut S,

Barang:
Pisau, gunting, penebut lubang

Langkah2:
1. Potong botol 2 bahagian
2. Tebuk lubang bahagian atas & untuk penyakut S
3. Pasang kain mop sbg sumbu - sumbu akan menyerap larutan nutrien untuk kekalkan kelembapan pada media tanaman.
4. Cat bekas bahagian bawah mengikut warna kesukaan
5. Masukan cocopeat
6. Basahkan Cocopeat
7. Masukan anak pokok
8. Masukan larutan nutrien
9. Pasang penyakut S
10. Gantung pada rak

Manakala untuk Rak Vertikal

Bahan:
Paip putih 40mm dia.
Penyambung L & T
Jaring besi
Cable tie
Skru

Peralatan:
Alat pengukur (measuring tape)
Gergaji
Gunting
Cordless drill

Langkah:
1. Potong paip mengikut saiz
2. Sambungkan paip menggunakan Penyambung L & T
3. Potong jaring mengikut saiz
4. Pasangkan jaring, ikat sementara dengan cable tie
5. Lekatkan jaring menggunakan skru.

Q- Apakah tanaman yang sesuai untuk kaedah ini?

Macam2 sayur seperti Bayam Brazil, Sawi, Kailan, Salad, Kangkung, Daun Sup, Daun Bawang, Pudina, Tomato, Cili Api dsbnya

Q- Kongsikan juga mengenai bingkai hiasan pokok hidup. Bagaimana dapat idea ini?

CIPTAAN 2 - Bingkai Hiasan Pokok Hidup

Biasanyanya kita dapat tengok wall plant ni kat lobi hotel atau shopping mall mewah kan? Saya terfikir nak buat wall plant ni kat rumah sebagai hiasan dinding dalaman @ luaran rumah.

Saya cuba pelbagai cara & akhirnya dapat idea gabungkan bingkai gambar & hidroponik takung.

- Konsep Hidroponik Takung
- Mudah Jaga - top up air max. 2 minggu sekali je

Q- Pokok hiasan apa yang sesuai?

A- Saya dah cuba banyak pokok & pokok jenis indoor plant yang paling sesuai kaedah ni adalah - Monstera, Spider Plant, Money Plant, Goose Foot Plant, Agloanema, Pakis Bolton.

Q- Di mana boleh orang ramai dapatkan info lanjut mengenai inovasi anda ini?

Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut Projek DIY ini bolehlah Tonton Video Tutorial Di YouTube Channel saya M Saimiki Ibrahim... Jangan lupa Like Share & Subscribe ya. DAN
Jika anda perlukan khidmat saya utk buatkan semua ni utk anda boleh DM saya.

Boleh follow saya di Media Sosial:

YouTube: M Saimiki Ibrahim
FB & IG: MSaimiki Ibrahim
FB Page: Miki Hydro Vertical Plant
FB Group: Kebun DIY Laman #MikiHydroVerticalPlant


Projek Inovasi Hijau #MikiHydroVerticalPlant

Projek Inovasi Hijau ini saya namakan Hidroponik Takung & Rak Gantung (MHVP_HTRG). Ianya adalah hasil ciptaan inovasi hijau selepas saya menyelami permasalahan yang dihadapi oleh ramai orang termasuk saya sendiri dalam proses berkebun di rumah terutamanya di bandar iaitu masalah ruangan yang sempit, penjagaan yang sukar & isu kebersihan.

Hasil Rekaan Inovasi ini  berkonsepkan Kaedah 6T Tanam, Tinggal, Tuai, Tersusun, Terapi, Tenang telah menyelesaikan secara total masalah diatas, malah ianya memberi tambah nilai iaitu sebagai Terapi Minda

Kelebihan MHVP_HTRG adalah JIMAT RUANG, MUDAH JAGA, KEBERSIHAN TERJAMIN & TERAPI MINDA

Selain itu, botol plastik kitar semula digunakan sebagai pasu Hidroponik Takung adalah satu inisiatif amalan kitar semula disamping menjimatkan kos bahan.

Antara tanaman yang sesuai bagi kaedah ini adalah sayur-sayuran seperti sawi, salad, kangkung, kailan, bayam brazil, daun sup, daun kesom, tomato, kacang panjang dan sebagainya.

Jika anda Nak DIY? Jemput Tonton Video Tutorial di link ini https://youtu.be/8yy9-dxwrM8
Jika Nak ORDER? DM Bro Miki akan buatkan untuk anda... Insyaallah

#MikiHydroVerticalPlant
#JomTanamSayurSendiri